kejat | 1 kaku dan keras (bkn tubuh atau anggota); kejang; kejur: mati ~ mati kaku. 2 tidak mudah tercabut (bkn puting parang dr hulunya, pancang yg terpacak dll); kukuh; teguh. 3 tidak berlubang-lubang; padat; rapat. mengejatkan menjadikan kejat; memadatkan: Tanah di sekeliling anak benih itu dikejatkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kejat | 1. kaku dan keras (bkn tubuh atau anggota); kejang; kejur: mati ~ mati kaku. 2. tidak mudah tercabut (bkn puting parang dr hulunya, pancang yg terpacak dll); kukuh; teguh. 3. tidak berlubang-lubang; padat; rapat. mengejatkan menjadikan kejat; memadatkan:Tanah di sekeliling anak benih itu dikejatkan. | Kamus Pelajar |
kejur | keras dan kaku (bkn mayat, tubuh dll); tegak dan keras (rambut). terkejur terlunjur dlm keadaan yg kejang (spt mayat yg terbaring). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kejur | keras dan kaku (bkn mayat, tubuh dll); tegak dan keras (rambut). terkejur terlunjur dlm keadaan yg kejang (spt mayat yg terbaring). | Kamus Pelajar |
bangkar | keras dan kaku: bibirnya menjadi ~ kerana terlanjur melepaskan nama ayah;tikar ~ tikar yg kasar anyamannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bangka | keras dan kaku, bangkar; tua ~ sangat tua. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegar | 1 tidak dpt dilenturkan; keras dan kaku. 2 ki tidak mahu menurut; keras kepala: ~ hati tidak mengikut kata; keras hati; degil. menegarkan menjadikan atau menyebabkan tegar; mengeraskan. ketegaran keadaan atau hal tegar; kekerasan; kedegilan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kejur I | keras kaku, kejang (tubuh), tegak dan keras (rambut); terkejur terlunjur dlm keadaan kejang atau kaku (spt mayat yg terbaring): Pinang Peribut pun balik ke hujung balai ~ tiga hari tiga malam tidak bangun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegar | 1 tidak dpt dilenturkan; keras dan kaku. | Kamus Pelajar |
kejang | kaku (anggota dll), kejur, tegang (urat dll): mayat Bakri terbaring di situ ~ pucat; ~ mulut mulut terkancing atau tertutup rapat; mati ~ mati kaku (binatang yg mati tidak dgn disembelih); berkejang, berkejang-kejang melunjurkan keras-keras (tegang-tegang), meregang-regangkan (kaki); mengejang menjadi kejang: dia mengurut-urut perutnya melawan rasa sakit yg ~ itu; mengejangkan meluruskan (kaki) keraskeras (hingga menjadi kaku): dia ~ urat sarafnya; terkejang-kejang menjadi kejang dgn tiba-tiba dan berkali-kali; kekejangan 1. = kejangan sj penyakit pd kaki (menyebabkan urat betis terasa spt ditarik-tarik), sakit ular-ularan: ~ otot di bahagian betisnya mengakibatkan rasa sakit; 2. keadaan kejang (kaku), kekakuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |