karikatur | gambar, ajukan suara, perangai, dll seseorang yg menekankan ciri-ciri tertentu utk berjenaka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bukan olok-olok | bukan main-main, sungguh-sungguh; gambar ~ gambar sindiran, karikatur; masak ~ Mn selalu dipermainkan orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gambar corat-coret | gambar yg dilukis secara kasar dgn garis-garis, gambar yg jangan tidak sahaja rupanya (spt karikatur, sketsa, peta lakar, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
olok | ; olok-olok main-main, lawak-lawak: bangkangannya itu hanya ~ sahaja; bukan ~ bukan main-main, sungguh-sungguh; gambar ~ gambar sindiran, karikatur; masak ~ Mn selalu dipermainkan orang; berolok-olok bermain-main, berlawak-lawak: ~ boleh, tak ada halangannya, asal berketika dan pd tempatnya; mengolok-olokkan, memperolok-olok, memperolok-olokkan, memperolokkan mempermainkan dgn perkataan atau perbuatan (spt mengejek dll): selalu orang ~ Pak Dolah; aku tidak suka diperolok-olokkan spt ini; saudara telah memperolok-olok saya; olok-olokan, olokan olok-olok; perolok-olokan main-main: unsur-unsur sendaan, ~ dan sihir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
corat | ; ~-coret = ~-carit a) garis-garis yg tidak tentu hala rupanya; b) = gambar ~-coret gambar yg dilukis secara kasar dgn garis-garis, gambar yg jangan tidak sahaja rupanya (spt karikatur, sketsa, peta lakar, dll); c) = tulisan ~-coret tulisan yg tidak elok dan tidak sungguh-sungguh; d) = tulisan ~-coret karangan (spt cerpen, esei, dll) yg ditulis jangan tidak atau utk gambaran ringkas sahaja (tidak tinggi nilai seninya, isinya, dll); e) pementasan atau drama pendek yg tidak tinggi mutunya (spt utk hiburan atau selingan sahaja); coret I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |