Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.gét] | کاݢيت

Definisi : (kagét) terkejut, terperanjat: ia ~ melihat lembaga itu; mengagetkan mengejutkan, memeranjat­kan: berita kematian tersebut ~ semua orang; kekagetan perihal kaget, kekejutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.gét] | کاݢيت

Definisi : /kagét/ tiba-tiba tergamam kerana melihat sesuatu yg tidak disangka-sangka dsb; terperanjat; terkejut: Dia ~ melihat makhluk yg ganjil itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kaget


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kaget(kagét) terkejut, terperanjat: ia ~ melihat lembaga itu; mengagetkan mengejutkan, memeranjat­kan: berita kematian tersebut ~ semua orang; kekagetan perihal kaget, kekejutan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaget/kagét/ tiba-tiba tergamam kerana melihat sesuatu yg tidak disangka-sangka dsb; terperanjat; terkejut: Dia ~ melihat makhluk yg ganjil itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kaget/kagét/ tiba-tiba tergamam kerana melihat sesuatu yg tidak disangka-sangka dsb; terperanjat; terkejut: Dia ~ melihat makhluk yg ganjil itu.Kamus Pelajar
peranjat; memeranjatkan menjadikan ter­kejut (kaget), mengagetkan, mengejutkan: tiba-tiba ia tersentak bangun seakan-akan ada sesuatu yg ~nya; terperanjat kaget, terkejut: pengemis itu ~ dan kagum; keterperanjatan perihal atau keadaan ter­peranjat: ada yg mati kerana sakit teruk, atau mengalami ~ yg amat sangat.Kamus Dewan Edisi Keempat
terperanjatkaget, terkejut: pengemis itu ~ dan kagum;Kamus Dewan Edisi Keempat
kekagetanperihal kaget, kekejutan.Kamus Dewan Edisi Keempat
memeranjatkanmenjadikan ter­kejut (kaget), mengagetkan, mengejutkan: tiba-tiba ia tersentak bangun seakan-akan ada sesuatu yg ~nya;Kamus Dewan Edisi Keempat
terkejut1. terperanjat, tersentak, kaget: seluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy; ia ~ ketika isterinya menepuk bahunya; ~ besar sangat ter­kejut (terperanjat); 2. terjaga (terbangun, tersedar) drpd tidur: ketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ drpd tidurnyaKamus Dewan Edisi Keempat
loh IIIJw, sr utk menyatakan hairan (terkejut, kaget, dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
kejutkaku (anggota, urat) disebabkan ter­peranjat atau ketakutan; berkejut; ~ telinga menegakkan telinga (spt kuda ketakutan); berkejutan berlari-lari tidak berketentuan kerana terperanjat; mengejut tidak semena-mena datangnya (ber­lakunya), dgn tiba-tiba (sekonyong-konyong), dgn tidak dijangka-jangka (disangka-sangka), mendadak: beliau meletakkan jawatannya secara ~; lawatan ~ lawatan yg tidak di­jangka-jangka atau tidak dirancang terlebih dahulu; mengejut-ngejut 1. tersentak-sentak, ber­goncang-goncang (tubuh): badannya kelihatan bergerak-gerak dan ~ sambil ia menangis; 2. pendek-pendek keras dan putus-putus (bkn bunyi binatang, tangisan, dll): sekali-sekala sedannya ~; sayup-sayup terdengar gonggongan anjing ~ dan memanjang-manjang; mengejutkan 1. = mengejuti menyedar­kan dr tidur (khayalan, menungan, dll), mem­bangkitkan (dr tidur): bunyi suara budak-budak berkelahi di luar ~ Karim drpd tidurnya; akan hilang menungnya apabila dikejuti oleh Poniem bahawa nasi telah terhidang; 2. memeranjatkan, sangat menghairan­kan, mengagetkan, menyebabkan (orang) ter­sentak: berita kematiannya sungguh ~ Bidin; 3. ki menyedarkan (supaya bertindak, maju, dll), membangkitkan semangat, memberang­sangkan: perubahan ini agaknya ~ mereka supaya mempunyai semangat berani dan berazam; terkejut 1. terperanjat, tersentak, kaget: seluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy; ia ~ ketika isterinya menepuk bahunya; ~ besar sangat ter­kejut (terperanjat); 2. terjaga (terbangun, tersedar) drpd tidur: ketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ drpd tidurnya; kejutan sesuatu yg mengejutkan (meme­ranjatkan), kesan (akibat) yg menyebabkan orang terkejut (terperanjat): mengikut pandangan orang Eropah, Islam memberi ~ kpd mereka; sebelum majlis berakhir, pengerusi membuat satu ~ dgn mengumumkan hari perkahwinan Raja Muda; ~ budaya akibat yg timbul apabila sesuatu kebudayaan atau anggota sesuatu kebudayaan secara tiba-tiba berhadapan dgn atau terdedah kpd unsur-unsur kebudayaan lain yg lebih tinggi tamadunnya (biasanya menimbulkan perasaan tersisih, tidak dapat menyesuaikan diri dsb pd anggota kebudayaan yg lebih rendah tamadunnya); ~ elektrik rasa sakit dan kontraksi otot secara tiba-tiba apabila terkena arus elektrik; kekejutan 1. perihal terkejut (terperanjat); 2. terkejut, terperanjat: Tuan Lim ~, matanya hampir tersembul; keterkejutan keadaan atau perihal terkejut: lelaki itu terbanting oleh ~ yg maha dahsyat; pengejut mudah terkejut (terperanjat).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas