bomba | 1. alat utk mengepam air dll, pam: air telaga itu dinaikkan ke atas dgn ~; 2. pasukan yg bertugas utk memadamkan kebakaran; ahli ~ orang yg bertugas memadamkan kebakaran; kereta ~ kereta yg digunakan oleh ahli bomba apabila memadamkan kebakaran; perkhidmatan ~ perkhidmatan utk memadamkan kebakaran; kebombaan segala urusan yg berkaitan dgn perkhidmatan bomba: dia menjalani latihan asas ~ di Pusat Latihan Bomba. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebakaran | bencana yg disebabkan oleh api; kerosakan oleh api: Satu ~ besar telah berlaku di kawasan yg padat penduduknya di bandar itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kebakaran jenggut | bp bingung dgn tidak keruan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebakaran | 1. kejadian sesuatu (rumah dll) yg sedang terbakar: ~ besar yg dahsyat telah berlaku pagi ini; 2. terbakar; ~ janggut Id bp bingung tidak keruan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebakaran | bencana yg disebabkan oleh api; kerosakan oleh api: Satu ~ besar telah berlaku di kawasan yg padat penduduknya di bandar itu. | Kamus Pelajar |
penggera kebakaran | alat yg berbunyi kalau ada kebakaran (loceng dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
insurans kebakaran | insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya berlaku kebakaran (pd rumah dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penggera kebakaran | alat (spt loceng) yg berbunyi dll apabila berlaku kebakaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
api | 1. nyalaan drpd sesuatu yg dibakar atau yg terbakar: ~ kebakaran itu kelihatan menjulang-julang; 2. kepanasan (haba) yg digunakan utk memasak terutama drpd penunu dapur yg dinyalakan: letakkan kuali di atas ~; 3. kebakaran (biasanya diucapkan dlm keadaan cemas): “A~! A~!” Hamid berteriak; 4. bp elektrik: bil ~; 5. bp mancis api atau pemetik api (utk menyalakan rokok, cerut, paip, dsb); 6. ki sesuatu perasaan (spt marah, suka, rindu, cinta, dsb), semangat atau harapan yg meluap-luap di dlm hati (fikiran): ~ percintaan sedang membakar seluruh jantung hatinya; meniupkan ~ perjuangan; ~ perkauman; ~ lancip Id api yg lebih panas drpd api biasa; ~ luka Id demam kerana luka; ~ neraka api seksaan dlm neraka; ~ itu pd tatkala kecil jadi kawan apabila besar jadi lawan prb kejahatan yg kecil itu hendaklah lekas diperbaiki sebelum berbahaya; ~ kecil baik padam prb kejahatan itu harus diperangi semasa kecil; ~ padam puntung berasap prb perkara yg telah selesai tetapi timbul kembali; ~ padam puntung hanyut prb Mn perkara yg sudah putus tidak ada sambungannya lagi; bagai ~ dgn asap prb tidak dapat dipisahkan; bagai rabuk dgn ~, asal berdekat menyalalah ia prb dikatakan kpd dua orang yg sentiasa berbantahan; bermain ~ latur (letup) prb barang siapa yg melakukan kejahatan, akan kena akibatnya kelak; bersuluh menjemput (minta) ~ prb bertanyakan sesuatu yg diketahui; di mana ~ berpupuk, di situlah asap keluar prb setiap kejadian itu tentu meninggalkan bekasnya; di mana ~ padam, di situlah puntung tercampak, di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal prb di mana kita mati, di situlah dikuburkan; kalau tak ada ~, masakan ada asap prb tentu ada sebabnya terjadi sesuatu hal; meletakkan ~ di bumbungan prb sengaja mencari bahaya; spt ~ makan lalang kering, tiada dapat dipadamkan lagi prb suatu marabahaya yg berlaku pd orang yg lemah, tidak berdaya menolaknya; spt ~ makan (dalam) sekam prb sesuatu yg berlaku dgn diam-diam; spt meniup ~ di atas air prb melakukan pekerjaan yg hampir tidak memberi harapan akan berhasil; spt rabuk dgn ~ prb dua orang yg bertujuan sama dlm suatu perkara hanya menanti peluang yg baik saja lagi utk dikerjakan; sudah ke tengah makan ~ prb, Mn suatu perselisihan yg susah didamaikan; api-api 1. = anak ~ = batang ~ mancis; 2. tali api; berapi 1. mengandungi api, mengeluarkan api: puntung rokoknya masih ~; gunung ~; 2. ki menjadi semakin meluap-luap (bkn kemarahan, semangat, dsb): kemarahannya tambah ~; bergantung tiada bertali, bersalai tiada ~ prb perempuan yg ditinggalkan oleh suami, belanja tiada diberikan tetapi tidak pula diceraikan; berapi-api 1. merah menyala (mata) kerana terlalu marah, berpendar-pendar, berkunang-kunang: matanya ~, hilang pertimbangan dr hatinya; 2. (dgn) berkobar-kobar, (dgn) bersemangat: saya juga berucap ~ menaikkan semangat perjuangan tuan-tuan; 3. marah sekali: cikgu ~ di sekolah tadi; mengapi menjadi spt api atau menyerupai api; mengapikan, mengapi-apikan menghasut (hasut): mereka ~ Hindun supaya melawan ibunya; memperapikan memanggang; perapian tempat menyalakan api utk memanaskan ruang, bilik dsb, pendiangan; pengapi orang yg mengapi-apikan orang atau pihak lain, penghasut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
insurans | perjanjian tanggungan yg dibuat oleh sesebuah syarikat utk mengganti kerugian dan bayaran premium tertentu; masuk ~ dipertanggungkan dlm insurans, mengambil insurans; ~ kebakaran insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya berlaku kebakaran (pd rumah dll); ~ nyawa insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya orang yg berkenaan meninggal dunia; ~ nyawa bekal umur insurans yg menjamin bayaran sekiranya orang yg berkenaan mencapai umur yg tertentu atau meninggal dunia; berinsurans mempunyai insurans: setiap barang berharga di rumahnya ~; menginsuranskan melindungi seseorang atau sesuatu drpd risiko, kerugian, dsb dgn insurans: barang-barang itu sudah diinsuranskan drpd segala risiko; penginsurans (Eko) pihak dlm kontrak insurans yg bertanggungjawab membayar tuntutan, faedah atau memberi perkhidmatan mengikut syarat kontrak insurans. | Kamus Dewan Edisi Keempat |