Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ta/] | کاتق

Definisi : sj binatang yg melompat, berkaki renang, berkulit licin, dan tidak berekor; jenis­jenisnya: ~ air, ~ betung, ~ hijau, ~ kuak, Kaloula pulchra; ~ lembu (bertanduk) sj katak, Megalophrys nasata; ~ pisang sj katak, Rana erythraea; ~ puru sj katak, kodok, Bufo bufo; ~ di bawah tempurung prb orang yg teramat picik pengetahuannya; ~ ditimpa kemarau prb berkeluh-kesah dgn tidak keruan; ~ hendak jadi lembu prb ingin melakukan sesuatu yg melebihi kesanggupan sendiri, hendak menyamai orang besar (orang kaya dsb); alim bagai ~ tepi air prb orang yg kaya ilmu tetapi tidak mendapat faedah drpd ilmu­nya; bagaimana hari tak hujan, ~ betung dlm telaga berteriak selalu prb orang yg selalu pergi ke rumah seseorang dgn tidak berketika dan dgn maksud yg tersembunyi; laksana ~, sedikit hujan banyak bermain prb orang yg suka membesar-besarkan perkara yg kecil; tak akan ada ~ beranak ular prb a) dikatakan mengenai yg mustahil terjadi kpd seseorang; b) orang yg pengecut (bodoh) tidak akan menjadi orang berani (pandai); terkilap-kilap bagai ~ disemburi prb tentang orang yg diam sahaja dlm suatu perbincangan; tiada akan licin ~ puru, jika sentiasa berhujan sekalipun prb orang yg hodoh jika memakai perhiasan sekalipun tidak akan menjadi elok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ta/] | کاتق

Definisi : Mn ark tidak panjang, pendek: baju ~; meriam ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ta/] | کاتق

Definisi : Mn ark lipat-lipatan kulit pd leher dll, gelambir; berkatak-katak berlipat-lipat (bkn kulit dll), bergelambir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ta/] | کاتق

Definisi : beberapa jenis binatang berdarah sejuk yg bergerak dgn melompat dan hidup di air dan di darat; kodok. ~ kuak Kaloula pulchra. ~ pisang Rana erythraea. ~ puru Bufo melanostictus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata katak

Puisi
 

Katak puru kerbau Perlis,
     Alah berlaga dengan gergasi;
Tempuh bahu nak bercakap tak boleh,
     Pandang mata terasa nak jadi.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Katak hendak jadi lembu.

Bermaksud :

Hendak meniru-niru kelakuan (perbuatan) orang besar.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kodok Isj katak, katak puru, kangkung, Bufo bufo; berenang ~ cara berenang; laksana ~ dapat bunga sekuntum prb tidak tahu menghargai (mempergunakan) barang yg baik; laksana ~ ditimpa kemarau prb sangat gelisah (berkeluh-kesah); spt ~ kena air tahi prb orang hina yg berlagak sombong; tertonggeng bagai ~ dlm lubang prb orang miskin yg mendapat kesusahan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kuak Ibunyi spt bunyi katak atau bunyi kerbau; katak ~ sj katak besar; berkuak berbunyi kuak; berkuak-kuak mengeluarkan bunyi kuak atau berbunyi kuak berulang kali: jelas kedengaran katak ~ di tepi kolam itu; menguak mengeluarkan bunyi kuak atau berbunyi kuak: kambing mengembek, kerbau~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kembung I1. kelihatan besar (kerana berisi angin), gembung, menggelembung, melem­bung; 2. agak keras dan terasa senak kerana masuk angin (bkn perut); katak ~ katak yg boleh menggembungkan (membesarkan) perutnya; ~ kempis seketika gembung seke­tika kendur (bkn perut), kembang kempis; mengembung menjadi kembung; mengembungkan menjadikan kembung, meng­gembungkan, menggelembungkan, melembung­kan, membusungkan: ~ perut; gembung I.Kamus Dewan Edisi Keempat
betung II; katak ~ sj katak yg kuat bunyinya; bagaimana hari takkan hujan, katak ~ dlm telaga berteriak selalu prb selalu pergi ke rumah orang dgn tidak berhad tentu mempunyai maksud yg tersembunyi.Kamus Dewan Edisi Keempat
gomok IKl; katak ~ sj katak yg buncit.Kamus Dewan Edisi Keempat
katak kembungkatak yg boleh menggembungkan (membesarkan) perutnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
katak kuaksj katak besar;Kamus Dewan Edisi Keempat
katak purusj katak, kodok, Bufo bufo;Kamus Dewan Edisi Keempat
katak pisangsj katak, Rana erythraea;Kamus Dewan Edisi Keempat
katak gomoksj katak yg buncit.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas