cogan | 1 cogan kata; kata semboyan. 2 panji-panji yg digunakan sbg tanda; lencana yg ada semboyan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
slogan | kata-kata keramat yg dijadikan pegangan (panduan, dll) sesuatu organisasi (kempen dsb), cogan kata, kata semboyan: beramai-ramailah mereka tumpang sama meneriakkan ~, meneriakkan merdeka; berslogankan menggunakan (sesuatu) sbg slogan: pertubuhan itu ~‘Seni Untuk Seni’. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cogan kata | kata atau ungkapan ringkas yg menarik dan mudah diingat yg mengandungi unsur ideologi, pegangan hidup, perjuangan dsb sesuatu organisasi (kempen, pengiklanan dsb), kata-kata semboyan, moto, slogan: ~ ‘Bahasa Jiwa Bangsa’; bercogankatakan mempunyai sesuatu sbg cogan kata, berslogankan: perjuangan mereka ~ “Hidup Melayu!”. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semboyan | 1 tanda alamat spt kibaran bendera (bunyi tetuang dll) yg digunakan utk memberitahukan sesuatu; isyarat: ~ udara berbunyi dgn hebatnya dan kami pun berlarian mencari lubang perlindungan. | Kamus Pelajar |
semboyan | 1. alamat (bunyi tetuang, kibaran bendera, dll) utk memberitahu, tanda, isyarat: setelah sampai ke pertengahan jalan, ke-dengaranlah bunyi ~ lima das alamat raja besar telah mangkat; 2. kata rahsia (sbg alamat utk mengenal kawan sendiri dll): katakanlah ~ pengenal itu dan kalian akan kuampuni; 3. kata atau rangkaian kata yg dijadikan pegangan atau ikutan, cogan kata: taat setia ialah ~ bagi pasukan Askar Melayu; ~ kita hanyalah satu, Merdeka dan tetap Merdeka; bersemboyan menggunakan (memakai) sem-boyan; bersemboyankan menggunakan sesuatu sbg semboyan; menyemboyankan 1. memberitahu (mengisyaratkan) dgn semboyan; 2. menggunakan atau menjadikan sesuatu (rangkaian kata dll) sbg semboyan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
moto | kata semboyan, cogan kata; bermotokan mempunyai (menggunakan) sesuatu sbg moto: keluaran sulungnya yg ~ kebudayaan dan pengetahuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cogan | 1. =~ kata ayat pendek atau rangkaian kata yg digunakan sbg panduan hidup (atau ditulis pd sesuatu spt pd perisai dsb sbg perangsang); kata semboyan: ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ ialah ~ Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. panji-panji yg digunakan sbg tanda; lencana yg ada semboyan. | Kamus Pelajar |
semboyan | 2 perkataan atau rangkaian kata yg digunakan sbg pegangan dll; cogan kata: ‘Taat Setia’ ialah ~ pasukan Askar Melayu Diraja. | Kamus Pelajar |
semboyan | 1 tanda alamat spt kibaran bendera (bunyi tetuang dll) yg digunakan utk memberitahukan sesuatu; isyarat: ~ udara berbunyi dgn hebatnya dan kami pun berlarian mencari lubang perlindungan. 2 perkataan atau rangkaian kata yg digunakan sbg pegangan dll; cogan kata: “Taat Setia” ialah ~ pasukan Askar Melayu Diraja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyemboyankan | 1. memberitahu (mengisyaratkan) dgn semboyan; 2. menggunakan atau menjadikan sesuatu (rangkaian kata dll) sbg semboyan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |