kaunselor | orang yg (layak) menjadi pembimbing dan penasihat kpd orang lain yg menghadapi masalah, orang yg berkemampuan memberikan khidmat kaunseling. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengkaunseling | memberikan kaunseling kpd: kaunselor sekolah itu gagal ~ pelajar yg bermasalah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keindividualan | sifat (keperibadian dsb) individu atau orang perseorangan, yg berkaitan dgn individu: unsur ~ telah juga mengambil alih wibawa keluarga; mahu tidak mahu kaunselor di sekolah-sekolah harus juga membantu murid-murid membentuk sifat ~ masing-masing sebagaimana yg mereka kehendaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
interaksi | tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak: kaunseling ialah satu proses yg melibatkan ~ antara seorang kaunselor dgn kliennya; komunikasi massa sering diertikan sbg proses perhubungan atau ~ antara individu dlm sesuatu kelompok masyarakat; berinteraksi bertindak (berhubungan secara aktif dsb) antara satu sama lain, saling bertindak (mempengaruhi, berhubungan, dsb): persidangan itu telah memberi banyak peluang kpd para peserta utk ~ serta bertukar-tukar fikiran; murid-murid drpd berbagai-bagai kaum bergaul dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
individual | individu; keindividualan sifat (keperibadian dsb) individu atau orang perseorangan, yg berkaitan dgn individu: unsur ~ telah juga mengambil alih wibawa keluarga; mahu tidak mahu kaunselor di sekolah-sekolah harus juga membantu murid-murid membentuk sifat ~ masing-masing sebagaimana yg mereka kehendaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaunseling | proses teratur yg melibatkan perbincangan yg rapi tentang masalah yg dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat; mengkaunseling memberikan kaunseling kpd: kaunselor sekolah itu gagal ~ pelajar yg bermasalah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
motivasi | 1. keinginan yg keras atau semangat yg kuat pd diri seseorang yg mendorongnya utk berusaha atau melakukan sesuatu dgn tujuan utk mencapai kejayaan: sikap dan ~ terhadap pembelajaran sesuatu bahasa me-rupakan faktor penting yg menentukan ke-jayaan seseorang pelajar yg mempelajari sesuatu bahasa; 2. sesuatu yg membuat atau mendorong seseorang berusaha atau melakukan sesuatu dgn penuh minat: dlm temu duga juga, kaunselor dikehendaki memberikan ~ supaya klien bekerjasama dengannya; bermotivasi mempunyai motivasi, ada motivasinya: kebanyakan remaja begitu ~ utk mengikuti latihan; memotivasikan memberikan dorongan, galakan, semangat, dsb utk melakukan sesuatu, mendorongkan, membangkitkan, menggalakkan: setiap orang mestilah ada ran-cangan utk ~ diri sendiri demi kecemerlangan hidup; salah satu usahanya ialah ~ para pekerja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |