kamal | Ar sempurna, lengkap serba-serbinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperselorohkan | mempermain-mainkan, mempersendakan: Ramli ~ Kamal sambil tersenyum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyelorohkan | , memperselorohkan mempermain-mainkan, mempersendakan: Ramli ~ Kamal sambil tersenyum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memodenkan | menjadikan moden, membuat supaya jadi moden, membarui: Mustafa Kamal telah mengadakan perubahan dan mencuba sungguh-sungguh ~ negerinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyisipi | memasang atap baru (menggantikan atap lama), menutup atap yg bocor: Kamal telah ~ bahagian-bahagian atap yg bocor dgn daun pisang atau dgn upih pinang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menekankan | 1. menekan dgn sesuatu (pd), menindihkan sesuatu (pd), mendesakkan sesuatu (pd): Kamal ~ kepalanya pd pintu kuat-kuat; 2. mengucapkan kata (suku kata) dgn keras, mengeraskan suara utk menegaskan: ia ~ suku kata yg terakhir; 3. sangat-sangat mementingkan, mengutamakan, menitikberatkan, menegaskan: Menteri Besar itu ~ bahawa semua rakyat drpd semua lapisan keturunan telah bersatu padu; tulisan ini ~ hubungan antara karya novelis-novelis ter-sebut dgn masyarakat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengawani | menemani: seorang dua adiknya boleh dibawanya tinggal bersama-sama utk ~nya apabila Kamal terpaksa meninggalkan rumah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mempersendakan | mempermainkan (dgn gurau senda), memperolok-olokkan, mengejek-ejekkan: terasa oleh Aini yg Kamal sengaja hendak ~nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mesti | 1. tidak boleh tidak, wajib: kau ~ makan, kalau tidak sakit nanti; 2. tentu, pasti: apa Kamal buat ~lah Aini tahu; 3. patut, wajar: ketiga-tiga orang tua itu disuruh duduk, maka kepadanya dimajukan pertanyaan menurut ~ nya; semestinya 1. sepatutnya, sewajarnya: sudah ~lah ayah tidak mahu mengikut kata-kataku; 2. sebenarnya, sememangnya: ke-padanya sudahlah nyata bahawa kasih dan cinta itu bukan ~ membawa kebahagiaan; memestikan 1. mewajibkan: tiap-tiap orang Islam dimestikan berpuasa dlm bulan Ramadan; 2. menentukan, menetapkan; termesti dimestikan (diwajibkan); kemestian 1. sesuatu yg dimestikan, kewajiban; 2. ketentuan, ketetapan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengesyaki | 1. menaruh syak pd, berasa sangsi pd, mencurigai: ia mula ~ Marina; Hilmi ~ sesuatu yg buruk sedang berlaku; 2. menyangka, menduga: Kamal disyaki lari mengikut Komunis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |