katakan | 1. memisalkan, mengandaikan: ~lah kamu tidak ada gigi, tentulah kamu tidak dapat makan dgn banyak; ~lah orang di sini bodoh, atau ~lah apa yg kau suka; 2. bp gamaknya, kiranya, boleh dianggapkan (dimisalkan): bukan dia tak tahu, dia sengaja, muka tarpallah ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperpayah | menjadikan lebih payah: bukan sudah bonda katakan kerja baik pada-pada, jangan badan diperpayah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
habis perkara | sudah selesai (tidak perlu diperkatakan, dibincangkan, disebut-sebut lagi); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berslogankan | mempunyai sesuatu sbg slogan; bercogankatakan: Perjuangan mereka ~ “Hidup Melayu”. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
minit II | catatan tentang apa yg telah diperkatakan (dibincangkan) atau dipersetujui (dlm mesyuarat, perundingan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdifusi | meresap (masuk ke dlm bahasa, kebudayaan lain, dsb): sesuatu bahasa itu dikatakan ~ jika ia bergerak dan menyebar ke dlm bahasa lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertenung | 1. membaca tenung, meramalkan, menelah: jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu ~ menentukan di mana tempat kerbau itu berada; 2. = ~ kpd meminta supaya diramalkan nasibnya pd; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbisik | 1 bercakap dgn suara yg perlahan: Saya ~ kpdnya supaya tidak didengar orang apa-apa yg saya katakan itu. 2 dgn diam-diam sehingga tidak diketahui atau tidak didengar orang: Mereka bermuafakat hendak pergi makan angin dgn ~ saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sengit II | 1. keras dan menyakitkan hati (per-kataan), pedas: tidaklah adat istiadatnya sampai seburuk yg engkau katakan itu, engkau belum kenal akan dia, tuduhanmu telah ~ sahaja; 2. hebat atau hangat (perkelahian, pertem-puran, perdebatan, dll): larut tengah malam pertempuran bertambah ~, peluru bersiung-siungan membelah kesunyian; 3. bengis (per-buatan, muka, dll): ia tetap menentang saran itu dgn tegas, bahkan dgn ~ dan berang-nya; menyengit menjadi sengit, menghangat, meng-hebat; kesengitan perihal sengit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebenarnya | 1 sebetulnya; sesungguhnya; nyatanya: ~ sudah dua tahun aku tinggal di sini. 2 memang begitulah halnya; demikianlah: ~lah yg kamu katakan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |