menyoekkan | menyobek(kan), mencabik(kan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyoek | menyobek(kan), mencabik(kan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
soek | (soék); menyoek, menyoekkan menyobek(kan), mencabik(kan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menandaskan | mengatakan dgn tegas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menenggelamkan | 1 menyebabkan tenggelam; mengaramkan: Kapal selam itu telah ~ sebuah kapal musuh. 2 memasukkan atau membenamkan ke dlm air dll: Budak itu ~ sampan mainannya ke dlm air. 3 ki menjadikan tidak kedengaran atau tidak kelihatan; menghilangkan; melenyapkan: Suaranya yg nyaring itu ~ suara orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tandas III | pasti dan tegas; jelas; nyata: Pendiriannya ~. menandaskan mengatakan dgn tegas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mempertalikan | 1. mengikatkan berbelit-belit: ia menyerah diri lalu dirantai dipertali-talikan; 2. mengait-ngaitkan dgn, melibat-libatkan dgn, memperhubung-hubungkan, memperkaitkan, menjalin-jalinkan: jangan dipertalikan hal ini dgn perkara tadi; 3. menghubungkan (dgn), menyambungkan (dgn): jalan raya ini ~ Kuala Lumpur dgn Seremban; 4. menjadikan bertali-tali, menyambung-nyambungkan, menghubungkan: bukankah yg ~ hati suami isteri itu kecintaan yg penuh diikat oleh kesetiaan? 5. menjodohkan dgn, mengahwinkan: Ramli tidak mahu dipertalikan dgn orang yg belum dilihatnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menuliskan | 1. menulis sesuatu di, mencatatkan: dia meminta kertas drpd jururawat, lalu ~ namanya; 2. menggunakan sesuatu utk menulis, menulis dgn (pensel dll): bagaimana hendak ~ pensel yg tumpul ini? 3. menceritakan dgn menulis, mengarangkan, menyuratkan: cerita ini kutuliskan secara roman sejarah; 4. menulis (mengarang, menyurat) utk orang lain: dia meminta saya ~nya sepucuk surat; 5. membuatkan gambar (peta dll), menggambarkan, melukiskan: inilah waktu baik engkau tuliskan peta negeri Judah ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tumang-menumangkan | 1. tinggal-meninggalkan, biar-membiar-kan: sama lebur sama binasa, di manakan tumang-menumangkan; 2. saling berbantah (tidak muafakat), bertelagah: maka barang sesuatu bicara dan pekerjaan, hendaklah muafakat, jangan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menonggekkan | 1 menjadikan tonggek: ~ punggung. 2 membongkokkan badan supaya kepala ke bawah dan punggung ke atas; menonggengkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |