Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.sar] | کاسر

Definisi : 1. tidak kecil atau tidak halus, agak besar: benang ~; bulu ~; pasir ~; garam ~; 2. tidak licin, kasap, kesat: kertas pasir ini kurang ~; muka Satejo sangat ~ nampaknya; 3. tidak kemas (halus) buatannya dsb: perabot yg tahan lama tetapi ~ buatannya; jahitannya ~; 4. tidak tertib (sopan santun, beradab), tidak lemah lembut: segala percakapan dan kelakuannya terlalu ~; menjawab dgn suara yg ~ menjawab dgn suara yg menengking; bermain ~ berlaku kasar (tidak menurut ke­tertiban dan peraturan); 5. tidak terperinci, belum mengambil kira atau memperhitungkan butir-butir tertentu, secara umum atau pd garis besarnya sahaja: perbelanjaan itu dikira secara ~ saja; jualan ~; untung ~; 6. yg ber­wujud, jasmani: badan (tubuh) ~ badan (tubuh) yg jasmani (bukan batin); 7. keras dan rendah (suara dll), besar: suara ~; 8. berat (bkn kerja dll); buruh ~ buruh yg membuat kerja berat; kerja ~ kerja berat (kerja yg di­lakukan dgn kekuatan tubuh badan seseorang); ~ tangan a) kasar barang kerjanya; b) suka memukul; berkasar berbuat (bercakap dll) dgn kasar: tidak pernah Tasimah ~ dgn suaminya; mengasari berbuat sesuatu dgn kasar pd, mengerasi: dia cuba membantah, akibatnya dia telah dikasari oleh penjual itu; mengasarkan menjadikan kasar; memperkasar menjadikan lebih kasar; kekasaran perihal kasar: rasai olehmu Kahar, balasan ~ tingkahmu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.sar] | کاسر

Definisi : 1 tidak halus; agak tebal (ttg benda yg berbiji-biji, spt pasir, atau yg berurai-urai, spt benang): benang ~; pasir ~. 2 tidak licin; kesat (apabila diraba): Kertas pasir ini kurang ~. 3 tidak kemas buatannya (bkn perkakas spt kerusi dan meja); tidak halus: Kerusi itu ~ buatannya. 4 tidak lembut; tidak sopan; biadab (bkn kelakuan dll): Tingkah lakunya ~ benar. 5 keras dan rendah bunyinya (suara dll): Suaranya ~. 6 tidak terperinci; secara umum saja: ujian ~; garis ~. berkasar berlaku (bercakap dll) dgn kasar: Dia tidak pernah ~ terhadap ibu bapanya. mengasari berlaku kasar terhadap. mengasarkan menjadikan kasar. memperkasar menjadikan lebih kasar. kekasaran keadaan kasar; sifat kasar: Dia meminta maaf kerana ~nya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasar (adjektif)
1. Bersinonim dengan kesat: kasap, kematu, gerutu, tidak licin,
Berantonim dengan licin

2. Bersinonim dengan agak besar: tidak kecil, tidak halus,
Berantonim dengan halus

3. Dalam konteks perabot
bersinonim dengan gabas, gubas, gabal, tidak kemas, tidak halus,
Berantonim dengan halus

4. Dalam konteks perangai
bersinonim dengan biadap, kurang ajar, tidak tertib, kurang sopan,
Berantonim dengan sopan

5. Dalam konteks kerja
bersinonim dengan berat, buruh, kontrak,
Berantonim dengan ringan

6. Dalam konteks suara
bersinonim dengan keras, besar, parau, garau,
Berantonim dengan lembut

7. Bersinonim dengan secara umum: tidak terperinci, pukul rata, lebih kurang,

Kata Terbitan : berkasar, mengasarkan, kekasaran,

Puisi
 

Kain kasar kain dibeli,
     Masuk berniaga negeri Jawa;
Kisar di kanan gigit di kiri,
     Salah timbang kecewa juga.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seperti biawak,
     masakan hilang kesatnya.

Bermaksud :

Orang-orang yang rendah budi pekerti tentu bahasanya kasar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ibu pasirpasir yg kasar-kasar;Kamus Dewan Edisi Keempat
keranjangsj bakul besar yg dianyam kasar­kasar: Amir datang dgn sebatang kayu pengandar dan dua buah ~; ~ orang bakul tempat diisi orang; ~ sampah bakul sampah; bola ~ Id permainan bola yg menggunakan keranjang sbg gol; mata ~ ki sangat suka melihat perempuan.Kamus Dewan Edisi Keempat
sebat IIsusah bernafas (kerana kena selesema), tersumbat (hidung kerana berhingus): dengkur yg kasar-kasar terlepas drpd hidung yg ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kekasarankeadaan kasar; sifat kasar: Dia meminta maaf kerana ~nya itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kekasarankeadaan kasar; sifat kasar:Dia meminta maaf kerana ~nya itu. Dia ditegur kerana ~ tingkah lakunya.Kamus Pelajar
kuliorang yg membuat kerja yg berat-berat atau kasar; buruh kasar. berkuli bekerja sbg kuli; menjadi kuli.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kasar1 tidak halus; agak tebal (ttg benda yg berbiji-biji, spt pasir, atau yg berurai-urai, spt benang): benang ~; pasir ~. 2 tidak licin; kesat (apabila diraba): Kertas pasir ini kurang ~. 3 tidak kemas buatannya (bkn perkakas spt kerusi dan meja); tidak halus: Kerusi itu ~ buatannya. 4 tidak lembut; tidak sopan; biadab (bkn kelakuan dll): Tingkah lakunya ~ benar. 5 keras dan rendah bunyinya (suara dll): Suaranya ~. 6 tidak terperinci; secara umum saja: ujian ~; garis ~. berkasar berlaku (bercakap dll) dgn kasar: Dia tidak pernah ~ terhadap ibu bapanya. mengasari berlaku kasar terhadap. mengasarkan menjadikan kasar. memperkasar menjadikan lebih kasar. kekasaran keadaan kasar; sifat kasar: Dia meminta maaf kerana ~nya itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kasar tangana) kasar barang kerjanya; b) suka memukul;Kamus Dewan Edisi Keempat
kiraan kasarhitungan kasar (tidak terperinci);Kamus Dewan Edisi Keempat
kira kasarhitung kasar;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas