Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kesetimbangan1. perihal (keadaan) setim-bang, keseimbangan; 2. ketenteraman (fikiran, perasaan, dll), kestabilan (keadaan): ~ keadaan politik dan ekonomi;Kamus Dewan Edisi Keempat
pertindanan1. keadaan dsb bertindan; 2. keadaan meliputi bahagian (aspek, bidang, dsb) yg sama setidak-tidaknya pd sebahagian­nya, keadaan mencakupi bahagian-bahagian tertentu yg sama: terdapat ~ antara beberapa kategori.Kamus Dewan Edisi Keempat
keserabutan1. keadaan berserabut atau berambu-rambu; 2. ki keadaan kucar-kacir, keadaan tidak menentu, kekusutan: plot tragedi moden dgn adegan-adegan kesedihan, kompleksiti dan penuh ~; tragedi konven-sional Greek yg dimulai dgn kegembiraan dan diakhiri dgn ~ dan pembunuhan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kekurangan1 keadaan atau hal kurang; keadaan tidak mencukupi: ~ vitamin C dpt menyebabkan penyakit beri-beri. Kerja itu terpaksa ditangguhkan kerana ~ pekerja mahir. 2 sesuatu yg kurang: Walaupun dia kelihatan sempurna, tetapi masih ada ~ pd dirinya. 3 mengalami atau berada dlm keadaan sesuatu tidak mencukupi atau kurang drpd yg diperlukan: Mereka ~ bekalan makanan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
darurat1 keadaan susah yg datang dgn tidak disangka-sangka; keadaan yg menyusahkan: Ketika berlaku ~ begini, barulah orang teringat akan Tuhan. 2 keadaan yg serba sulit kerana peperangan dll: undang-undang ~ undang-undang yg dibuat dan dijalankan pd masa darurat. mendaruratkan menyebabkan (menimbulkan) darurat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kelicinan1 keadaan licin atau keadaan tidak menggerutu. 2 kepandaian menipu atau melepaskan diri drpd sesuatu: ~ perompak-perompak menyembunyikan diri telah menyukarkan pihak polis. 3 hal berjalan dgn lancar (ttg sesuatu jabatan, pertubuhan dsb); kelancaran.Kamus Pelajar Edisi Kedua
keterlaluan1 keadaan terlalu atau keadaan yg melampaui batas: Tindakannya itu dianggap sbg ~. 2 (teramat) sangat melebihi had; melampau: Perbuatan itu sudah ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
keributan1 keadaan ribut; kesibukan. 2 keadaan kacau; kekacauan; kegemparan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kebogelan1 keadaan bogel. 2 dlm keadaan bogel.Kamus Pelajar Edisi Kedua
huru-hara1 keadaan tidak aman; keadaan kacau-bilau: Jika rakyat bersatu padu, ~ tidak mungkin berlaku. 2 tidak aman; kacau-bilau: Negeri yg dahulunya aman sentosa itu telah menjadi ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas