Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Lin) kata, spt di, ke dan dari yg digunakan di depan kata nama atau frasa nama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata yg merangkaikan kata nama atau frasa nama, spt dr, di, dan ke. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
daripada1 kata sendi nama utk menerangkan asal (sumber, bahan dll) sesuatu benda: Kain ini dibuat ~ benang sutera. 2 kata sendi nama utk menyatakan perbandingan (perbezaan) antara dua benda atau lebih: Bunga ini lebih wangi ~ bunga itu. Bezakan haiwan jenis mamalia ~ haiwan jenis reptilia. 3 kata sendi nama yg menyatakan maksud mencegah (melindungi, memisahkan dll): Dia menjauhkan diri ~ bahaya. Dia mencuba melarikan diri ~ rusuhan itu. 4 kata sendi nama yg menunjukkan orang yg memberi (mengirim): Yati menerima sepucuk surat ~ ayahnya. 5 kata sendi nama yg menunjukkan perubahan: Peratus kelulusan meningkat ~ 70% menjadi 85%. 6 kata sendi nama yg menghubungkan sebahagian dgn keseluruhan: Dua orang ~ anaknya belajar di luar negeri. Faedahnya ialah separuh ~ keuntungan yg diperoleh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pada I1. kata sendi nama yg bererti di: ~ bulan Januari; dlm ~ itu sementara (sambil) itu; 2. kata sendi nama yg bererti terhadap: Bang Uda marah tak ~ Ida? 3. dalam, menurut, mengikut: ~ fikirannya; ~ hatinya; ~ sangkanya; 4. buat, bagi: ~nya dunia ini bukan tempat mencari kesusahan; 5. sl akan, untuk: bab ~ menyatakan; 6. dari, daripada: ~ bercerai mahulah mati; ~ jadi Komunis biarlah dia mati.Kamus Dewan Edisi Keempat
dari1 kata sendi nama yg menerangkan tempat bermulanya sesuatu (bergerak, bertolak, berasal dll): Saya berjalan kaki ~ Juaseh ke Kuala Pilah. Pukul berapa awak bertolak ~ rumah? Saya berasal ~ negeri Perak. 2 kata sendi nama yg menerangkan permulaan sesuatu jangka waktu; sejak: Dia pergi ~ pagi hingga ke malam. Mereka belajar ~ pukul lapan hingga pukul sepuluh. sedari mula (sejak) dr; semenjak: ~ kecil lagi, dia sudah belajar berniaga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pada I1 kata nama arah yg menunjukkan tempat atau diri seseorang: Buku itu masih ada ~ saya. 2 kata sendi nama yg digunakan utk menunjukkan waktu atau utk menunjukkan kata nama abstrak dlm pembentukan frasa atau ayat: ~ masa ini; ~ pendapatnya, perkara itu mudah saja. dlm ~ itu sementara itu; dlm hal itu. 3 kata sendi nama utk menunjukkan tempat yg terhad: Terdapat tahi lalat ~ pipinya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kata sendi namakata yg merangkaikan kata nama atau frasa nama, spt dr, di, dan ke.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kata sendi nama(Lin) kata, spt di, ke dan dari yg digunakan di depan kata nama atau frasa nama;Kamus Dewan Edisi Keempat
kepada1 kata sendi nama yg menyatakan sasaran (seseorang atau sesuatu): Dia mengirim surat ~ orang tuanya yg tinggal di Ipoh. Adik memberikan makanan itu ~ kucingnya. 2 terhadap; akan: Tidak baik berbuat jahat ~ orang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
preposisi(préposisi) (Lin) kata sendi nama.Kamus Dewan Edisi Keempat
oleh(oléh) 1. (kata sendi nama) utk menunjuk­kan pembuat dlm ayat-ayat pasif: daerah yg ditawan ~ musuh; ditimbus ~ tanah longsor; 2. sebab, akibat, kerana: ~ tiada jalan lain hendak menyelamatkan dirinya, ia mencuba hendak terjun ke dlm air; mati ~ kerisnya sendiri; 3. pada, bagi, untuk: tampak ~nya se­orang tua berjalan di tengah-tengah sawah­nya; 4. (ke) pada (yg menyatakan hubung­an keluarga): ia pun sepupu juga ~ tuan; ia anak yg satu-satunya ~ pak cik saya; 5. dengan: pokok-pokok yg lebat ~ buah; dewan yg penuh sesak ~ orang ramai; ~ itu = ~ sebab itu = ~ yg demikian lantaran itu; beroleh 1. mendapat, menerima: ~ anak lelaki; ~ kebajikan; ~ kesenangan; 2. sl boleh, dapat: ~ selamat sempurnalah anak­anda drpd sekalian bencana; memperoleh mendapat, menerima (men­capai, menemui, dsb) dgn ikhtiar atau usaha: sagu diperoleh drpd pokok rumbia; kanak-kanak ~ kemahiran sedikit demi sedikit; keuntungan yg diperolehnya berlipat ganda; pemerolehan perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) memperoleh; pemeroleh pihak (orang, firma dsb) yg mem­­peroleh sesuatu: pindaan itu memboleh­kan pihak yg berkenaan memindahkan hak milik tanah kpd mana-mana ~ menerusi perakuan pemberian hak;perolehan sesuatu (barang, hasil, dll) yg di­peroleh: ~ padi tahun ini lebih baik drpd tahun lalu.Kamus Dewan Edisi Keempat
di I1. kata sendi nama yg menunjukkan tempat dll: ketika cuti sekolah, Busu lebih suka duduk ~ rumah drpd berjalan-jalan; ~ atas; ~ bawah; 2. pada, dalam: wajah Mawi ter­bayang ~ mata Aini; ~ hari kemudian; 3. Mn pada, kepada, akan, oleh, dari; datang ~ air datang dr sungai.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas