ke II | bp kah: dia sudah balik ~ atau belum? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kian II | sana, situ; ~ ke mari ke sana ke mari (ke hulu ke hilir): burung-burung terbang ~ ke mari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paling II | ; berpaling mengubah arah muka ke kiri, ke kanan atau ke belakang; bergerak menghadap ke arah lain: Sambil berjalan itu, ia ~ ke kiri dan ke kanan. ~ haluan a. bertukar haluan. b. berubah fikiran dll. ~ sembah tidak setia kpd sultan. ~ tadah berubah kesetiaan dan menyebelahi musuh; belot. memalingkan menggerakkan (muka) ke arah lain; mengarahkan (muka) ke kiri ke kanan dsb: Dia ~ mukanya ke arah pemuda itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
paling II | ; berpaling 1. mengubah arah muka ke kiri (ke kanan, ke belakang): ia ~ ke arah pemuda itu; 2. ki beralih atau bertukar (perhatian, pandangan, dll): tiba masanya kita ~ kpd soal lain; 3. ki berubah atau bertukar pegangan (fikiran, kesetiaan, dll), berbelot, membelot; ~ haluan a) beralih (berubah) haluan; b) berubah (beralih) pandangan dll; ~ sembah sl derhaka, tidak setia (kpd sultan dll); ~ tadah beralih atau bertukar kesetiaan (pegangan dll); roda yg ~, kuda sudah digerindin prb kelihatan sahaja senang hidupnya, tetapi yg sebenarnya susah; tegak ~, duduk berkisar prb berubah (berlainan) drpd apa yg telah dikatakan atau dijanjikan; memalingkan 1. mengarahkan muka ke kiri (ke kanan, ke belakang): ~ mukanya ke arah lain; 2. memusingkan arah (perahu dll): ~ perahunya; 3. mengubah arah pandangan (fikiran, dsb): tidak sedikit pun tindakan itu ~ mereka drpd agama mereka; ~ muka a) memusingkan (mengalihkan) muka ke kiri (ke kanan, ke belakang); b) sl tidak setia (suka), derhaka; ~ percakapan mengalihkan percakapan ke arah lain; palingan yg dapat atau senang berpaling (dipalingkan); hati ~ Allah, mata ~ setan = neraca ~ bungkal, hati ~ Tuhan prb fikiran (pendirian dll) seseorang itu boleh beruba-hubah; kepalingan (Lin) superlatif. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paling II; berpaling | mengubah arah muka ke kiri, ke kanan atau ke belakang; bergerak menghadap ke arah lain: Sambil berjalan itu ia ~ ke kiri dan ke kanan. ~ haluan a. bertukar haluan. b. berubah fikiran dll. ~ sembah tidak setia kpd sultan. ~ tadah berubah kesetiaan dan menyebelahi musuh; belot. memalingkan menggerakkan muka ke arah lain; mengarahkan muka ke kiri ke kanan dsb: Dia ~ mukanya ke arah pemuda itu. | Kamus Pelajar |
abu-abu II | Id warna kelabu; keabu-abuan berwarna agak kelabu, kekelabu-kelabuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lirik II | jelingan mata, pandangan ke kiri ke kanan, kerlingan; selirik selayang pandang, sekejap pandang; melirik menjeling dgn tajam, mengerling: setelah ~ dulu ke kiri ke kanan, ia pun duduk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tekur II | = bertekur tunduk; menekur 1. memandang ke bawah, menunduk: ia ~ ke tanah; dia tunduk ~ ke pangkuan silanya yg kemas; 2. ark tidak mahu memper-tahankan pendiriannya (haknya dll), mengalah: semenjak itu fikirannya sudah mulai agak ~; menekuri menekur ke, memandang ke bawah pd: dia ~ lantai; menekurkan; ~ kepala menundukkan kepala: Habibah sendiri ~ mukanya, malu tersipu-sipu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mara II | bergerak ke hadapan; tampil ke muka; maju: Mereka ~ lebih kurang 10 kilometer sehari. memarakan menggerakkan ke hadapan; memajukan. kemaraan perbuatan atau hal mara: ~ tentera musuh telah dpt dipatahkan oleh tentera kita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mara II | bergerak ke muka, tampil ke hadapan, maju: barisan tentera itu ~ dgn pantasnya sungguhpun mereka menemui tentangan; memarakan menggerakkan ke hadapan, memajukan; kemaraan perihal bergerak (melangkah dll) maju, kemajuan: hulubalang telah berhim-pun di Pedas utk menyekat ~ Raja Melewar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |