kata ulang (berulang) | kata ganda. kata-kata; bercakap; bertutur: Kanak-kanak itu pun ~ perlahan-lahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kata ganda | kata yg diucapkan berulang seluruhnya atau sebahagiannya (spt langit-langit, berulang-ulang, rerambut). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kata ganda | kata yg diulang sebutannya (spt kupu-kupu, cepat-cepat). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ganda dua | hasil drpd mendarabkan sesuatu angka dgn angka itu sendiri; ~ dua angka 7 ialah 49. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ganda III | Jk 1. lawan (yg tidak sepadan); 2. berani melawan (meskipun lawan yg lebih kuat dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ganda II | sl bau (yg harum), bau-bauan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ganda-berganda | berlipat-lipat banyaknya, beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal (atau sesuatu jumlah): mendapat keuntungan yg ~; menari ~ menari berkali-kali (berulang kali); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ganda menurun | (Mat) rangkaian angkatap yg disusun menurut angka ganda yg bertambah kecil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ganda menaik | (Mat) rangkaian angkatap yg disusun menurut angka ganda yg bertambah besar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ganda | 1 jumlah atau banyaknya sbg tambahan yg sama besar dgn jumlah yg mula-mula: ~ dua hasil drpd mendarabkan sesuatu angka dgn angka itu sendiri; ~ dua angka 7 ialah 49. dua (tiga, empat) kali ~ dua (tiga, empat) kali sebanyak yg mula-mula. 2 yg diulang sebutannya: kata ~ kata yg diulang sebutannya (spt kupu-kupu, cepat-cepat). berganda bertambah sekali drpd jumlah yg mula-mula. berganda-ganda menjadi banyak berkali-kali drpd jumlah yg mula-mula. Pd bulan lalu syarikat itu telah mendapat keuntungan yg ~. menggandakan menjadikan banyak satu kali drpd jumlah yg mula-mula; menjadikan berganda: Sekarang kita perlu bekerja keras supaya kita dpt ~ hasil tanaman kita. mempergandakan menggandakan sesuatu yg telah digandakan; menjadikan berganda-ganda: Mereka dpt ~ hasil tanaman dgn menggunakan jentera itu. gandaan hasil menggandakan sesuatu nombor: Empat ialah ~ dua. pergandaan 1 hal berganda atau berganda-ganda: ~ hasil tanaman itu adalah berkat usaha gigih para petani. 2 hasil drpd mempergandakan. penggandaan perbuatan atau hal menggandakan: ~ barang-barang keperluan itu adalah utk memenuhi permintaan pengguna. pengganda angka utk menggandakan sesuatu angka lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |