Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.nan] | کانن

Definisi : 1. bahagian (pihak) yg berlawanan dgn kiri, bahagian (pihak) yg di sebelah timur kalau kita berdiri menghala ke utara; tangan ~ a) tangan yg di sebelah kanan (biasanya digunakan utk makan); b) pembantu yg utama (penting), orang harapan; langkah ~ a) nasib baik (beruntung); b) saat yg baik (beruntung); 2. penting (utama), tinggi kedudukannya (pangkatnya dll): pegawai ~ kerajaan; 3. yg mengikut atau berdasarkan aliran politik yg sederhana (konservatif, tidak revolusioner): pemerintahan masih dikuasai oleh parti yg berhaluan ~; puak ~ tetap menguasai pemerintahan negeri itu; menganan (berpusing, berbelok, dll) ke arah kanan; menganankan membawa (memusingkan dll) ke arah kanan, mengarahkan ke kanan; terkanan 1. berada di tempat yg paling kanan; 2. terkemuka (terutama, tertinggi, dll): dua orang pegawai ~ Kementerian Luar telah dikirim ke PBB; kekananan kedudukan yg lebih tinggi berbanding dgn kedudukan orang atau jawatan lain (dlm struktur pentadbiran dsb): salah satu pertimbangan bagi pelantikan tersebut ialah ~ pegawai-pegawai yg memohon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.nan] | کانن

Definisi : 1 bahagian yg di sebelah timur apabila kita menghadap ke utara; bahagian yg berlawanan dgn kiri: Dia duduk di ~ saya. 2 tinggi pangkatnya dll: Dia pegawai ~ di pejabat itu. menganankan membawa ke arah kanan; memutarkan ke arah kanan. kekananan kedudukan atau taraf yg lebih tinggi: Kenaikan pangkat bukan saja didasarkan pd ~ seseorang, tetapi juga pd kecekapan dan pencapaiannya dlm menjalankan tugas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kanan (kata nama)
1. Berantonim dengan kiri

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tinggi, utama, penting,

3. Dalam konteks politik
bersinonim dengan konservatif, sederhana,

Kata Terbitan : terkanan, kekananan,

Puisi
 

Pandang-pandang kanan dan kiri,
     Melintas jalan berkira-kira;
Kurang ringgit boleh dicari,
     Kurang akal habis bicara.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Melangkah kaki kanan.

Bermaksud :

Sampai ke rumah orang ketika tuan rumahnya sedang makan atau baru hendak makan, sehingga kita diajaknya makan bersama-sama.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kiri1. lwn kanan; tangan ~ tangan kidal (lwn tangan kanan); ~ kanan a) kedua-dua sisi atau bahagian sesuatu (spt sungai, jalan, dll), kiri dan kanan: di ~ kanan lorong sempit itu, terdiri beberapa buah rumah; orang ~ kanan orang sebelah-menyebelah rumah, jiran; b) = kanan ~nya Jw lebih kurang, kira-kira; 2. cenderung menggunakan tangan kiri apabila membuat sesuatu, kidal; 3. ki kurang baik, malang (sial, celaka, dsb); langkah ~ tidak kena masanya atau tempatnya (perbuatan, tindakan, dll), sial (mendatangkan keburukan dll); 4. miring (cenderung) ke arah faham sosialis atau komunis (bkn pertubuhan atau pergerakan politik dll): parti ~; pihak ~; mengiri menepi (menuju, berundur, dll) ke sebelah kiri; mengirikan 1. mengundurkan (mengalih­kan, meletakkan, dll) ke sebelah kiri; 2. mengetepikan, membiarkan dahulu (kerana kurang mementingkan), mengesampingkan: perkara itu boleh dikirikan dahulu; 3. me­nyingkirkan atau membuang (drpd kumpulan dll): orang yg dikirikan drpd masyarakat; terkiri terletak ke sebelah kiri (ke kiri atau lebih ke kiri dr tempatnya yg sebenar atau yg sepatutnya), berada di sebelah kiri sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kiri kanana) kedua-dua sisi atau bahagian sesuatu (spt sungai, jalan, dll), kiri dan kanan: di ~ kanan lorong sempit itu, terdiri beberapa buah rumah;Kamus Dewan Edisi Keempat
kiribahagian badan yg menghala ke utara apabila kita menghadap ke timur; lw kanan: Kalau hendak melintas jalan, kita mesti melihat ke ~ dan ke kanan dahulu. ~ kanan bahagian yg di sebelah-menyebelah sesuatu (jalan, sungai dll). mengiri menuju ke sebelah kiri. mengirikan meletakkan sesuatu di sebelah kiri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kiribahagian badan yg menghala ke utara apabila kita menghadap ke timur; lw kanan:Kalau hendak melintas jalan, kita mesti melihat ke ~ dan ke kanan dahulu. ~ kanan bahagian yg di sebelah-menyebelah sesuatu (spt jalan, sungai dll). mengiri menuju ke sebelah kiri. mengirikan meletakkan sesuatu di sebelah kiri.Kamus Pelajar
rusuk kanan (kiri)sebelah kanan (kiri);Kamus Dewan Edisi Keempat
menganankanmembawa ke arah kanan; memutarkan ke arah kanan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menganankanmembawa ke arah kanan; memutarkan ke arah kanan.Kamus Pelajar
sebak(sébak) kuak, belah (rambut), pisah (ke kanan ke kiri); bersebak 1. berpisah ke kiri ke kanan (air ditempuh kapal dll) bercerai, berkuak; 2. berbelah (rambut): rambutnya ~ di tengah-tengah; 3. menepi ke kiri atau ke kanan (utk memberi jalan), menyisi; air besar, batu ~ prb saudara-mara atau sahabat handai akan berpecah belah apabila timbul perselisihan; menyebak 1. menguak ke kiri ke kanan, membelah (rambut ketika bersikat dll), menyiah; 2. bp membuka (halaman buku dll), menyingkap (kain dll); menyebak-nyebak 1. menyingkap dan memisahkan ke kiri ke kanan; 2. bp mem-buka-buka atau membalik-balik (muka surat dll); tersebak 1. terkuak ke kiri ke kanan (air yg ditempuh kapal dll), berbelah (sisiran rambut); 2. bp terbuka (bkn buku).Kamus Dewan Edisi Keempat
lencanglurus (barisan atau arah); ~ kanan Id pandang ke kanan utk meluruskan barisan (perintah dlm perbarisan tentera dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
menganankanmembawa (memusingkan dll) ke arah kanan, mengarahkan ke kanan;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas