Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kapar;

Puisi
 

Sudah ada kereta api,
     Pergi ke Kapar membeli benang;
Sudah dapat pembuka hati,
     Perut yang lapar menjadi kenyang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Adat teluk timbunan kapal (= kapar).

Bermaksud :

Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat lurah timbunan sarap). kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kapar, = kaparan kayu atau sampah sarap yg hanyut di air. berkaparan bersepah di sana sini dgn tidak menentu; berserak-serak atau bertaburan di sana sini: Banyaklah orang yg mati dan mayat pun ~ di sana sini. terkapar terbaring atau terserak di sana sini dgn tidak menentu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kapar IIark; kaparan belakang (bahagian yg tidak tajam): ~ parang (pedang) belakang parang (pedang); spt kerbau menanduk anak dgn ~ tanduk bukan dgn hujung prb marah bapa akan anaknya tidak sampai membahaya­kan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kapar Ikayu atau sampah sarap yg hanyut di air: setelah perahu itu pecah, mereka bergantung pd ~-~nya; salangkan bah ~ tak hanyut, inikan pula kemarau panjang prb sedangkan sewaktu ada pencarian tidak sampai sesuatu maksud (yg dihajati), apalagi sewaktu tidak berpencarian; berkaparan terletak (terbaring) di sana sini (tidak tentu arah dll), berserakan: rakyat banyak mati ~; mengaparkan menyerak-nyerakkan, menabur­naburkan (dgn tidak keruan): bantal, tilam, dulang, talam sekalian dikaparkannya di lantai; terkapar terbaring (tidak berketentuan), terlantar: ia ~ di atas rumput; kaparan barang-barang (sampah dll) yg ber­kaparan di air.Kamus Dewan Edisi Keempat
kapar = kaparan kayu atau sampah sarap yg hanyut di air. berkaparan bersepah di sana sini dgn tidak menentu; berserak-serak atau bertaburan di sana sini: Banyaklah orang yg mati dan mayat pun ~ di sana sini. terkapar terbaring atau terserak di sana sini dgn tidak menentu.Kamus Pelajar
sedangkan1 sung­guhpun; walaupun; sekalipun: ~ bah, kapar tak hanyut, inikan pula, kemarau panjang. 2 padahal; walhal: Bagaimana aku hendak menolongmu, ~ diriku sendiri pun serba kekurangan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sedang III, = sedangkan 1 sung­guhpun; walaupun; sekalipun: ~ bah, kapar tak hanyut, inikan pula, kemarau panjang. 2 padahal; walhal: Bagaimana aku hendak menolongmu, ~ diriku sendiri pun serba kekurangan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bah I= air ~ banjir, air besar; musim ~ musim banjir; salangkan ~ kapar tak hanyut, inikan (kononlah) pula kemarau panjang prb a) kalau semasa muda sudah malas, mustahil menjadi rajin kalau sudah tua; b) pd masa ada pencarian tidak boleh menjadi kaya, apatah lagi dlm masa tiada pekerjaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
teluk Ibahagian laut yg menganjur masuk ke darat, serokan; ~ belanga sj baju Melayu yg tidak berleher; ~ rantau a) teluk dan rantau, ceruk rantau; b) daerah sekeliling, jajahan; adat ~ timbunan kapar prb biasanya orang berpangkat (ber-kuasa dll) menjadi tempat tumpuan orang meminta pertolongan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kemarau1. kering (tidak berair); 2. = musim ~ musim kering (tidak turun hujan utk jangka masa yg lama): musim ~ yg berlanjutan selama beberapa minggu telah menyebabkan hasil padi di kawasan itu merosot; ~ bulan lima Kl, Tr musim kemarau yg paling kering dan panas sekali; ~ keras musim kemarau panjang; salangkan (sedangkan) bah kapar tak hanyut, inikan pula ~ panjang prb a) sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; b) sedang waktu makmur tidak senang, apa lagi waktu susah.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas