Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ba.li.kan]/[ke.ba.li/.kan] | کباليقکن

Definisi : sebalik drpd, sebaliknya, lawan(nya): benderanya ialah palang merah di atas tanah putih, ~ bendera Swiss; ~ peperangan dan permusuhan menjadi lebih hebat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ba.li.kan]/[ke.ba.li/.kan] | کباليقکن

Definisi : sesuatu yg bertentangan; lawan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebalikan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kebalikansesuatu yg bertentangan; lawan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kebalikansebalik drpd, sebaliknya, lawan(nya): benderanya ialah palang merah di atas tanah putih, ~ bendera Swiss; ~ peperangan dan permusuhan menjadi lebih hebat;Kamus Dewan Edisi Keempat
kebalikansesuatu yg bertentangan; lawan.Kamus Pelajar
akas IIIAr kebalikan, lawannya; balik ~ a) terbalik; b) Kd hidup kembali.Kamus Dewan Edisi Keempat
kura-kura tanganbahagian tangan yg kebalikan tapak tangan, punggung tangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
lawan1 pasangan yg tepat; jodoh: Ulam petai ~nya sambal belacan. 2 musuh (dlm peperangan); penentang (dlm permainan sukan dll): ~nya dlm permainan badminton itu lebih handal. 3 tandingan; imbangan: Kecantikan gadis itu tidak ada ~nya di bandar ini. 4 sesuatu yg bertentangan; kebalikan: Tinggi ~nya rendah. ~ jam gerakan (pusingan) yg arahnya bertentangan dgn arah gerakan jarum jam. berlawan 1 ada tandingannya atau lawannya. 2 bertanding (dlm permainan dll); beradu: Pasukan bola sepak Malaysia akan ~ dgn pasukan Jepun malam ini. 3 bertentangan dgn hukum (adat dll); bersalahan. berlawanan 1 tidak sehaluan; bertentangan: Pendapat kami sentiasa ~. 2 berlumba utk mencapai sesuatu matlamat; bersaingan. melawan 1 menentang (musuh dll): Sel putih dlm darah akan ~ kuman itu. 2 melayan (berbual, berbicara dll); menjadi teman kpd: Ahmad ~ kawannya berbual hingga larut malam. 3 menandingi (dlm perniagaan, perlumbaan dll); menyaingi: Tidak ada seorang pun yg dpt ~ kekuatannya. memperlawankan membuat supaya berlawan atau berkelahi; memperlagakan. perlawanan 1 hal atau perbuatan berlawan; pertandingan; peraduan: Mereka datang utk menyaksikan ~ bola sepak. 2 hal atau keadaan berlawanan: ~ kata. pelawanan hal atau perbuatan melawan; penentangan: Mereka telah menyerah kalah tanpa memberikan ~ sedikit pun. pelawan orang yg (suka) melawan; penentang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lawan1. pasangan yg tepat; jodoh: Ulam petai ~nya sambal belacan. 2. musuh (dlm peperangan); penentang (dlm permainan sukan dll): ~nya dlm permainan badminton itu lebih handal. 3. tandingan; imbangan:Kecantikan gadis itu tidak ada ~nya di bandar ini. 4. sesuatu yg bertentangan; kebalikan: Tinggi ~nya rendah. ~ jam gerakan (pusingan) yg arahnya bertentangan dgn arah gerakan jarum jam. berlawan 1. ada tandingannya atau lawannya. 2. bertanding (dlm permainan dll); beradu:Pasukan bola sepak Malaysia akan ~ dgn pasukan Jepun malam ini. 3. bertentangan dgn hukum (adat dll); bersalahan. berlawanan 1. tidak sehaluan; bertentangan: Pendapat kami sentiasa ~. 2. berlumba utk mencapai sesuatu matlamat; bersaingan. melawan 1. menentang (musuh dll): Sel putih dlm darah akan ~ kuman itu. 2. melayan (berbual, berbicara dll); menjadi teman kpd: Ahmad ~ kawannya berbual hingga larut malam. 3. menandingi (dlm perniagaan, perlumbaan dll); menyaingi: Tidak ada seorang pun yg dpt ~ kekuatannya. memperlawankan membuat supaya berlawan atau berkelahi; memperlagakan. perlawanan 1. hal atau perbuatan berlawan; pertandingan; peraduan:Mereka datang utk menyaksikan ~ bola sepak. 2. hal atau keadaan berlawanan: ~ kata. pelawanan hal atau perbuatan melawan; penentangan: Mereka telah menyerah kalah tanpa memberikan ~ sedikit pun. pelawan orang yg (suka) melawan; penentang.Kamus Pelajar
kura-kura1. sj binatang reptilia dlm keluarga yg mempunyai kulit yg keras di belakangnya dan dapat hidup di air dan di darat; jenis-jenis: ~ bukit = ~ duri, Heosemys spinosa; ~ daun, Cyclemys dentata; ~ gergasi, Geochelone gigantea; ~ katup = ~ padi, Cuora ambionensis; ~ paya, Siebenrockeilla crassicolis; 2. = kekura sesuatu yg menyerupai binatang kura-kura; kunci ~ kunci gantung; ~ jendela bingkai jendela; ~ kaki bahagian kaki yg melengkung di antara buku lali dan jari, punggung kaki; ~ tangan bahagian tangan yg kebalikan tapak tangan, punggung tangan; ~ dlm perahu prb perbuatan yg bodoh; ~ pandai kerebat kayu = spt ~ hendak memanjat pohon kayu prb orang yg hendak melaku­kan sesuatu yg mustahil dapat dilakukannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
balik1 pergi ke rumah atau ke kampung sendiri; pulang: Semalam, ayah ~ dr pekan pukul 10.00 malam. 2 bahagian yg di sebelah belakang: Adik saya yg nakal itu menyorok di ~ pintu. 3 sekali lagi; semula: Kalau kamu dapati jawabnya salah, kiralah ~ sampai betul. 4 tidak mengikut arah yg sepatutnya; songsang: ayam bulu ~ ayam yg bulunya songsang. berbalik 1 bertukar atau mengubah arah dr yg dituju kembali ke arah asalnya; berpaling arah; berpatah balik: Setelah sampai separuh jalan, ia ~ mengambil begnya yg tertinggal di rumah. 2 berubah ke bentuk asalnya: Jika wap air disejukkan, maka wap itu akan ~ menjadi air. 3 timbul atau datang kembali (bkn penyakit). membalikkan 1 memberikan sesuatu kpd tuannya kembali; memulangkan; mengembalikan: Saya hendak ~ buku yg saya pinjam dr perpustakaan tempoh hari. 2 mengubah arah sesuatu ke arah asalnya: Cermin ~ cahaya dgn sekata kerana permukaan cermin licin dan gilap. membalik-balikkan sering membuka-buka (buku dsb): Ia duduk di kerusi sambil ~ lembaran majalah bergambar itu. terbalik menjadi songsang letaknya (yg di bawah ke atas dan yg di atas ke bawah): Sebuah lori balak telah ~ di Batu 15 Jalan Bentung. menterbalikkan meletakkan terbalik: Apabila kita ~ angka , maka jadilah . balikan sesuatu yg dibalikkan: Cahaya bulan ialah cahaya ~. kebalikan sesuatu yg bertentangan; lawan. pembalikan perbuatan atau hal membalikkan: ~ cahaya dpt kita lihat dgn menyuluhkan lampu ke cermin. pembalik alat yg digunakan utk membalikkan sesuatu: ~ cahaya yg baik sekali ialah cermin keluli. sebaliknya berbeza atau berlain drpd yg disebut dahulu: Kalau saya melakukan kebaikan, maka tolonglah saya, ~ kalau saya melakukan kejahatan, betulkanlah saya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
balik I1. kembali, pulang: budak-budak belum ~ lagi; 2. = sebalik sebelah yg lain, sebelah sana: aliran Sungai Pahang sering mengintai mesra di ~ kehijauan pepohonan; 3. songsang, berlawanan arah; bulu ~ bulu ayam yg songsang; ~ adab tidak tahu adat; ~ akas Kd kembali hidup; ~ andar balik kosong (drpd mengail dll); ~ belah a) songsang; b) Tr tidak mengikut susunan yg betul: kamu susun buku itu ~ belah betul; ~ bokong bahagian dlm menjadi di luar, songsang (baju dll); ~ gagang ki berpihak kpd lawan; ~ gelisah Kl sj kuih yg dibuat drpd beras pulut; ~ jungkir (berulang kali) kepala di bawah, kaki di atas; ~ kekat arus (pasang) berubah; ~ kerak kahwin lagi dgn bekas isteri; ~ kuang kepala ke bawah (bergantung dll); ~ mazhab taklid (meninggalkan ajaran mazhab tertentu dan mengikut ajaran mazhab yg lain); ~ mata a) bermuafakat jahat (membiarkan orang berbuat jahat, pura-pura tidak tahu, dll); b) main sunglap; ~ modal mendapat modal kembali (tidak rugi dan juga tidak untung), pulang modal; ~ nama Id penukaran surat hak milik (tanah dll); ~ pongkang yg di bawah jadi di atas; ~ rujuk kahwin balik dgn isteri yg telah diceraikan; ~ sakit = ~ pais Kl jatuh sakit semula; ~ sedar siuman, sedar drpd pengsan; di ~ belakang(an) = ~ pembelakangan di belakang orang;sebalik; di ~ pd bahagian (aspek dsb) yg terselindung atau tidak begitu ketara: dlm kelucuan pemerihalan ini, jelas kpd kita mesej di ~nya; apakah motif di ~ keinginan ini?sebaliknya berlawanan dgn atau berbeza sama sekali drpd (sesuatu yg telah dikatakan atau disarankan);balik-balik bp kerap melakukan perkara yg sama: ~ dia lakukan lagi perbuatan terkutuk itu;berbalik 1. berubah arah: perkataannya ~; 2. menjadi berubah duduknya atau letaknya (yg di muka menjadi di belakang, yg di bawah menjadi di atas, dll): keretanya ~ kerana kemalangan jalan raya; 3. berpusing kembali, berpaling: ia ~ melihat isterinya; 4. kembali (ke tempat semula, ke rumah, dll): hamba hendak ~ ke Bentan; 5. ki merujuk kembali (kpd), mengarahkan (menumpukan) kembali perhatian (kpd sesuatu): cara mereka menghubungkan sastera dgn masyarakat adalah berbeza-beza, iaitu ~ kpd ideologi dan sikap masing-masing; ~ hati berubah pendirian; ~ mudik = ~ muka a) bertukar haluan (fikiran dll); b) berubah pihak, membelot;berbalik-balik selalu balik ke tempat semula, berpusing-pusing, berulang-alik;membalik 1. berbalik kembali (arahnya): bola itu ~ sesudah kena tiang; 2. menukar letaknya (menelungkup menjadi menelentang): dibaliknya pinggan itu dan nasi pun tumpahlah;membalik-balik 1. membalik berulang kali: dibalik-baliknya kertas di atas meja itu; 2. membuka-buka (buku dll): sambil bertenggong, ia ~ buku yg tebal itu; 3. berulang-ulang (memikir dll): air matanya jatuh apabila ~ bagaimana sengsara hidupnya;membaliki 1. balik kpd sesuatu (utk mengambil sesuatu, berbaik dgn isteri, dll); 2. ark melepaskan diri drpd tanggungjawab;membalikkan 1. memulangkan, mengembalikan: ia menyuruh ~ wang itu; 2. mengubah letak atau arah sesuatu kpd yg berlawanan dgn asalnya atau sebelumnya: kerja ~ semula perahu pulai itu bukanlah perkara yg sukar; 3. menyebabkan berubah (bertukar dsb) sama sekali: mengapa kau ~ hatiku dan menampal kulit babi di mukaku? 4. menghantar kembali, melantunkan: lantai, siling, dan dinding dibina drpd bahan-bahan padu dan ini akan ~ semua bunyi yg memukulnya; ~ kepala melihat ke belakang; ~ muka memalingkan muka; ~ perkataan membelitbelitkan perkataan; ~ punggung membelakangi, tidak mahu melihat;terbalik menjadi songsang, berubah sama sekali duduknya atau letaknya (yg di hadapan menjadi di belakang atau yg di atas menjadi di bawah): kereta itu ~; bajunya ~; ~ akal gila; ~ iman bertukar iman; ~ mata Id bp terlampau lama melihat; ~ niat bertukar niat;menterbalikkan menjadikan (membuat menjadi) terbalik: menggaris dgn dakwat dilakukan dgn ~ kayu pembaris; suaranya boleh ~ iman seorang lelaki;keterbalikan perihal terbalik: ~ peranan dlm perhubungan ibu bapa dgn kanakkanak boleh dicapai oleh kanak-kanak dlm situasi lakon;kebalikan sebalik drpd, sebaliknya, lawan(nya): benderanya ialah palang merah di atas tanah putih, ~ bendera Swiss; ~ peperangan dan permusuhan menjadi lebih hebat;pembalikan perihal (perbuatan dsb) membalik(kan).Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas