sekalian | 1 semuanya; seluruhnya; segenap: ~ pencuri itu telah ditangkap polis. 2 = kamu ~ kamu semua; awak semua; kalian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sekalian | 1. semua(nya), segala: ~ perompak kembali ke bahteranya; kami dgn rendah hati mempersilakan anda ~ utk mengirimkan rencana bahasa; 2. = kamu ~ kamu (awak) semuanya; 3. sekali jalan (membuat sesuatu di samping membuat sesuatu yg lain), serentak (melakukan dll), sambil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kamu sekalian | kamu semua; awak semua; kalian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kamu sekalian | kamu (awak) semuanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memprovokasi | membangkitkan kemarahan: Kamu dipukul mungkin kerana kamu ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memprovokasi | 1. membangkitkan kemarahan: barangkali kamu dipukul kerana kamu ~nya; 2. membangkitkan, menimbulkan, mencetuskan: biarlah saya mengadakan sedikit renungan terhadap ketiga-tiga unsur tersebut, sekurang-kurangnya utk ~ pemikiran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merasionalkan | menganggap sesuatu perbuatan, tindakan dsb adalah wajar: Kamu tidak boleh ~ perbuatan kamu yg agak keterlaluan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengherdik | mengucapkan kata-kata yg kasar dan keras; menengking: Tak usahlah kamu ~ adik-adik kamu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengulang kaji | 1. mengulangi kajian, meng-kaji semula, mempelajari kembali: kamu hendaklah ~ pelajaran kamu dgn memakai buku-buku panduan yg lain; 2. ki meneliti kem-bali, memeriksai kembali: kedua-duanya telah ~ perhubungan antara kedua-dua buah negeri; ~ dasar luar negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyemak | 1 memeriksa semula supaya tidak ada kesalahan apa-apa; memperhatikan sesuatu karangan dll baik-baik; meneliti: Kamu hendaklah ~ karangan kamu dahulu sebelum menyerahkannya kpd guru. 2 mendengar baik-baik apa-apa yg diucapkan atau yg dibacakan orang: Sementara Ali membaca, kamu semua hendaklah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |