sekiranya | kalau, kalau-kalau, seandainya: maafkan kami ~ kami mengganggu; jikalau ~ ada Hang Tuah hidup, adakah ampun duli tuanku akan dia? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kok I | bp 1. kalau, kalau-kalau, takut; 2. kata utk menegaskan maksud (rasa hairan, marah, dll): ~ masih pakai celana yg koyak-koyak? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jika (kalau) kiranya | kalau, kalau-kalau, seandainya: maafkan kami ~ kami mengganggu; jikalau ~ ada Hang Tuah hidup, adakah ampun duli tuanku akan dia? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kiranya | 1. pd anggapannya (sangkanya): ~ orang tidak tahu kecurangan yg dilakukannya; 2. hendaknya, semoga, mudah-mudahan: barang dilanjutkan Allah Taala ~ umur Duli Yang di-Pertuan; 3. = jika (kalau) ~ = sekiranya kalau, kalau-kalau, seandainya: maafkan kami ~ kami mengganggu; jikalau ~ ada Hang Tuah hidup, adakah ampun duli tuanku akan dia? 4. barangkali, agaknya, rasanya, rupanya: dilambaikannya tangannya, dgn segera aku pegang, ~ tangan itu sangat panas; Oh, karya As ~! 5. alih-alih, rupa-rupanya: kujangka sudah banyak yg ada di sana, ~ aku yg pertama tiba; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalau-kalau | barangkali; boleh jadi: Cuba bertanya pd orang tua itu, ~ dia tahu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kalau-kalau | barangkali, jangan-jangan, takut-takut, adakah (apakah)...: ia bimbang ~ ada orang yg melihatnya; segala menteri dan penggawa pergi mencari paduka anak-anda baginda pd segenap rimba dan padang ~ ada jatuh diterbangkan Dewa Sukma Belantara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
untung-untung | 1. barangkali (akan), kalau mujur, kalau-kalau: cubalah kakak ceritakan, ~ adik kakak yg buruk ini dapat melegakan fikiran kakak; 2. ada juga baiknya (barang-kali) kerana, nasib baik barangkali kerana, mudah-mudahan: biarlah dia menipu aku, ~ terbuka mataku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
untung-untung | kalau-kalau; barangkali: Marilah kita pergi sekarang, ~ masih ada orang yg berjual di situ. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
khuatir | berasa gelisah kalau-kalau berlaku sesuatu pd diri sendiri atau pd orang lain; bimbang: Ia ~ kerana anaknya yg dikasihi itu belum pulang-pulang. mengkhuatiri khuatir (takut, bimbang) akan sesuatu: Tidak ada apa-apa yg harus dikhuatiri. mengkhuatirkan menimbulkan rasa khuatir; membimbangkan: Kesihatannya ~ kami semua. kekhuatiran perasaan khuatir; kebimbangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
entah-entah | 1. kalau-kalau, barangkali, boleh jadi, jangan-jangan: ~ dia sudah tidak ada lagi di situ; 2. = berentah; 3. ark keturunan yg kelima atau keenam; 4. ark kiraan atau hitungan nilai wang yg terkecil sekali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |