semampang | ark sekiranya, kalaulah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertuankan | 1. mempunyai sbg tuan, ber-ketuakan: kalaulah ini benar bermakna bukan sahaja kita masih ~ mereka dr segi teknologi bahkan juga dr segi pengurusan; 2. menghamba kpd, menganggap sbg tuan kpd: pd bicara dinda tiada mahu dinda ~ lain drpd Yang Dipertuan; janganlah kita ~ anak raja seorang ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
upaya | usaha utk mencapai sesuatu tujuan, daya usaha, akal, ikhtiar: kalaulah segala apa yg diberikannya selama ini masih belum dapat menjamin kecintaannya, maka habislah ~; seupaya-upaya, seupaya-upayanya setakat mana yg terdaya, seboleh-bolehnya, sedapat-dapatnya; berupaya 1. berusaha dgn sekuat tenaga, berdaya upaya; 2. berkebolehan, berke-mampuan, mampu, dapat, sanggup: menteri yg berkenaan sama sekali tidak ~ mencegah kenaikan harga barang keperluan sehari-hari; mengupayakan 1. mencari jalan (agar), mengikhtiarkan, mengusahakan; 2. mengambil tindakan (supaya); 3. menjadikan berupaya (mampu, boleh, dapat dsb) mencapai sesuatu, membolehkan: penerbitan senarai istilah, buku istilah dan glosari sesungguhnya telah ~ bahasa Melayu menjadi sbg wahana bagi semua bidang ilmu pengetahuan, khususnya sains dan teknologi; strukur organisasi yg ada kini hanya ~ pelaksanaan peranan secara reaktif; terupaya sanggup, mampu; tidak ~ tidak sanggup (mampu); keupayaan kesanggupan (kebolehan) utk mencapai atau melakukan sesuatu, kemampu-an: kanak-kanak mempunyai perangai, kecenderungan, dan ~ yg berbeza; bahasa itu sendiri perlulah mempunyai ~ utk menjadi sebuah bahasa moden; berkeupayaan mempunyai keupayaan: satu variasi yg lengkap dan sempurna, ~ memperkatakan semua gejala dlm masyarakat kita; ketidakupayaan perihal (sifat dsb) tidak berupaya, perihal tidak ada keupayaan: ~ penulis utk menjadi tokoh atau pemimpin politik; pengupayaan perihal (perbuatan, tindakan, usaha dsb) menjadikan berupaya (berke-mampuan, berkebolehan dsb) utk mencapai sesuatu: sistem yg lebih menekankan proses ~ ini telah menjadi teras kpd pembinaan keusahawanan; isu yg lebih penting ialah ~ golongan miskin ini utk mempunyai pen-dapatan yg lebih tinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
generasi | (génerasi) 1. kumpulan individu yg lahir pd waktu yg lebih kurang sama, angkatan: perbuatannya itu akan menjadi teladan kpd ~ yg akan datang; kalaulah begini keadaannya dlm dua atau tiga ~ lagi pun bangsa kita akan tetap mundur; ~ baru angkatan baru; 2. tahap atau peringkat kemajuan atau perkembangan: dgn kemajuan besar-besaran, kita telah melalui empat ~ komputer. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendatang | 1. datang (timbul, berlaku, dll) dgn tiba-tiba: siapakah dapat menduga kalau hari esoknya hujan ~; jika ada aral ~; 2. (yg) datang dr tempat lain (tidak asli): penyesuaian sosioekonomi dicorakkan bukan sahaja oleh ciri-ciri yg didatangkan atau ~, tetapi oleh ciri-ciri yg sudah sedia ada; orang ~ orang yg datang atau berasal dr negeri lain (bukan bumiputera atau penduduk asli); 3. ark terbitan; kata-kata ~ kata-kata terbitan; 4. akan datang: kalaulah perjanjian pd masa ~ dapat mengurangkan pengeluaran senjata; pucuk dicita ulam ~ prb yg diperoleh lebih baik drpd yg dikehendaki; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuan | 1. orang tempat menghambakan diri: orang kulit putih di Amerika masa itu banyak yg menjadi ~ kpd hamba abdi drpd bangsa Negro; ~ hamba sl tuan; 2. a) = ~ punya pemilik (kedai, perusahaan, dll): jika kereta yg dipandu itu tidak mempunyai lesen, ~ punya kereta itu akan didakwa; b) kepala atau pengurus (pejabat, perusahaan, dll); ~ kebun pengusaha (pengurus) kebun; 3. orang laki-laki (yg dihormati): ~ yg datang semalam datang lagi pagi tadi; sepeda ~ Id basikal utk orang laki-laki; 4. a) panggilan bagi orang laki-laki yg berpangkat atau yg patut dihormati: ~ doktor; ~ hakim; T~ Syed Nasir; b) sl panggilan (sebutan) bagi wanita bangsawan: ~ puteri; mengapatah maka ~ hamil maka dibuangkan; 5. kata ganti yg halus bagi orang laki-laki atau perempuan yg dilawan bercakap (engkau atau awak yg lebih halus): ~ sendiri sudah tahu asal saya dr Kampung Balimbing; 6. panggilan bagi orang laki-laki bangsa Eropah: ~ dan memnya tidak meninggalkan pesan apa-apa ketika mereka keluar tadi; ~ besar a) ketua perusahaan (ladang dll); b) Id ark Gabenor Jeneral; ~ kecil a) = ~ muda anak sulung laki-laki dlm sesuatu keluarga atau adik laki-laki tuan rumah; b) penolong (wakil) tuan besar (perusahaan dll); ~ rumah a) orang yg memiliki rumah, ketua rumah (keluarga); b) orang yg meraikan tetamu (biasanya pd majlis yg diadakan di rumahnya atau yg dianjurkannya); ~ tamu ark tuan rumah; ~ tanah pemilik tanah; tuan-tuan 1. orang laki-laki (sekalian yg hadir): ~ yg dihormati, silalah duduk; 2. sl orang bangsawan, ningrat: maka ~ itu pun nak ke darat dgn segala persembahannya, lalu berjalan ke Bukit Siguntang; anak ~ anak raja-raja; bertuan 1. ada tuannya (pemiliknya), mem-punyai penguasa: semua tanah yg dulunya hutan di kawasan itu sekarang sudah ~ dan akan diusahakan; 2. bertindak (bersikap) sbg tuan: semenjak kematian bapanya dia ~ di sini; 3. memanggil atau menyebut tuan (kpd): janganlah ~ lagi kpd saya, panggillah saya ‘abang’ sahaja; bertuankan 1. mempunyai sbg tuan, ber-ketuakan: kalaulah ini benar bermakna bukan sahaja kita masih ~ mereka dr segi teknologi bahkan juga dr segi pengurusan; 2. meng-hamba kpd, menganggap sbg tuan kpd: pd bicara dinda tiada mahu dinda ~ lain drpd Yang Dipertuan; janganlah kita ~ anak raja seorang ini; menuani menguasai, memiliki; menuankan menjadikan tuan, memanggil tuan (kpd orang yg dilawan bercakap): Tuan Bob dituankan oleh orang-orang suruhannya, diayahkan oleh peringkat anak-anak; mempertuan, mempertuankan menganggap (mengakui) tuan: yg mana baik berkenan ke bawah duli tuanku akan ganti duli tuanku itulah patik sekalian sembah dan pertuan; dipertuan; bangsa yg ~ bangsa yg meng-anggap dirinya lebih tinggi atau mulia drpd bangsa lain; hak yg ~ hak atau kedaulatan ke atas sesuatu daerah (negeri); mempertuani ark menguasai; tuanan bangsawan, ningrat; anak ~ anak tuan-tuan; ketuanan hak menguasai dan memerintah sebuah (negeri, daerah, dll), kedaulatan: utk menjamin ~ politik Melayu, maka dunia politik Melayu harus dirombak; ketuan-tuanan spt seorang tuan (ketua, orang berpangkat, dll): “Saya pegawai Kerajaan”, Encik Ramli berkata ~; pertuanan 1. golongan orang bangsawan, kaum ningrat: tatkala itu Bendahara pun hendak masuk menghadap baginda diiring-kan oleh segala pegawai dan ~; Dewan P~ dewan yg dianggotai oleh orang bangsawan dlm parlimen Inggeris; 2. kuasa pemerintahan (ke atas negara dll): dgn itu pemerintahan atau ~ Siam di atas kedua-dua negeri itu pun diiktiraf; 3. = hak ~ kedaulatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
datang | 1. sampai, tiba (di sesuatu tempat): setelah ~ di balai, maka surat itu pun disuruh baca; hari telah jauh malam, tetapi Ali tidak ~ juga; 2. bergerak menghampiri seseorang atau sesuatu tempat: dia melambai-lambaikan tangan dan terus ~ ke tempat kami sedang duduk; 3. pergi (berjalan, bergerak, dsb) sehingga sampai di sesuatu tempat (atau utk menemui seseorang dsb): saya akan mencuba ~ dua kali seminggu; 4. berasal (dr): dia ~ dr Kedah; 5. hingga, sampai (bkn jangka masa dsb): adapun tempat Merah Silu beroleh gelang-gelang itu, Padang Gelang-Gelanglah namanya ~ sekarang; 6. muncul, timbul: tiba-tiba ~ suatu fikiran di kepalanya; ~ seleranya hendak makan; 7. ark = (yg) akan ~ yg akan tiba, hadapan, kemudian (bkn jangka masa dsb); masa ~ kelak, kemudian, kemudian nanti; minggu ~ minggu hadapan; ~ akal datang (mendapat) ilham; ~ bulan = ~ haid turun atau keluar darah haid (pd perempuan); ~ hati sampai hati, tergamak; ~ nampak (tampak) muka, pergi nampak (tampak) belakang (punggung) prb datang dgn baik pergi pun hendaklah dgn baik juga; ~ spt ribut, pergi spt semut prb sesuatu penyakit itu cepat datangnya tetapi lambat perginya; ~ tak berjemput, pulang tak berhantar prb tetamu yg tidak penting; datang-datang 1. setibanya, baru atau sebaik-baik sahaja datang: ~ dia ke mari hendak makan; 2. selalu (kerap) datang: ~ lah ke rumah apabila senang; berdatang; ~ sembah sl berkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: maka si penyadap pun masuklah mengadap Betara, maka ia ~ sembah, menuntut janjinya; berdatangan datang beramai-ramai, datang dr berbagai-bagai tempat; mendatang 1. datang (timbul, berlaku, dll) dgn tiba-tiba: siapakah dapat menduga kalau hari esoknya hujan ~; jika ada aral ~; 2. (yg) datang dr tempat lain (tidak asli): penyesuaian sosioekonomi dicorakkan bukan sahaja oleh ciri-ciri yg didatangkan atau ~, tetapi oleh ciri-ciri yg sudah sedia ada; orang ~ orang yg datang atau berasal dr negeri lain (bukan bumiputera atau penduduk asli); 3. ark terbitan; kata-kata ~ kata-kata terbitan; 4. akan datang: kalaulah perjanjian pd masa ~ dapat mengurangkan pengeluaran senjata; pucuk dicita ulam ~ prb yg diperoleh lebih baik drpd yg dikehendaki; mendatangi 1. datang ke, mengunjungi, melawati, menziarahi: sejak pukul sebelas sampailah petang tidak putus-putus rumah Bidin didatangi kawan-kawannya; rakyat negeri ini dibenarkan ~ negara-negara asing; 2. datang utk menyerang (memeriksa, menangkap, dll): Sultan Zainal Abidin sudah didatangi oleh orang Pasai pula; polis telah ~ rumah beliau malam tadi; 3. menimpa (bkn bala, penyakit, dsb); didatangi penyakit ditimpa (kena) penyakit; 4. Id ark menjadikan kata terbitan (dgn memberi awalan atau akhiran); datang-mendatangi saling berkunjung, ziarah-menziarahi, lawat-melawati; kedatangan 1. perihal datang (mendatang), tibanya, sampainya: ~ orang-orang Minangkabau itu disambut dgn mesra; 2. diserang (musuh dsb), ditimpa (kemalangan dll), didatangi: ~ gerombolan penjahat; ~ musuh; ~ bencana; ~ bulan datang bulan (haid); pendatangan perihal (perbuatan dsb) mendatangi atau mendatangkan; pendatang 1. orang mendatang, orang asing yg datang ke, atau memasuki sesebuah negeri lain; ~ haram bk pendatang tanpa izin; ~ tanpa izin orang asing yg memasuki sesebuah negara lain dgn tidak mendapat kebenaran drpd kerajaan negara tersebut; 2. tiang atau penyokong utk menguatkan (meneguhkan); 3. perasaan yg timbul dlm hati (terlebih dahulu), gerak, firasat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |