lapis | 1 leretan atau susunan yg bertingkat-tingkat, satu di atas atau di sebelah yg lain: Dia memakai baju dua ~. 2 sesuatu yg terletak berderet-deret; deretan; jajaran; saf: Penonton-penonton berbanjar beberapa ~ di kiri kanan jalan. 3 barang tipis yg dilekapkan pd benda lain: ~ emas barang yg disadur dgn emas. berlapis mempunyai atau terdapat lapis: Barang-barang itu disusun satu-satu, tidak ~. berlapis-lapis terletak berderet beberapa lapis; bersusun-susun: Mereka berdiri ~. berlapiskan menggunakan atau memakai sesuatu sbg lapis: Di dadanya tersemat tiga buah kerongsang ~ emas. melapis memberi berlapis; memasang lapis pd: Dia ~ dinding bilik tidurnya dgn kayu medang. melapisi merupakan atau menjadi lapis pd: Kayu medang ~ dinding bilik tidurnya. melapiskan 1 meletakkan atau menyusun yg satu di atas yg lain: Sesudah dipakai, dia ~ tikar-tikar tsb di bawah katil. 2 menggunakan sesuatu sbg lapis: Ahmad ~ kayu medang pd dinding bilik tidurnya. lapisan 1 susunan yg bertingkat-tingkat: Di bawah ~ kulit merah daun itu, ada sel-sel pembuat makanan. 2 golongan atau tingkatan dlm sesuatu masyarakat: Wakil dr segenap ~ masyarakat telah diundang ke majlis itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lapis | 1. leretan atau susunan yg bertingkat-tingkat, satu di atas atau di sebelah yg lain: Dia memakai baju dua ~. 2. sesuatu yg terletak berderet-deret; deretan; jajaran; saf: Penonton-penonton berbanjar beberapa ~ di kiri kanan jalan. 3. barang tipis yg dilekapkan pd benda lain: ~ emas barang yg disadur dgn emas. berlapis mempunyai atau terdapat lapis: Barang-barang itu disusun satu-satu tidak ~. berlapis-lapis terletak berderet beberapa lapis; bersusun-susun: Mereka berdiri ~. berlapiskan menggunakan atau memakai sesuatu sbg lapis: Di dadanya tersemat tiga buah kerongsang ~ emas. melapis memberi berlapis; memasang lapis pd: Dia ~ dinding bilik tidurnya dgn kayu medang. melapisi merupakan atau menjadi lapis pd:Kayu medang ~ dinding bilik tidurnya. melapiskan 1. meletakkan atau menyusun yg satu di atas yg lain:Sesudah dipakai, dia ~ tikar-tikar tsb di bawah katil. 2. menggunakan sesuatu sbg lapis: Ahmad ~ kayu medang pd dinding bilik tidurnya. lapisan 1. susunan yg bertingkat-tingkat: Di bawah ~ kulit merah daun itu, ada sel-sel pembuat makanan. 2. golongan atau tingkatan dlm sesuatu masyarakat: Wakil dr segenap ~ masyarakat telah diundang ke majlis itu. | Kamus Pelajar |