depan | hadapan, muka: dr rumah ketua kampung ternampak api pelita minyak tanah di ruang ~; minggu (bulan dll) ~ minggu (bulan dll) yg akan datang; di depan di hadapan, di muka: ~ markas besar itu terletak sebuah jip yg sudah tua; ke depan 1. ke hadapan, ke muka, mara; 2. selanjutnya, seterusnya, hingga pd; terkedepan berada (jauh) di depan atau di hadapan (dlm proses kemajuan dsb), sudah maju: utk diterima umum, seseorang itu tidak harus terkebelakang atau ~ drpd tamadun yg sedang didudukinya; seseorang mesti belajar banyak teknik pengadilan termasuk kecekapan mata drpd pengadil-pengadil yg ~; depan-depan secara berhadapan (langsung), secara bertentang mata (bersemuka): kalau tidak boleh bercakap secara ~ dgn pasangan, telefonlah sahaja; kalau ingin menegurnya, tegurlah ~ secara baik; berdepan bertemu (bersua) muka, berhadapan: perasaanku senang sekali apabila ~ dgn anak-anak itu; berdepan-depan berhadap-hadapan, bersemuka; mendepan menghadap (menghala, mengarah) ke: ibunya tidak berbaju, hanya berkemban gantung sahaja dan separuh dadanya terbuka ~ angin; mendepani 1. berada di depan sesuatu: tinggallah Masniah keseorangan yg sedang ~ Mat Deli dgn degup jantungnya yg kencang; 2. berusaha tidak mahu ketinggalan; mendahului: Adi dirasakan begitu besar ~nya dlm setiap bidang; mengedepankan mengutarakan, mengemukakan: ~ permohonan kpd pihak yg berkenaan; terdepan (yg) di depan sekali: askar-askar kita yg di medan perang ~ semuanya berjaga-jaga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sengguk | ; tersengguk 1 kepala bergerak ke depan, ke belakang dsb (spt keadaan orang mengantuk): Aku ~ di atas kerusi kerana terlalu mengantuk. 2 kepala bergerak ke depan dgn tiba-tiba; terhantuk ke depan: Ketika Ali membrek keretanya, kami yg di dlm keretanya semua ~. tersengguk-sengguk bergerak-gerak ke depan, ke belakang dsb (spt orang mengantuk); tersengguk beberapa kali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tersengguk | 1 kepala bergerak ke depan, ke belakang dsb (spt keadaan orang mengantuk): Aku ~ di atas kerusi kerana terlalu mengantuk. 2 kepala bergerak ke depan dgn tiba-tiba; terhantuk ke depan: Ketika Ali membrek keretanya, kami yg di dlm keretanya semua ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dorong | ; mendorong 1 menolak (ke depan); menyorong (ke depan): Kereta yg rosak itu terpaksa didorong ke tepi. 2 memberi galakan; memberangsangkan; mempengaruhi: Saya berhutang budi kpdnya kerana dialah yg ~ saya melanjutkan pelajaran hingga ke universiti. terdorong 1 terlangsung (ke depan); tersorong (tertolak) ke depan: Keretanya kemik sebelah kerana ~ ke dlm longkang. 2 terpengaruh (tertarik, terpaksa) utk melakukan sesuatu: Setelah dipujuk berkali-kali, ~ juga dia utk pergi bersama mereka. dorongan 1 hasil drpd menolak atau menyorong (ke depan); tolakan; asakan. 2 nasihat (kata-kata) yg memberangsangkan; galakan; desakan: Ayahnya selalu memberi ~ supaya ia melanjutkan pelajarannya. pendorongan perbuatan atau hal mendorong. pendorong 1 benda yg mendorong (menyorong dll). 2 sesuatu atau seseorang yg menggalakkan (memberangsangkan); penggalak: Tidak ada ~ yg kuat utk orang-orang Melayu berkecimpung dlm lapangan perniagaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ke hadapan | 1 ke depan; ke muka. 2 kepada (dlm surat kiriman). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dorong | ; mendorong 1. menolak (ke depan); menyorong (ke depan): Kereta yg rosak itu terpaksa didorong ke tepi. 2. memberi galakan; memberangsangkan; mempengaruhi: Saya berhutang budi kpdnya kerana dialah yg ~ saya melanjutkan pelajaran hingga ke universiti. terdorong 1. terlangsung (ke depan); tersorong (tertolak) ke depan: Keretanya kemik sebelah kerana ~ ke dlm longkang. 2. terpengaruh (tertarik, terpaksa) utk melakukan sesuatu: Setelah dipujuk berkali-kali, ~ juga dia utk pergi bersama mereka. dorongan 1. hasil drpd menolak atau menyorong (ke depan); tolakan; asakan. 2. nasihat (kata-kata) yg memberangsangkan; galakan; desakan: Ayahnya selalu memberi ~ supaya ia melanjutkan pelajarannya. pendorongan perbuatan atau hal mendorong. pendorong 1. benda yg mendorong (menyorong dll). 2. sesuatu atau seseorang yg menggalakkan (memberangsangkan); penggalak: Tidak ada ~ yg kuat utk orang-orang Melayu berkecimpung dlm lapangan perniagaan. | Kamus Pelajar |
dorong | ; mendorong 1. menyorong (ke depan), menolak (dr belakang ke depan), tampil (ke depan): kereta yg kehabisan minyak itu telah didorong ke tepi jalan; 2. ki memberangsangkan, mempengaruhi, menyebabkan (jadi sesuatu): tidak pernah saya ketemui orang yg sanggup menolong dan ~ saya melanjutkan pelajaran saya spt Pak Man itu; keinginan hendak mengembara ke negeri orang telah ~ saya utk bekerja di kapal; apa yg diutarakan mereka dlm mesyuarat itu adalah didorong oleh sentimen yg meruap-ruap di dada mereka; keengganan King Philip membenarkan mereka berniaga telah ~ orang-orang Belanda mencari jalan ke tempat-tempat yg banyak mengeluarkan rempah di Timur Jauh; dorong-mendorong bertolak-tolakan; mendorongkan menyorongkan (ke depan), menolakkan, menampilkan (ke muka): dia ~ lagi badannya di celah-celah orang ramai itu ke pintu stadium; terdorong 1. terlangsung (ke depan), tersorong (tertolak) ke depan: Panglima Hitam telah ~ lalu jatuh; 2. ki terlanjur (melakukan sesuatu yg tidak baik), terlajak: sesudah ~, baru timbul rasa sesal pd dirinya; ~ lidah (mulut, kata) ki terlepas (terlajak) cakap; 3. terpaksa (terpengaruh, tertarik) utk melakukan sesuatu, diberangsangkan, dipengaruhi, didorong: tiba-tiba sahaja perasaannya begitu ~ utk mencurahkan segala isi hatinya; ~ kaki badan merasa, ~ lidah emas padahannya prb kata mesti dikotakan, janji mesti ditepati, berbuat sesuatu mesti berani menanggungnya; dorongan 1. sorongan, tolakan, asakan; 2. ki galakan, anjuran, desakan, perangsang: masyarakat kita sekarang telah berpecah-belah kerana mengikut pendapat dan ~ penganjur-penganjur yg bertentangan faham; dia berjaya kerana ~ yg kuat drpd ayahnya sendiri; keterdorongan keadaan (perihal) terdorong: ~ orang utk berkelakuan berlebih-lebihan apabila menghadapi provokasi; pendorongan perihal atau perbuatan mendorong; pendorong 1. (benda) yg mendorong (menyorong, menganjur, dll), penyorong, penolak; 2. ki sesuatu atau orang yg mendorong, penggalak, pemberangsang: tidak ada ~ yg kuat utk orang bukan Melayu supaya bersungguh-sungguh mempelajari Bahasa Kebangsaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anjur I | maju ke depan, tonjol; ~ surat bak bertanam (dijemba-jemba bak bersiang) prb tipu muslihat melakukan sesuatu bukan dgn maju ke depan sahaja, sambil berundur pun boleh; beranjur mulai berjalan (melangkah dll); menganjur 1. keluar ke hadapan dr bahagian yg utama, menjulur, menonjol (ke depan): bumbung hadapan rumah dibuat ~ ke hadapan; 2. beranjur; menganjuri mendahului (dlm sesuatu pekerjaan, usaha, dll): dialah yg ~ rombongan tunjuk perasaan; menganjurkan 1. memajukan (menyorong, menghulur) ke depan: jangan dianjurkan badan keluar tingkap; 2. mengemukakan, mengesyorkan, menyarankan, mencadangkan, mengusulkan: pengerusi ~ supaya mogok makan; 3. mengadakan: ~ ceramah; teranjur ark terlanjur; anjuran 1. sesuatu yg dianjurkan, syor, usul, cadangan, saranan: ~nya supaya wanita masuk tentera wataniah mendapat sambutan baik; 2. sesuatu (majlis dsb) yg diadakan oleh seseorang (persatuan dsb): pesta budaya ~ Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan; penganjuran perihal (perbuatan, usaha dsb) menganjurkan: kita perlu sedar akan matlamat ~ sukan rakyat itu utk generasi muda kita sekarang ini; ~ Pesta Pantun peringkat kebangsaan dapat mengetengahkan pelbagai kebudayaan tradisi penduduk negeri Perak; penganjur 1. orang yg mendahului sesuatu (berjalan dll): dua orang pemuda berjalan di depan sbg ~; 2. orang yg menganjuri sesuatu usaha dsb (pemimpin, pemula, dll): ~ rakyat; 3. orang yg mengadakan sesuatu majlis dsb, promoter: ~ pertunjukan pentas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memunjung | 1. terkeluar ke muka, menganjur, membusung (ke depan): dadanya ~ ke depan; 2. = memunjungi Mn menghormati, memuliakan: ~ arwah nenek moyang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terdorong | 1. terlangsung (ke depan), tersorong (tertolak) ke depan: Panglima Hitam telah ~ lalu jatuh; 2. ki terlanjur (melakukan sesuatu yg tidak baik), terlajak: sesudah ~, baru timbul rasa sesal pd dirinya; ~ lidah (mulut, kata) ki terlepas (terlajak) cakap; 3. terpaksa (terpengaruh, tertarik) utk melakukan sesuatu, diberangsangkan, dipengaruhi, didorong: tiba-tiba sahaja perasaannya begitu ~ utk mencurahkan segala isi hatinya; ~ kaki badan merasa, ~ lidah emas padahannya prb kata mesti dikotakan, janji mesti ditepati, berbuat sesuatu mesti berani menanggungnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |