kapasiti | ist 1 jumlah maksimum yg dpt ditampung oleh sesuatu. 2 keupayaan menampung (sesuatu). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kapasiti | 1. kemampuan (kebolehan) membuat sesuatu, kekuatan (mesin dll); 2. kemampuan memuat sesuatu, muatan, isi padu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kapasiti | ist 1. jumlah maksimum yg dpt ditampung oleh sesuatu. 2. keupayaan menampung (sesuatu). | Kamus Pelajar |
farad | ist unit kapasiti arus elektrik: Satu ~ bersamaan dgn 1 coulomb per volt. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
farad | (Fiz) SI unit bagi kapasiti arus elektrik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
isian | 1. benda yg diisi(kan); 2. ruang yg boleh diisi(kan), muatan, kapasiti; surat ~ borang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
formula | 1. (Kim) seperangkat simbol yg terdiri drpd huruf, atau huruf dan angka yg menunjukkan komposisi unsur sesuatu bahan, mis formula utk karbon monoksida ialah CO, dan ammonia ialah NH3, rumus; 2. (Mat) aturan, prinsip, hubungan dsb matematik yg dinyatakan dlm bentuk simbol, rumus; 3. kaedah (cara, tindakan, rancangan dsb) utk mencapai sesuatu hasil (kejayaan dsb) atau menyelesaikan sesuatu masalah dsb dgn sebaik-baiknya: negara-negara anggota berbincang utk mencari ~ paling mujarab utk menyelesaikan masalah ekonomi yg sedang mencengkam dunia; saya tidak ada ~ tertentu utk mencapai matlamat ini; 4. senarai bahan, arahan dsb dlm menghasilkan sesuatu ubat dsb; 5. pengelasan atau perlumbaan kereta lumba berdasarkan kapasiti enjin, saiz enjin dsb: F~ Satu; F~ Tiga; F~ 2000;~ am (Kim) formula yg melambangkan kumpulan sebatian organik secara umum, dgn menggunakan lambang sbg ganti bilangan atom (mis alkana dilambangkan sbg CnH2n+2); ~ empirik = ~ empiris (Kim) formula paling ringkas utk menyatakan bilangan relatif atom yg bergabung dlm satu molekul sebatian berdasarkan berat komposisi sebatian tersebut (mis CH bagi asetilena dan benzena); ~ kimia (Kim) perlambangan utk menyatakan binaan molekul atau perkaitan kimia dgn menggunakan simbol-simbol; ~ molekul (Kim) formula yg menunjukkan bilangan sebenar atom dan jenis-jenis atom yg terdapat dlm sesuatu molekul (mis C6H6 bagi benzena dan C2H5OH bagi etanol); F~ Satu perlumbaan kereta profesional bertaraf dunia yg sangat berprestij; ~ struktur (Kim) formula yg menyatakan bilangan sebenar, jenis, dan susunan atom-atom dlm sesuatu molekul sebatian; berformulakan berdasarkan atau mempunyai sesuatu sbg formula: penyelesaian sesuatu masalah mestilah ~ sikap tolak ansur dan hormat-menghormati antara pihak yg terlibat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
isi | 1. sesuatu yg termuat dlm sesuatu benda, kandungan: apakah ~ bakul itu?; berapa gelen ~ tong itu?; ~ surat; 2. inti sari, pati: dlm puisi ~ atau erti itu sama pentingnya dgn keindahan luar; ia cuba mengingat-ingat ~ bualan tadi; 3. bahagian (pd buah dll) yg bukan biji (yg dikandung oleh kulit): ~ durian ini tebal dan manis pula rasanya; ~ dada (hati, perut) perasaan atau fikiran; ~ kahwin mas kahwin (pemberian drpd bakal suami); ~ kampung (negeri dsb) penduduk kampung (negeri dsb); ~ perut a) kandungan dlm perut (badan manusia dll); b) segala yg tersimpan dlm hati (perasaan, fikiran, dsb); ~ rumah seluruh penghuni rumah; ~ lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita prb orang lain mendapat senangnya, kita mendapat susahnya; bagai ~ dgn kuku prb perihal persahabatan yg sangat karib; seisi seluruh isi; ~ negeri seluruh isi negeri; ~ rumah seluruh isi rumah; berisi 1. mempunyai isi, tidak kosong: bintit-bintit itu ~ nanah; padi tidak ~; 2. tidak kurus, gemuk: pemuda yg berbadan gempal ~; 3. = berisikan mengandungi, bermuat: baldi yg ~ air mandi; 4. mempunyai: aku hanya ~ dgn ilmu tanggapan pancaindera dan tanggapan akal; tidak ~ lagi, sudah tinggal kotaknya saja prb perihal orang yg dahulunya bagus tetapi kini tidak lagi; mengisi menjadikan (sesuatu spt beg, botol, dll) berisi, memasukkan sesuatu supaya berisi, memuatkan atau mengambil tempat (ruang dsb) di sesuatu supaya berisi: ~ botol dgn air; buku-buku utk ~ perpustakaan; ~ adat a) menjalankan segala peraturan adat; b) memenuhi (kewajiban dll): budaya tidak lagi ~ keperluan individu dan utk kebahagian individu; tanggungjawab mereka utk ~ Dasar Bahasa Kebangsaan; ~ jawatan menempatkan pegawai pd (atau melantik seseorang memegang) jawatan yg kosong; ~ kemerdekaan melaksanakan hak-hak yg telah diperoleh dgn kemerdekaan; ~ waktu melakukan sesuatu supaya jangan terbuang waktu; mengisikan memasukkan (menaruh, menempatkan) sesuatu ke dlm (sesuatu bekas dll): minyak itu diisikan ke dlm botol; guru memberikan latihan-latihan spt ~ perkataan pd tempat-tempat yg kosong; terisi sudah (sedia, telah) diisikan, terpenuh: bakulnya ~ dgn seekor ikan kurau dan sayur kangkung; pulanglah perempuan muda itu dgn hajat yg ~; isian 1. benda yg diisi(kan); 2. ruang yg boleh diisi(kan), muatan, kapasiti; surat ~ borang; perisian = ~ komputer program atau atur cara komputer yg dapat digunakan dgn sistem komputer tertentu: doktor lebih mudah menentukan rawatan dan pencegahan penyakit jantung dgn menggunakan ~ komputer yg direka khas; ~ bersepadu perisian yg menggabungkan pelbagai ciri yg biasanya wujud secara berasingan dlm satu perisian yg besar dan bersepadu; ~ kongsi perisian atau dokumen yg diedarkan oleh pembuat perisian untuk dikongsi bersama oleh pengguna komputer; pengisian perihal atau perbuatan mengisi atau mengisikan; pengisi 1. orang (alat) yg mengisi; ~ pojok penulis ruangan sudut surat khabar; 2. sesuatu yg diisikan; ~ perut makanan dan minuman; ~ waktu pekerjaan dll utk mengisi masa lapang; 3. tempat utk mengisi: ~ dawai; 4. = angka ~ (Mat) angka-angka yg kalau didarabkan menghasilkan suatu jumlah: 1, 2 dan 3 ialah ~ bagi angka 6; ~ rata (Mat) angka yg menjadi pengisi utk lebih drpd satu nombor; ~ tunggal (Mat) angka pengisi yg tidak dapat dibahagi lebih lanjut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |