kacukan | 1 sesuatu yg bercampur aduk; campuran: bahasa Melayu ~ bahasa Melayu yg bercampur dgn bahasa lain; bahasa Melayu pasar. 2 hasil drpd mengacukkan (haiwan atau tumbuh-tumbuhan): Lembu ~ antara lembu tempatan dgn lembu dr Australia banyak dipelihara di sini. orang ~ orang yg ibu dan bapanya berlainan bangsa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kacukan | 1. campuran, kacauan: padi Malinja ialah hasil ~ padi Malaya, India dan Jepun; bahasa Melayu ~ bahasa Melayu yg bercampur dgn bahasa lain (dlm penggunaan kata dsb), bahasa Melayu pasar; orang ~ orang yg ibu bapanya berlainan bangsa. 2. hasil drpd mengacukkan (haiwan atau tumbuh-tumbuhan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kacukan | 1. sesuatu yg bercampur aduk; campuran: bahasa Melayu ~ bahasa Melayu yg bercampur dgn bahasa lain; bahasa Melayu pasar. 2. hasil drpd mengacukkan (haiwan atau tumbuh-tumbuhan):Lembu ~ antara lembu tempatan dgn lembu dr Australia banyak dipelihara di sini. orang ~ orang yg ibu dan bapanya berlainan bangsa. | Kamus Pelajar |
orang kacukan | orang yg ibu dan bapanya berlainan bangsa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
orang kacukan | orang yg ibu bapanya berlainan bangsa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahasa Melayu kacukan | bahasa Melayu yg bercampur dgn bahasa lain; bahasa Melayu pasar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bahasa Melayu kacukan | bahasa Melayu yg bercampur dgn bahasa lain (dlm penggunaan kata dsb), bahasa Melayu pasar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahasa (kacuk-) kacukan | a) bahasa Melayu spt yg dituturkan oleh orang bukan Melayu yg tidak menguasainya atau spt yg dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dgn orang bukan Melayu yg diketahuinya tidak pandai bertutur dlm bahasa Melayu yg betul; b) bahasa yg berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dgn bahasa kedua yg cuba dituturkannya (biasanya digunakan dlm hubungan perdagangan), pijin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
malinja | padi kacukan drpd padi Malaysia, India dan Jepun yg menghasilkan biji padi yg besar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
yamyuh | sj unggas kacukan ayam dan puyuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |