keazaman | kemahuan, keinginan yg sangat kuat: Perdana Menteri mengulangi ~ kerajaan utk mempertahankan kedaulatan negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hati batu | a) bersifat degil, mempunyai keazaman (cita-cita) yg kuat; b) tidak berperikemanusiaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekerasan | perihal (sifat dsb) keras (dlm berbagai-bagai erti spt kekuatan, kekasaran, keazaman, kegiatan, dll), paksaan (dlm sesuatu tindakan): dgn ~ sukar dicapai penyelesaian; kumpulan jahat yg bertujuan hendak menumbangkan kerajaan dgn ~ telah dapat ditumpaskan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperkuat | menjadikan lebih kuat, memperkukuh, memperteguh, mempererat: kerajaan telah menerima bantuan utk ~ angkatan bersenjata Malaysia; ~ keazaman utk mengambil peranan dlm pembentukan masyarakat baru; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luntur I | 1. turun atau berubah warnanya (kain cat, dll): kainnya teguh dan tidak ~; tahan ~ tidak turun warna; 2. berubah, bertukar (keyakinan, pendirian, keazaman, dsb): keazaman mereka utk bersatu tenaga tidak ~ walaupun mereka terpaksa menghadapi beberapa halangan; 3. hilang atau berkurang (kasih sayang dsb): kasihnya sudah mulai ~; kejelitaannya mulai ~ apabila umurnya meningkat tua; 4. turun atau menjadi rendah (pangkat, darjat, dsb); 5. tidak mujarab lagi (mantera, jampi, dll): jampi itu sudah ~; meluntur menjadi atau mulai luntur; melunturi luntur warnanya dan kena pd (kain, baju) yg lain: kain ini dicuci terasing supaya tidak ~ yg lain; melunturkan menyebabkan luntur (berubah atau hilang warna, keyakinan, kasih sayang, dll): kain yg berwarna perang itu dilunturkan utk mendapatkan kain putih; kelunturan 1. perihal luntur: ia menampakkan ~ dan kebelakangan pendapat yg progresif; 2. kena warna sesuatu yg luntur; pelunturan perihal melunturi atau melunturkan; peluntur bahan utk melunturkan kain dll; serbuk ~ sj serbuk yg digunakan utk melunturkan (memutihkan) kain dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
esa | satu, tidak lebih dan tidak kurang drpd satu, tunggal; kurang ~ empat puluh tiga puluh sembilan; Tuhan yg ~ Tuhan yg hanya satu; ~ hilang, dua terbilang prb terus berusaha dgn keazaman hingga tercapai cita-cita; berbilang dr ~, mengaji dr alif prb membuat sesuatu itu hendaklah dimulai dr permulaannya; esa-esaan keseorangan, berasa sunyi;mengesakan membuat (menjadikan, menganggap, dll) satu: aku tetap ~ Allah dan tidak menyekutukan-Nya; keesaan perihal tunggal, kesatuan, sifat tunggal: ~ Tuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mempertingkatkan | menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi (kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran, dll), menjadikan lebih hebat (giat, erat, dll), memperhebat: peranan ~ mutu bahasa Melayu tidak terletak di bahu pengkaji dan peminat bahasa sahaja; sikap kejam Soviet itu telah menambah keazaman Mujahideen utk ~ perjuangan mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
azam I | kemahuan (keinginan, cita-cita, dsb) yg sangat kuat, tujuan (yg sesungguhnya): dgn melancarkan projek-projek ini, kerajaan telah menunjukkan ~nya hendak menambah penghasilan sawah;berazam mempunyai azam, bertujuan (dgn sesungguhnya), bercita-cita kuat (utk melakukan atau mencapai sesuatu): kerajaan ~ hendak meneruskan rancangan pembangunan;mengazamkan mencita-citakan, mahukan (dgn sesungguhnya): utk mencapai cita-cita yg diazamkan;keazaman kemahuan, keinginan yg sangat kuat: Perdana Menteri mengulangi ~ kerajaan utk mempertahankan kedaulatan negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teguh | 1. tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesanggupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaannya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memperlengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll); meneguhkan 1. menguatkan, mengukuhkan: ~ angkatan laut; 2. menyungguhkan, mengesahkan: beliau telah ~ kebenaran berita itu; 3. berpegang teguh (pd janji), tetap memenuhi janji (kata-kata); ~ janji menepati janji; ~ setia tetap setia; memperteguh menjadikan lebih teguh, memperkuat: kita dapat ~ negara dan dapat menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup rakyat kita; keteguhan perihal teguh (hati, iman, dll), kekuatan, ketabahan, ketetapan: ~ hati dan ketabahan jiwa yg begini adalah menunjukkan sifat keperwiraan hulubalang Melayu; peneguhan perihal meneguhkan, penguatan, pengukuhan, penyungguhan; peneguh sesuatu alat (unsur, fakta dsb) yg meneguhkan atau memperteguh: anak merupakan ~ ikatan perkahwinan suami isteri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tingkat | 1. lapis drpd sesuatu benda (binaan dll) yg berbentuk bersusun-susun (bertindih-tindih, berlapis-lapis), lantai ketinggian, lenggek (bangunan), tumpuan (tangan dll): bangunan enam ~ itu akan siap hujung tahun ini; mangkuk ~ bekas yg bertindih-tindih dan dirangkaikan oleh pemegangnya, mangkuk tepen, siya; ~ peraduan lantai yg lebih tinggi letaknya utk tempat tidur; 2. = tingkatan taraf kedudukan (jawatan, kemajuan, dll), darjat, kelas, pangkat, peringkat: jawatannya sekarang lebih tinggi ~nya drpd jawatan sebelumnya; kemajuan ekonomi negeri ini sudah mencapai tingkatan yg agak tinggi; ~ hidup taraf hidup; 3. = tingkatan batas waktu, perenggan sesuatu kejadian (proses), takat: rancangan itu masih dlm ~ permulaan; setingkat 1. satu tingkat (tingkatan); 2. = ~ dgn sama tingkatnya atau martabatnya dll (dgn), setaraf (dgn); ~ demi ~ sedikit demi sedikit (bertambah dll); tingkat-tingkat Mn pemijak kaki; tetingkat kepingan papan dsb tempat me-letakkan buku (pakaian, kasut, dsb), rak, para; bertingkat ada tingkatnya, mempunyai tingkat; bertingkat-tingkat 1. berlenggek-lenggek, bersusun-susun, bertindih-tindih: bangunan-bangunan lama dirobohkan dan pd tempatnya didirikan bangunan yg ~; 2. berkelas-kelas, berpangkat-pangkat, bertaraf-taraf: kebolehan kanak-kanak dlm pelajaran mereka ~ antara seorang dgn yg lain; kedudukan manusia dlm sesuatu masyarakat lazimnya ~; 3. makin tinggi (naik, sukar, dll) sedikit demi sedikit: dlm tempoh sepuluh tahun pangkatnya naik ~ drpd askar biasa menjadi kapten; meningkat 1. menginjak (tangga dll) utk naik ke atas, memanjat (pokok dll), menaiki (basikal dll): sedang mentuanya membawa perian dan labu ke pancuran, Basanai ~ pintu itu; 2. mencapai tingkat (angka dll), naik (meninggi, mengatas, dll), bertambah banyak (hebat, penting, dll): perbelanjaan utk pendidikan ~ dr setahun ke setahun; dgn ini jumlah kematian telah ~ ke angka 79 orang; keriangannya ~ dan ia berdiri memberi pidato tanpa rancangan; 3. berubah dlm keadaan (masa dll) yg lain: apabila ~ dewasa anak itu menjadi seorang pahlawan muda yg gagah berani; meningkat-ningkat 1. terus meningkat (ber-tambah dll): keuntungan yg diperolehnya ~; 2. menjadikan bertingkat-tingkat (berlapis-lapis, bersusun yg satu di atas yg lain); meningkatkan meninggikan kedudukan (taraf dll), membesarkan (pengeluaran dll), memper-hebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi; ~ diri membesarkan (mengangkat) diri; mempertingkatkan menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi (kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran, dll), menjadikan lebih hebat (giat, erat, dll), memperhebat: peranan ~ mutu bahasa Melayu tidak terletak di bahu pengkaji dan peminat bahasa sahaja; sikap kejam Soviet itu telah menambah keazaman Mujahideen utk ~ perjuangan mereka; tingkatan tingkat, kelas, peringkat, perenggan, takat; ~ gaji peringkat (tingkat) gaji; orang ~ atasan orang kelas (golongan) atasan; peningkatan perbuatan (usaha dsb) meningkatkan atau mempertingkatkan: ~ daya pengeluaran; ~ hasil jualan; ~ mutu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |