Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.a.kuan] | کأکوان

Definisi : sifat mementingkan atau berasa megah akan diri sendiri: kerana ~, ia tidak dapat menerima teguran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keakuan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
keakuansifat mementingkan atau berasa megah akan diri sendiri: kerana ~, ia tidak dapat menerima teguran;Kamus Dewan Edisi Keempat
akukata ganti diri pertama (biasa dipakai sewaktu berdoa kpd Tuhan atau di antara orang yg rapat perhubungan mereka, tetapi agak kasar terhadap orang yg perlu di­hor­mati); beraku memakai kata aku (dlm perbualan dll); ~ berengkau memakai kata aku dan engkau; beraku-akuan 1. saling memakai kata aku; 2. saling menerima atau berjanji akan setia sbg (saudara dsb): mereka bukanlah sbg orang asing lagi, malah ~ saudara di dunia dan di akhirat; mengaku 1. membenarkan sesuatu tuduhan, mengatakan benar (bersalah, keliru, dll): pencuri itu sudah ~; 2. = ~ dirinya mengata­kan diri (bodoh, kaya, pandai, dll), mendakwa bahawa dirinya (pandai, tidak bersalah dll); 3. menanggung, menyanggupi: siapa yg ~ biaya­nya? 4. menganggap (sbg), menerima sbg: ~ anak; ~ bapak; ~ hartanya; 5. mem­banggakan (memegahkan) diri: di mana-mana, ia ~ saja; mengakui 1. mengaku akan (kesalahan dll): ia ~ segala kesilapannya; 2. menganggap sbg sah atau sesungguhnya ada (berlaku dsb), mengiktiraf: Amerika dan Jepun telah ~ Malaysia; 3. menyatakan berhak ke atas: jangan kamu ~ ini kepunyaan kamu; 4. me­ma­suki (bkn syaitan, jin, dll): sakit diakui jin; memperakui mengesahkan: lantikan ter­sebut adalah sah dan diperakui oleh undang-undang; memperakukan 1. memberikan sokongan (utk), menyetujui serta menyokong (atau menganjurkan): dia ~ dua hari cuti; 2. me­nge­mu­kakan (menyarankan dsb) sbg baik (sesuai dsb): ~ beberapa buah buku utk diter­jemahkan; teraku diakui: mazhab Hanafi merupakan salah satu drpd empat mazhab yg ~ dlm agama Islam; akuan 1. segala sesuatu yg diakui: ~ ini telah dibuat di hadapan majistret Mahkamah Rendah; 2. hantu jamuan (yg menolong pa­wang); orang ~ orang yg dilindungi oleh hantu jamuan (pawang yg mujarab ubat atau man­teranya); keakuan sifat mementingkan atau berasa megah akan diri sendiri: kerana ~, ia tidak dapat menerima teguran; perakuan 1. proses memperakukan sesuatu; 2. sesuatu yg diperakukan, saranan serta sokongan (utk dipertimbangkan, diterima, dilaksanakan, dsb): ~-~ Kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan; pengakuan 1. perihal (perbuatan, pernya­taan) mengaku atau mengakui: dia telah mem­buat ~ bahawa dia telah melakukan kesalahan; ~ iman perihal mengakui bahawa seseorang itu percaya pd Allah; surat ~ hutang surat yg menyatakan bahawa seseorang berhutang; 2. pengesahan, pengiktirafan; mendapat ~ mendapat pengesahan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas