bagan I | 1. tiang-tiang rumah yg baru didirikan, tiang-tiang dan kayu-kayu palang tempat menjemur ikan; 2. (gambar) lakar; peta ~ Id peta lakar; 3. (gambar) rancangan: oleh sebab ketiadaan ~ waktu itu, kita menjadi tidak jelas, kabur tentang hari depan, dr segi politik; ~ pengajaran bahasa rancangan pengajaran bahasa; 4. pangkalan: balak ditarik ke panglong, ke ~ atau ke kilang;berbagan 1. mempunyai bagan; 2. berpangkalan: mereka selamat sampai ke pantai tempat nelayan Cina ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sendak II | ; menyendak mengunci dgn palang (pintu dll): pintu pondoknya dikunci dr dalam, disendaknya dgn kayu palang; penyendak kayu palang utk menutup pintu, selak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
silang | 1. bentuk spt salib (pangkah, palang) yg miring letaknya, bentuk spt tanda darab; 2. = kayu ~ kayu palang, salib; ~ empat simpang empat (jalan); ~ gunting bentuk atau rajah yg bersengkelang; ~ kata sj teka-teki utk mencari perkataan (dgn mengisi huruf-huruf dlm petak-petak yg disediakan); ~ keris bahagian hujung ganja (keris) yg tajam, kepit; ~ pukang tidak tersusun (letaknya), lintang-pukang; ~-seli selang-seli; ~ selimpat kusut tidak menentu, kacau sekali; ~ selisih a) = ~ sengketa tidak sesuai (fikiran, pendapat, dll), bertikaian; b) berlawanan arah, simpang-menyimpang; ~ berpangkal, kerja berjunjung = ~ berpangkal, kerakap berjumpa junjung prb dlm tiap-tiap pekerjaan mestilah ada ketua atau kepalanya supaya selamat; bersilang 1. bersengkelang (spt salib atau tanda darab): kedua-dua kakinya diangkat ke atas dan ia duduk bersila, kedua-dua tangannya ~ di tepi meja; 2. = silang-menyilang bersimpang-siur (jalan, motokar, dll), berpapasan (berselisih) letak atau duduk sesuatu, palang-memalang; ~ selisih berlawanan arah; menyilangkan, mempersilangkan menjadikan atau meletakkan bersilang: ia pergi berbaring di atas tempat tidur sambil ~ kakinya; kedua-dua belah kakinya disilangkan dan digoyang-goyangkan bagai ekor ikan; silang-menyilang bersengkelang letak atau duduknya (pedang, keris, dll), bersimpang siur, berpapasan: awan di langit ~; tersilang disilangkan: ia berjalan mundar-mandir dgn tangan ~ ke belakang; silangan sesuatu yg letaknya (bentuknya dll) bersilang, silang: mereka bersandar pd ~-~ papan yg sedang dikeringkan; persilangan 1. perihal bersilang; 2. tempat pertemuan (jalan raya dll), persimpangan; penyilangan perihal (proses atau perbuatan) menyilang atau menyilangkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sengkang | 1 kayu panjang yg digunakan utk memalang pintu (menguatkan kaki meja dll); kayu palang: Mana-mana ~ bangku yg galir hendaklah diketatkan. 2 = tanda ~ tanda yg berupa garis pendek melintang utk menceraikan perkataan. menyengkang 1 memasang sengkang pd sesuatu supaya menjadi lebih kukuh; menyokong dgn kayu palang. 2 menaruh kayu dsb pd mulut supaya terus ternganga agar tidak dpt menggigit, atau pd sesuatu supaya terus terbuka. tersengkang 1 terbuka kerana disengkang (bkn mulut dll). 2 terletak melintang (spt tulang pd kerongkongan): Dua tiga kali dia menelan nasi kepal utk melalukan tulang ikan yg ~ di tekaknya. penyengkang 1 kuda-kuda pd biola. 2 sesuatu yg menyengkang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rimbat | kayu palang yg dipasang pd pintu dll utk menguatkannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sengkal | kayu palang (baluk) yg dipasang me-lintang perahu. sengkalan papan tempat menggiling lada (rempah dll); anak ~ penggiling lada dll di atas sengkalan; spt ~ tak sudah prb sesuatu yg terlalu buruk rupanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyendak | kayu palang utk menutup pintu, selak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tulang perabung | kayu palang yg dipasang pd persilangan kasau jantan (utk menyangga perabung); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tabur peruan | kayu palang tempat menggantungkan layar tabur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyelak | sj kayu palang (utk mengunci pintu), kancing pintu: perlahan-lahan dia berdiri, bergerak ke pintu, dan mengenakan ~ pintu itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |