khairat | kebajikan, derma, sedekah; persatuan ~ kematian persatuan yg mengumpulkan wang (yuran) utk kebajikan ahli-ahlinya yg meninggal dunia (mis utk belanja mengebumikannya); berkhairat berbuat kebajikan, berderma, bersedekah: beliau dikenali sbg seorang dermawan yg telah banyak ~ kpd orang miskin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebajikan | perbuatan yg mendatangkan kebaikan; jasa: Orang yg berkemampuan dan suka membuat ~ dihormati oleh masyarakat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kebajikan | sesuatu yg membawa kebaikan, perbuatan baik, kebaikan: berbuat ~ kpd orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebajikan | perbuatan yg mendatangkan kebaikan; jasa: Orang yg berkemampuan dan suka membuat ~ dihormati oleh masyarakat. | Kamus Pelajar |
negara kebajikan | negara yg mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyatnya dgn memberikan berbagai-bagai perlindungan sosial, spt elaun pengangguran, pencen, perubatan percuma dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ekonomi kebajikan | cabang ekonomi yg memperhitungkan asas-asas ekonomi dr segi kebajikan masyarakat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khairat | perbuatan baik atau kebajikan; sedekah atau derma. berkhairat melakukan perbuatan baik atau kebajikan terhadap orang lain: Dia banyak ~ kpd fakir miskin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
altruistik | bersikap lebih mengutamakan kebahagiaan dan kebajikan orang lain drpd kebahagiaan dan kebajikan diri sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
amal | 1. apa sahaja yg dilakukan, perbuatan, pekerjaan: banyak ~, sedikit bicara; 2. perbuatan baik (yg mendatangkan faedah kpd orang lain): bersedekah ialah satu drpd ~ kebajikan; ~ ibadat perbuatan mengerjakan perkara-perkara yg diwajibkan oleh ajaran agama (spt bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, dll); ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan atau faedah masyarakat (spt berderma, menolong orang dlm kesusahan, dll), kebajikan kpd orang ramai; beramal 1. berbuat amal, berbuat kebajikan: ia seorang yg suka ~; 2. = ~ ibadat mengerjakan amal ibadat: tebal imannya dan rajin ~; 3. melakukan sesuatu sbg suatu kebiasaan; mengamalkan 1. melaksanakan, mempraktikkan, melakukan (sbg suatu kebiasaan): pemuda itu ~ falsafah hidup baharu; ~ segala yg telah dipelajari; kerajaan Malaysia ~ sistem demokrasi berparlimen; 2. membiasakan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan): ~ bangun pagi-pagi dan bersenam; ~ makan buah-buahan tempatan; amalan 1. sesuatu yg dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan, dsb) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah kesatuan sekerja sahaja yg dibenarkan bergerak dlm sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan; pengamalan 1. perihal mengamalkan: ~ sistem perhambaan; 2. kesungguhan hati mengerjakan sesuatu; 3. pelaksanaan; pengamal orang yg bergiat dlm sesuatu profesion (sbg pekerjaan sehari-harinya): ~ perubatan; ~ undang-undang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
infak | Ar pemberian (sumbangan) wang, harta dsb yg dibelanjakan utk kebajikan, spt derma, sedekah dsb: asrama itu memerlukan ~ drpd orang ramai utk membolehkannya menyelenggarakan kos operasi hariannya; berinfak memberikan atau mengeluarkan infak: katanya, dia akan tetap ~ sekadar yg termampu; seseorang yg ~ utk mencari keredaan Allah; menginfakkan menyumbangkan (membelanjakan, mengeluarkan) sebahagian wang, harta dsb utk kebajikan: dia selalu ~ hartanya semata-mata utk mendapatkan keredaan Allah; mereka akan ~ semua keuntungan itu kpd ahli ibadat, ahli zuhud dan ulama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |