menghuraikan ayat | mencerai-ceraikan bahagian ayat (mengikut fungsi kata-katanya, atau jenis kata-katanya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
katanya memedaskan hati | menyakiti hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertuturan | 1. cara atau gaya menuturkan sesuatu, lafaz, sebutan, ucapan: kata kita jangan, katanya jangang, kata kita bulan, katanya bulang, tetapi ~nya sahaja demikian; 2. apa yg dituturkan, percakapan: perkataan yg dipinjam ini bukan hanya ter-simpan dlm kamus tetapi digunakan dlm ~ sehari-hari oleh orang ramai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghuraikan | 1. membuka simpul atau ikatan (tali, bungkusan, dsb), menguraikan: ketika ~ tali itu dia teringat hendak memberi minum lembu itu; maka Hang Jebat pun minta huraikan balut lukanya; 2. memisahkan (menceraikan) bahagian-bahagian sesuatu utk menjelaskannya dsb; ~ ayat mencerai-ceraikan bahagian ayat (mengikut fungsi kata-katanya, atau jenis kata-katanya); 3. membentangkan dan menerangkan (kedudukan, masalah, kebaikan, atau keburukan sesuatu) dgn panjang lebar dan teratur: Menteri Kewangan ~ kedudukan ekonomi negara; Profesor Hegesus terus ~ bahaya-bahaya drpd Rancangan Marshall; ~ hikmat ibadat puasa; 4. memecahkan (sesuatu masalah, persoalan, dsb) sbg usaha mencari penyelesaian: “Soal tanah dan kemiskinan tak dapat dihuraikan dgn undang-undang,” katanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khabarnya | mengikut khabar; katanya: ~ dia telah pulang ke kampung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memedaskan | menjadikan pedas; katanya ~ hati menyakiti hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khabarnya | mengikut khabar; katanya: ~ dia telah pulang ke kampung. | Kamus Pelajar |
lidah manis | baik tutur katanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lidah manis | baik tutur katanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rangkaian | 1. hubungan, kaitan: tiap katanya mempunyai tugas penuh di dlm ~nya masing-masing; 2. sesuatu yg bersambung-sambung (berkait-kait): nyonya presiden dgn penuh rasa kasih sayang mengalungkan ~ puspa wangi pd ibu bapa; 3. untaian (kejadian dll), kumpulan (berbagai-bagai karangan dll), siri: orang Melayu menganggap bahawa sejarah atau ~ peristiwa sejarah lebih menghibur; ~ cerita James Bond; 4. hubungan susunan (huruf, kata, ayat): setiap kata mempunyai tugas penuh dlm ~nya masing-masing; 5. (Mat) kumpulan atau untaian lambang atau angka yg menyatakan suatu jumlah, spt a(p + 2q) + 3b(4x + 2y); 6. sebilangan benda, peristiwa, dll yg bertalian: se~ harapan; Pulau Thursday terletak di se~ pulau di Selat Torres; 7. kumpulan atau sistem yg berhubungan antara satu sama lain: satu ~ kedai; satu ~ pemasaran yg dapat menyelaraskan keluaran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |