lipat | 1. (sesuatu) yg dipatahkan dgn tidak putus supaya kedua-dua bahagiannya berlapis, lepit; kajang ~ kajang yg dijadikan berkembar dua; pisau ~ pisau yg matanya boleh dipatahkan ke dalam; 2. rangkap, ganda, kembar; ~ dua kembar (ganda, rangkap) dua; ~ kajang selekoh (sungai, jalan, dll) yg terlalu tajam, siku keluang; ~ pandan nama sanggul yg disirat spt daun pandan yg akan dianyam; berlipat 1. berlapis rapi (kain baju dll): diambilnya baju yg ~ di dlm almari; 2. berlipat ganda; berlipat-lipat 1. banyak lipatnya, berlapis-lapis; 2. = ~ ganda banyak sekali gandanya, menjadi sangat banyak: barang-barang itu dijualnya dgn mendapat laba yg ~ ganda; melipat 1. mematahkan supaya berkembar (bertangkup, berangkap): dilipatnya suratkhabar itu dan kemudian diletakkannya ke atas meja; 2. ki mengalahkan musuh (lawan), memberkas (menangkap) penjahat: samseng itu telah dilipat oleh polis; 3. ki melakukan pecah amanah (menggelapkan wang dll), tidak menurut perintah; ~ wang menggelapkan wang; 4. ki menjual sesuatu kerana kesempitan hidup; 5. menjadi berganda-ganda atau berlebih-lebih (harga barang dll): harga barang import membumbung ~ dua atau tiga; melipatkan mematahkan supaya berkembar (berlapis dll), menjadikan berlipat: Pak Imam ~ tangan Pak Sudin dan kemudian menyelubungi mayatnya dgn kain; lipatan 1. = pelipatan sesuatu yg berlipat (kain, kertas, dll), hasil melipat: surat itu aku keluarkan dr sampulnya dan perlahan-lahan aku membuka ~nya; ~ seluar sait seluar; 2. Id pembebat surat khabar; 3. tompokan (kad dll); kelipat kelebek, kelepek (pd baju), lipatan (pd kulit buku yg lembut); kelipatan Id bilangan yg merupakan hasil drpd mendarabkan sesuatu angka: 21 ialah ~ 7; ~ persekutuan terkecil Id angka kandungan kecil; perlipatan perihal berlipat, pergandaan; pelipat 1. = pelipatan bahagian yg di belakang lutut; pelipatan kulit alur pd kulit orang tua yg berlipat-lipat; 2. garisan (pd kain baju, kertas, dll) kerana dilipat, lipatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
magun | dipasang tetap pd perahu (spt kajang, tingkap, bilik, kurungan di buritan perahu tempat jurumudi, dll): tingkap ~; ~ angin tingkap pd perahu utk memasukkan udara atau cahaya; kajang ~ kajang yg sentiasa dipasang pd perahu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
layu | 1. kering dan kecut (daun, bunga, dll), tidak berseri atau tidak segar lagi, lisut: kajang orang kajang berlipat, kajang saya mengkuang ~; 2. ki pucat dan lesu (orang), tidak bergaya, tidak sihat, merana: gadis tua yg sudah ~; ~ bunga (barang yg) sudah lama tetapi masih elok (kain dll); ~ malap Kl terlalu letih; dianjak ~, dibubut (dianggur) mati = diasak (pindah) ~, dicabut mati prb keputusan yg muktamad (tidak dapat diubah-ubah lagi); melayukan menyebabkan jadi layu (melayurkan, menganggurkan, dll): bilamana bunga itu hendak menjadi putik maka datang sahaja panas matahari ~ bunga itu; layu-layuan 1. sesuatu yg layu; 2. = padi ~ Mn padi yg telah mulai kering; kelayuan 1. keadaan layu; 2. = layuan ki kemangkatan (raja). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kajang magun | kajang yg sentiasa dipasang pd perahu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kajang lipat | kajang yg dijadikan berkembar dua; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengajangi | memberi beratap dgn kajang, menutupi dgn kajang; usang dibarui, lapuk dikajangi prb a) mana-mana yg tidak baik diganti atau dibaiki; b) adat atau peraturan yg sudah dilupakan dihidupkan kembali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menebeng | memaparkan (kajang, layar, dll) utk pendinding, memampangkan (kajang dll): bangsal itu ditebeng dgn kajang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tebeng | (tébéng) I Jw kajang (kain, layar, tikar, dll) yg digunakan sbg pelindung cahaya mata-hari dll, pendinding: ~ jendela; ~ pintu; main ~ bp menyembunyikan kejahatan (kesalahan);menebeng memaparkan (kajang, layar, dll) utk pendinding, memampangkan (kajang dll): bangsal itu ditebeng dgn kajang;menebengkan membentangkan kain (tikar, permaidani, dll) utk dipertunjukkan; ~ dada sl memampangkan dada (ketika berlawan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
atap rungkup | atap yg sangat lebar dan rendah (rumah seolah-olah ditudunginya); kajang ~ dua helai kajang yg dipasang hingga menutupi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kajang | barang yg dianyam drpd daun nipah dll utk dijadikan atap (utk perahu dll). kertas ~ kertas yg besar helainya (sama ada berkembar dua atau sehelai-sehelai). lipat ~ berlipat dua. mengajangi menutup atau melindungi sesuatu dgn kajang. terkajang diberi beratap atau berbumbung dgn kajang. pekajangan bahagian belakang perahu yg beratapkan kajang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |