keasingan | sifat dll yg berlainan drpd yg lain, kesendirian, kelainan: tiap-tiap ciptaan sajak mempunyai ~ yg istimewa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asing | 1. berlainan, terpisah, tersendiri; berasa diri ~ (di sesuatu tempat) berasa diri terpisah atau bukan sebahagian drpd tempat yg berkenaan; 2. berasal (datang) dr daerah atau negeri lain, bukan tempatan, bukan anak negeri: banyak bangsa ~ di negeri ini; tanaman modal ~; 3. bukan dr dunia ini: makhluk ~; 4. tidak spt yg biasa terdapat (dilakukan, diamalkan, dll): amalan-amalan yg ~ bagi masyarakat Melayu;asing-asing terpisah-pisah, tersendiri-sendiri: barang-barang itu dinilai ~;berasing 1. menyisih, memisahkan diri (dr): anak ini ~ dr kawan-kawannya; 2. berubah, menjadi lain: kasihnya sudah ~; berasingan, berasing-asingan tidak bersatu (bercantum dsb), berlain-lainan, terpisah, berpisah-pisahan: kertas soalan itu terbahagi kpd dua bahagian yg ~; pemerintahan kedua-dua kawasan itu sekarang ~, tetapi masih ada perhubungan yg rapat antara kedua-duanya;mengasing berasing;mengasingkan 1. = memperasingkan memisahkan (dr yg lain), menyisihkan: Afrika Selatan bertujuan menyebelahkan atau ~ orang berkulit putih drpd orang yg berwarna; ~ diri menyisihkan (memencilkan) diri; 2. menempatkan (membuang) ke tempat yg terpisah atau terpencil: dia pernah diasingkan ke Boven Digul;terasing terpisah, tersisih, terpencil;keterasingan 1. perihal terasing, keadaan atau kedudukan terasing (tersisih), terasingnya: satu lagi faktor yg perlu dititikberatkan ialah ~ generasi muda Melayu kerana berbagai-bagai masalah sama ada benar-benar wujud atau sengaja diada-adakan; 2. keanehan, keganjilan, keluarbiasaan: ~ perasaan itu ada hubungan dgn darahnya sendiri;keasingan sifat dll yg berlainan drpd yg lain, kesendirian, kelainan: tiap-tiap ciptaan sajak mempunyai ~ yg istimewa;pengasingan 1. perihal (perbuatan dsb) mengasingkan atau memisahkan, pemisahan; 2. perihal mengasingkan (menyisihkan, memencilkan) diri: China mengubah sikap ~nya dan mulai membenarkan orang asing masuk; al-Farabi mengamalkan cara hidup zuhud dan cenderung pd ~ diri; 3. tempat dibuang, tempat diasingkan, (tempat) pembuangan: dr tempat ~ itu ia lari ke daerah musuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |