adik | 1. saudara kandung (laki-laki atau perempuan) yg lebih muda; ~ bongsu adik yg termuda; ~ kandung = ~ seibu sebapa anak kpd ibu dan bapa seseorang yg lebih muda daripadanya; ~ seayah adik berlainan ibu; ~ seibu adik berlainan ayah; 2. panggilan (khasnya kpd saudara kandung atau saudara mara yg lebih muda atau kpd isteri dan amnya kpd orang yg lebih muda); ~ ipar adik lelaki atau perempuan kpd suami atau isteri seseorang; ~ sanak ayah anak saudara lelaki ayah (yg lebih muda); ~ sanak ibu anak saudara perempuan ibu (yg lebih muda daripadanya); ~ sepupu anak (yg lebih muda) kpd adik atau kakak ayah atau emak seseorang; bulan ~ Maulud bulan Rabiulakhir; beradik 1. mempunyai atau ada adik: biarlah dia bermanja sepuas-puasnya sementara belum ~ lagi; 2. bersaudara kandung: kami tinggal tiga ~ di rumah itu selepas pemergian ayah; adik-beradik, adik kakak 1. (beberapa orang) yg mempunyai hubungan kekeluargaan (kerana seayah atau seayah dan seibu), bersaudara; mereka lima ~ mereka lima bersaudara: bergaduh ~ dlm pembahagian harta pusaka; 2. (berlaku) sbg saudara, antara atau selaku adik dgn abang (atau kakak): mari kita bicarakan ~ dahulu; beradik kakak selaku adik dan kakak; memperadik memandang (memanggil, menyebut) adik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kandung kencing | Id pundi-pundi kencing; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kandung jantung | Id selaput jantung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kandung | 1 karung kecil tempat menyimpan wang (emas dll); kantung; pundi-pundi: Dia mengeluarkan wang dr ~nya. 2 pundi-pundi peranakan; rahim. mengandung 1 membawa sesuatu dlm kandung (saku dll). 2 berisi; bermuat: Awan hitam ~ hujan. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. 3 hamil. mengandungi menjadi sbg kandung kpd: Gelas ~ air. mengandungkan sedang mengandung (anak); membuntingkan; menghamilkan: Dia sihat semasa ~ anak sulungnya. terkandung sudah dikandung; terdapat di dlm sesuatu; termuat: Dia mencurahkan segala yg ~ dlm hatinya. kandungan 1 apa-apa yg termuat di dlm sesuatu; isi: ~ buku itu sangat baik. ~ hati apa-apa yg tersimpan (tersirat) dlm hati; isi hati. 2 anak atau bayi yg masih dlm rahim ibu. 3 kantung tempat anak dlm perut ibu; rahim. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kandung | 1. karung kecil tempat menyimpan wang (emas dll); kantung; pundi-pundi:Dia mengeluarkan wang dr ~nya. 2. pundi-pundi peranakan; rahim. mengandung 1. membawa sesuatu dlm kandung (saku dll). 2. berisi; bermuat: 3. hamil. mengandungi menjadi sbg kandung kpd:Gelas ~ air. mengandungkan sedang mengandung (anak); membuntingkan; menghamilkan:Dia sihat semasa ~ anak sulungnya. terkandung sudah dikandung; terdapat di dlm sesuatu; termuat:Dia mencurahkan segala yg ~ dlm hatinya. kandungan 1. apa-apa yg termuat di dlm sesuatu; isi: ~ buku itu sangat baik. ~ hati apa-apa yg tersimpan (tersirat) dlm hati; isi hati. 2. anak atau bayi yg masih dlm rahim ibu. 3. kantung tempat anak dlm perut ibu; rahim. | Kamus Pelajar |
adik | 1 saudara kandung (lelaki atau perempuan) yg lebih muda. 2 panggilan kpd saudara pupu yg lebih muda dan juga kpd isteri khasnya atau kpd orang-orang yg lebih muda amnya. beradik 1 mempunyai adik: Amir belum ~ lagi. 2 bersaudara kandung: Dua ~ itu telah pergi berjumpa dgn Datuk Penghulu. adik-beradik 1 bersaudara kandung: Kami bertiga ini ~. 2 (berlaku) sbg saudara: Mari kita bincangkan perkara ini ~ dahulu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
adik | 1. saudara kandung (lelaki atau perempuan) yg lebih muda. 2. panggilan kpd saudara pupu yg lebih muda dan juga kpd isteri khasnya atau kpd orang-orang yg lebih muda amnya. adik-beradik 1. bersaudara kandung:Kami bertiga ini ~. 2. (berlaku) sbg saudara:Mari kita bincangkan perkara ini ~ dahulu. | Kamus Pelajar |
kandung | 1. kantung, pundi-pundi: ia mengeluarkan wang drpd ~nya; 2. rahim, pundi-pundi peranakan; abang (adik, anak, ayah, ibu) ~ abang dll sendiri (bukan abang dll tiri atau abang angkat); saudara se~ adik (abang, kakak) seibu sebapa; ~ jantung Id selaput jantung; ~ kencing Id pundi-pundi kencing; bunga ~ bunga yg kecil-kecil yg terdapat pd bahagian tengah bunga (spt pd bunga matahari); berkandung 1. berisi, bermuat; 2. hamil; mengandung 1. membawa sesuatu dlm saku dll: ~ wang; 2. hamil: sudah berapa bulan Aini ~? 3. = mengandungi berisi, memuat: bunga yg ~ racun; tanah yg ~ bijih timah; kata yg ~ erti; mengandungkan mempunyai janin yg sedang membesar di dlm rahim, menghamilkan, membuntingkan: suaminya berubah perangai apabila dia ~ anaknya yg ketiga; terkandung dikandung, terdapat atau termuat di dlm sesuatu, tercantum (tersirat): bijih emas yg ~ dlm batu kapur; kesalahan-kesalahan yg ~ dlm undang-undang; rasa sedih yg ~ dlm suaranya; kandungan 1. sesuatu yg dikandung oleh sesuatu yg lain, apa yg termuat (di dlm sesuatu), isi: ~ bungkusan; ~ buku (surat dsb); menyelidiki ~ kimia batu kapur; 2. sesuatu yg tercantum atau tersirat (di dlm hati dsb), isi: ~ hati; ~ jiwa; 3. anak yg masih dlm rahim ibu: ~nya kian hari kian besar; 4. kandung, rahim: anak yg masih dlm ~; angka ~ kecil angka terkecil yg boleh mengandungi dua angka tertentu atau lebih: 24 ialah angka ~ kecil bagi angka 8 dan 3. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saudara kandung | adik-beradik seibu sebapa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ibu kandung | emak benar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |