kaitan | 1 sesuatu yg dikait atau disirat; hasil drpd mengait. 2 sesuatu yg bersangkutan; hubungan: Perkara itu ada ~nya dgn perkara yg kita bincangkan ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kaitan | 1. kait (benda yg hujungnya berkait); 2. hasil mengait (merajut): alat ini digunakan utk membaiki ~ tangan atau mesin; 3. yg diikat (dirajut): barang ~; gelung ~; 4. hubungan, pertalian: perkara itu mempunyai ~ yg rapat dgn rundingan damai; tali jangan putus, ~ jangan serkah prb menyelesaikan sesuatu perkara biarlah seadil-adilnya supaya dapat diterima kedua-dua pihak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaitan | 1. sesuatu yg dikait atau disirat; hasil drpd mengait. 2. sesuatu yg bersangkutan; hubungan: Perkara itu ada ~nya dgn perkara yg kita bincangkan ini. | Kamus Pelajar |
sangkut paut | 1. hubungan atau kaitan (dlm beberapa perkara dll): ceritanya itu ada ~nya dgn sejarah; 2. kena-mengena (dlm hal kekeluargaan dll), bertalian: orang itu tidak ada ~ dgn kita; 3. kaitan hutang-piutang (bayar-membayar); bersangkut paut ada kena-mengena, berkaitan (dgn), bertalian (dgn): karangan hendaklah drpd perkara-perkara yg ~ dgn pekerjaan yg dibuat; menyangkutpautkan menjadikan kait-me-ngait, melibatkan, mengaitkan: banyak toh-mahan dan cerita karut yg ~nya dgn projek-projek kerajaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
korelasi | (korélasi) hubungan atau kaitan secara timbal balik, hubung kait: terdapat ~ antara pengetahuan sains dgn kepercayaan agama; berkorelasi mempunyai hubungan atau kaitan antara satu sama lain, berhubung kait: kedua-dua isu itu tidak ~ sama sekali; mengkorelasikan menghubungkan atau mengaitkan perkara, isu dsb antara satu sama lain, menghubungkaitkan: ahli kaji serangga dapat ~ penyebaran dgn ekologi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rangkai | susunan atau kaitan beberapa benda yg telah dihubungkan atau dikaitkan. ~ hati kekasih. ~ kata kelompok beberapa kata. berangkai 1 dlm keadaan bersambung atau berhubungan: Syarikat besar mempunyai perniagaan ~ yg menjual pelbagai jenis barangan. 2 mempunyai kaitan atau hubungan dgn yg lain: Kejadian itu ~ dgn kegiatan penyeludupan yg berlaku. berangkai-rangkai, berangkaian bersambung-sambung; berkait-kait: Huruf Jawi ditulis ~. merangkaikan menghubungkan supaya berangkai-rangkai; mengaitkan: Awalan spt ber-, me-, ter- dirangkaikan dgn kata yg mengikutinya. rangkaian 1 sesuatu yg bersambung-sambung atau yg berangkai-rangkai: ~ bunga bunga yg disambung berangkai-rangkai. 2 kumpulan berbagai-bagai karangan (sajak dll); deretan kejadian atau peristiwa: ~ peristiwa beberapa peristiwa yg berlaku berturut-turut. 3 hubungan susunan kata (huruf, ayat dsb). 4 kumpulan beberapa simbol atau angka yg menyatakan sesuatu jumlah (spt 3xy2). 5 ist sistem komputer yg saling bersambung dan boleh berkomunikasi antara satu sama lain. berangkaian mempunyai rangkaian: Perniagaan itu ~ dgn perniagaan rakan niaga lain. perangkaian proses atau perbuatan merangkaikan sesuatu, spt sistem. perangkai sesuatu yg merangkaikan atau yg menghubungkan. serangkai sama atau satu rangkai. menyerangkaikan menjadikan serangkai: Dia ~ buah manggis itu sepuluh-sepuluh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lobi II | kegiatan, tindakan atau usaha yg dilakukan utk mempengaruhi seseorang (sesuatu pihak) yg ada kaitan, biasanya yg ada kuasa dlm sesuatu pemilihan, dlm membuat keputusan dsb. melobi melakukan sesuatu utk mempengaruhi seseorang yg ada kaitan atau yg ada kuasa dlm menentukan sesuatu. pelobian perbuatan atau hal melobi. pelobi orang (pihak) yg melobi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sangkut | ; bersangkut 1 terletak pd sesuatu dgn berkait; bergantung: Bajunya ~ pd paku di dinding bilik tidurnya. 2 ada kaitan atau hubungan (dgn): ~ dgn perkara itu, mereka akan mengadakan mesyuarat khas. bersangkutan 1 bersangkut banyak-banyak atau banyak yg bersangkut (bkn pakaian dll). 2 bersangkut dgn (bkn hubungan atau kaitan); ada pertaliannya atau ada hubungannya antara satu dgn yg lain; bertalian. menyangkut 1 melekat pd sesuatu (kawat pd kawat, kain pd duri dsb) kerana berkait. 2 memasukkan atau membawa ke dlm sesuatu perkara (urusan dsb); melibatkan. menyangkutkan meletakkan sesuatu pd kait; menggantungkan; menggayutkan: Dia ~ bekalannya pd dahan pohon jambu. tersangkut 1 terlekat pd sesuatu; terpaut; tergantung: Layang-layangnya ~ pd dahan pokok. 2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt keluar dgn lancar; terhenti: Kerana air bah, kami ~ di Temerloh. 3 turut terlibat dlm sesuatu perkara: Dia ~ juga dlm perompakan itu. sangkutan 1 tempat menyangkutkan sesuatu. 2 apa-apa yg mengganggu atau yg menghalang; rintangan. persangkutan hal, keadaan dsb bersangkut atau bersangkutan; pertalian; perhubungan. penyangkutan perihal, perbuatan dsb menyangkut atau menyangkutkan. penyangkut alat yg digunakan utk menyangkutkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkait-kaitan | bersangkutan, berhubungan, berkenaan: hal-hal yg ~ dgn kewangan; perkara-perkara yg ~ dgn pelajaran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hubungan | 1 kaitan; pertalian: Pd masa ini, banyak hal dlm kehidupan kita yg ada ~nya dgn sains. 2 hasil berhubung: ~ antara kedua-dua negara itu masih baik. 3 ikatan atau pertalian (keluarga dsb): Saya mempunyai ~ keluarga dgn dia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |