kacak | 1 kelihatan gagah; segak; tampan: Seorang pemuda yg ~ telah menemaninya pulang. 2 sombong; megah; bongkak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kacak III | Mn; berkacak; ~ pinggang bercekak pinggang; mengacak memegang (mengangkat) utk mengetahui berat sesuatu; ~ galas ark a) mengangkat galas; b) ki berdagang; ~ lengan mengangkat lengan (hendak berkelahi); dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan prb perihal orang yg merasa dirinya sudah cukup dlm segala hal (tidak memerlukan bantuan orang lain). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kacak II | Pr; berkacak berpijak, berdiri: panglima kecil madu suara, Awang kecil akal melela, yg ~ di awan-awan, yg bergantung di angin lalu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kacak | 1. kelihatan gagah; segak; tampan: Seorang pemuda yg ~ telah menemaninya pulang. 2. sombong; megah; bongkak. | Kamus Pelajar |
kacak I | 1. kelihatan gagah, segak, tampan: seorang pemuda yg ~; 2. angkuh, bongkak; bulang sali ~ sama, tinggal lagi mujur malang prb sama kuat dlm pertandingan dll dan kalah menangnya terpulang pd nasib; mengacakkan menyebabkan seseorang menjadi kacak: pakaian Melayunya yg lengkap yg garang warna merahnya, ~ lagi rupa parasnya; kekacakan keadaan atau sifat kacak: Tuhan juga menganugerahkan ~ kpd kaum Adam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tumandang | sl kacak, segak (kelihatan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jagak lelanang | kacak dan berani, sombong dan berani mati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
songgak | Mn tampan, kacak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kocak II | 1. kacak, gagah, bagus (baik, tampan); 2. sombong, pongah, besar kepala: dibenci orang kerana ~nya; 3. Jk jenaka, kelakar, lucu; berkocak-kocak bergurau senda, berjenaka, berkelakar; mengocak Jk melawak, bergurau senda, berolok-olok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
janguk | Kl cantik, kacak, lawa; berjanguk berhias, bersolek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |