keaktifan | keadaan atau hal aktif. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keaktifan | kegiatan, kecergasan (bertindak, berusaha, dsb): kerana ~ dan semangatnya, hidup kembali parti kita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keaktifan | keadaan atau hal aktif. | Kamus Pelajar |
nisbah keaktifan(activity ratio) | 1. Nisbah jumlah rekod dalam fail yang mempunyai keaktifan berbanding dengan jumlah keseluruhan rekod dalam fail. 2. Nisbah jumlah kerja dalam suatu masa bagi projek perkakasan atau perisian. | Kamus Komputer |
lampu aktiviti(activity light) | 1. Lampu kecil atau LED, biasanya berwarna kuning atau merah, pada panel hadapan atau rak belakang komputer untuk menunjukkan keaktifan pemproses. 2. Lampu kecil atau LED berwarna kuning atau merah pada panel hadapan pemacu cakera untuk menunjukkan keaktifan pengawal pemacu cakera ketika membaca atau menulis data pada cakera. | Kamus Komputer |
mengaktifkan | membuat supaya menjadi aktif; menggiatkan. keaktifan keadaan atau hal aktif. pengaktifan perbuatan atau hal mengaktifkan. pengaktif sesuatu (bahan dsb) yg mengaktifkan: ~ enzim. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kegiatan | 1 hal atau keadaan giat; ketangkasan dan kekuatan (berusaha); keaktifan. 2 usaha atau kerja yg dilakukan; aktiviti: ~ luar sekolah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kegiatan | 1. hal atau keadaan giat; ketangkasan dan kekuatan (berusaha); keaktifan. 2. usaha atau kerja yg dilakukan; aktiviti: ~ luar sekolah. | Kamus Pelajar |
perencanaan | perihal merencanakan, perancangan: pelajaran yg menjadi kegemaranku ialah ~ kota; namun begitu hasilnya kurang memuaskan dr segi keaktifan dan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecergasan | 1. perihal atau keadaan cergas (tubuh, otak, dsb): menjaga ~ fikiran dan badan setiap hari; 2. perihal cergas (pantas, cepat), kepantasan, kecepatan: ~ kanak-kanak cacat itu membuat kerja-kerja tangan mengagumkan pengunjung-pengunjung ke pusat itu; 3. perihal cergas (giat, aktif), kegiatan, keaktifan: ~nya dlm pergerakan persatuan itu mendapat perhatian pihak atasan; 4. perihal cergas (pasaran saham); 5. perihal cergas (bkn gunung berapi), keaktifan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |