gaharu | , = kayu ~ kayu yg harum baunya yg biasanya diperoleh dr pokok tengkaras, Aquilaria malaccensis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rul | bp; kayu ~ kayu pembaris (penggaris). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpacak | 1 telah dipacakkan; terpancang: Kayu-kayu yg ~ di tebing sungai itu telah hanyut dibawa arus. 2 berdiri tegak (tidak bergerak-gerak); terpaku: Kelihatan beberapa orang pengawal ~ di hadapan penjara itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
riding | 1. sl sj jaring besar (utk menangkap kijang dll); 2. sl kayu-kayu kecil (anak-anak kayu) di pinggir-pinggir hutan dll: maka diintai oleh Badang dr balik ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
silang | 1. bentuk spt salib (pangkah, palang) yg miring letaknya, bentuk spt tanda darab; 2. = kayu ~ kayu palang, salib; ~ empat simpang empat (jalan); ~ gunting bentuk atau rajah yg bersengkelang; ~ kata sj teka-teki utk mencari perkataan (dgn mengisi huruf-huruf dlm petak-petak yg disediakan); ~ keris bahagian hujung ganja (keris) yg tajam, kepit; ~ pukang tidak tersusun (letaknya), lintang-pukang; ~-seli selang-seli; ~ selimpat kusut tidak menentu, kacau sekali; ~ selisih a) = ~ sengketa tidak sesuai (fikiran, pendapat, dll), bertikaian; b) berlawanan arah, simpang-menyimpang; ~ berpangkal, kerja berjunjung = ~ berpangkal, kerakap berjumpa junjung prb dlm tiap-tiap pekerjaan mestilah ada ketua atau kepalanya supaya selamat; bersilang 1. bersengkelang (spt salib atau tanda darab): kedua-dua kakinya diangkat ke atas dan ia duduk bersila, kedua-dua tangannya ~ di tepi meja; 2. = silang-menyilang bersimpang-siur (jalan, motokar, dll), berpapasan (berselisih) letak atau duduk sesuatu, palang-memalang; ~ selisih berlawanan arah; menyilangkan, mempersilangkan menjadikan atau meletakkan bersilang: ia pergi berbaring di atas tempat tidur sambil ~ kakinya; kedua-dua belah kakinya disilangkan dan digoyang-goyangkan bagai ekor ikan; silang-menyilang bersengkelang letak atau duduknya (pedang, keris, dll), bersimpang siur, berpapasan: awan di langit ~; tersilang disilangkan: ia berjalan mundar-mandir dgn tangan ~ ke belakang; silangan sesuatu yg letaknya (bentuknya dll) bersilang, silang: mereka bersandar pd ~-~ papan yg sedang dikeringkan; persilangan 1. perihal bersilang; 2. tempat pertemuan (jalan raya dll), persimpangan; penyilangan perihal (proses atau perbuatan) menyilang atau menyilangkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gabus | 1 = kayu ~ kayu yg ringan dan lembut biasanya digunakan utk mengasah pisau dsb. 2 kayu atau hati kayu yg lembut dan digunakan sbg sumbat botol. 3 lapisan sel pelindung yg menggantikan lapisan epidermis pd tumbuh-tumbuhan yg telah matang. menggabus mengasah atau menggosok dgn kayu gabus: ~ pisau. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tepas I | sj anyaman drpd bilah-bilah buluh utk dinding rumah dll, sasak: surau yg didirikan drpd kayu-kayu bulat, berdindingkan ~ dan beratapkan daun rumbia; penuh ~ sangat penuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
skala | 1. tanda-tanda yg terdapat pd alat pengukur (jangka suhu dsb) utk menentukan besarnya satuan ukuran: ~ Centigrade; kayu ~ kayu pembaris; 2. tingkatan (gaji dll); 3. nisbah atau kadar jarak (dlm peta, pelan, dll) sbg ganti yg sebenarnya: pelan sebuah rumah dilukis dgn ~ satu sentimeter bagi satu meter; ~ Celsius skala suhu yg berdasarkan takat beku air (diberi nilai 0) dan takat didih air (diberi nilai 100); ~ Fahrenheit skala suhu yg berdasarkan takat beku air (diberi nilai 32) dan takat didih air (diberi nilai 212); ~ Richter skala yg digunakan utk mengukur kekuatan gempa bumi, bernilai dr 0 hingga 8 atau lebih; penskalaan penghasilan skala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
skala | 1 tanda-tanda tetap yg terdapat pd sesuatu alat pengukur: Pd pembaris ini, ada ~ inci dan ada ~ sentimeter. 2 alat yg bertanda dgn ukuran-ukuran tertentu: kayu ~ kayu pembaris. 3 susunan sesuatu tangga gaji; tingkatan gaji. 4 bandingan ukuran antara sesuatu yg benar dgn yg dilukis (dipetakan): Pelan rumah itu dibuat dgn ~ 1 inci bagi 10 kaki. ~ Richter skala yg digunakan utk mengukur kekuatan gempa bumi (ukuran 5.5 hingga 8.9 dianggap sbg gempa yg teruk dan menyebabkan kemusnahan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pacak | 1 benda tajam utk mencucuk sesuatu yg akan dipanggang dll; cucuk (spt lidi sate). 2 kayu dll yg tajam hujungnya; pancang. memacak mencucuk dgn benda tajam; menusuk dgn pacak: ~ sate. memacakkan memasukkan sesuatu benda tajam ke tanah dll; memancangkan (tiang dll): Dia ~ lembingnya ke tebing dan kemudian turun ke sungai. terpacak 1 telah dipacakkan; terpancang: Kayu-kayu yg ~ di tebing sungai itu telah hanyut dibawa arus. 2 berdiri tegak (tidak bergerak-gerak); terpaku: Kelihatan beberapa orang pengawal ~ di hadapan penjara itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |