Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kar.ya] | کاريا

Definisi : 1. kerja; 2. buatan atau ciptaan (seni dll): ~ Abdul Rahim Kajai; ~ seorang pelukis; ~ eceran karya yg diterbitkan secara satu­-satu atau sedikit-sedikit spt dlm bentuk rencana (bukannya dlm bentuk buku); berkarya menghasilkan karya (tulisan, cip­taan, gubahan, dsb): tanpa pasaran yg memuaskan, pengarang tentulah tidak akan ~; perkaryaan kegiatan berkarya: penulis menyempitkan ~ mereka, tetapi ini penting bagi mewujudkan kesedaran; pengkaryaan penghasilan karya, pencip­taan (sesuatu karya): ASAS 50 agak kurang cergas kegiatannya terutamanya dlm soal ~; kreativiti para penulis itu utk menyempitkan ruang ~ amat penting bagi mewujudkan kesedaran; pengkarya orang yg berkarya atau meng­hasilkan karya: oleh sebab ~ dilahirkan dan didewasakan di celah pokok getah, sewajarnyalah pengkaryaan tidak meninggalkan tradisi kita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kar.ya] | کاريا

Definisi : hasil kesenian dll; ciptaan: ~ seni lukis. berkarya menghasilkan karya (tulisan, ciptaan, gubahan, dsb): Beliau ~ utk mengisi masa lapangnya. pengkaryaan perihal atau perbuatan menghasilkan karya; penciptaan (sesuatu karya): Kumpulan penulis itu agak kurang cergas dlm soal ~. pengkarya orang yg berkarya. karyawan orang yg banyak menghasilkan karya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karya (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerja: tugas

2. Bersinonim dengan ciptaan: gubahan, karangan, rekaan, reka cipta, buatan, kreativiti, nukilan cerpen, puisi, sajak, syair, gurindam, drama, novel, pantun, seloka, satir, hikayat, rubai, lukisan,

Kata Terbitan : berkarya, pengkarya,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mengantologikanmenghimpunkan atau menyusun sesuatu karya spt cerpen utk dijadikan sbg antologi: karya-karya mereka telah pun diantologikan oleh penerbit utk tatapan umum.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengantologikanmengumpulkan atau menyusun karya, spt cerpen, puisi dsb utk dijadikan sbg antologi: Karya-karya yg menarik itu diantologikan utk tatapan para pembaca.Kamus Pelajar Edisi Kedua
galeribangunan atau bilik tempat mempamerkan karya-karya seni dsb: satu pameran telah diadakan di sebuah ~ seni dan sejarah.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengkajianperihal mengkaji, penelitian, penyelidikan: ~ dan penilaian karya-karya sastera; ~ utk mencari kegunaan baru getah masih dijalankan;Kamus Dewan Edisi Keempat
epigoni(épigoni) orang yg meneruskan dan memperkembang karya-karya seniman drpd angkatan yg telah lalu.Kamus Dewan Edisi Keempat
nama penanama yg digunakan oleh penulis pd karya-karya (bukan namanya yg sebenarnya);Kamus Dewan Edisi Keempat
inovatifmerupakan (bersifat) inovasi: Long Thien Shih yg terkenal dgn karya-karya yg ~ belajar di bawah tunjuk ajar S.W. Hayter di Atelier 17, Paris; perubahan secara kreatif dan ~; pembentukan metafora dlm puisinya terasa segar dan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
pentarikhanperihal mencatatkan tarikh bagi sesuatu peristiwa: ciri penulisannya mementingkan ~ sehinggakan karya-karya dapat dijadikan sumber sejarah yg dinilai;Kamus Dewan Edisi Keempat
tipamodel, corak, jenis: selalunya yg diban­dingkan dlm kajian sastera bandingan ialah karya-karya sastera yg satu jenis atau ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
merujuk1 melihat buku dll utk memperoleh keterangan lanjut dll ttg sesuatu perkara: ~ kpd surat tuan; Karya-karya yg bermutu dirujuk utk mendapatkan maklumat lanjut. 2 mengahwini bekas isteri semasa masih dlm idah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas