kebangkitan | 1 hal bangkit: Parti itu menggalakkan ~ semangat kebangsaan Melayu. 2 hal dibangkitkan kembali: Ayat ini membuktikan adanya hari kiamat dan ~ selepas mati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kebangkitan | 1. kebangunan, kesedaran serta kegiatan yg membawa kemajuan: ~ bangsa Asia; ~ Islam sebenarnya harus didukung oleh tradisi ilmu yg mampu melahirkan tamadun besar; 2. pemberontakan: mereka mendakwa bahawa adanya penceroboh-penceroboh itu sbg satu ~ dr dlm negeri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebangkitan | 1. hal bangkit atau membangkitkan: Parti itu menggalakkan ~ semangat kebangsaan Melayu. 2. hal dibangkitkan kembali: Ayat ini membuktikan adanya hari kiamat dan ~ selepas mati. | Kamus Pelajar |
hari kebangkitan | hari apabila manusia dibangkitkan drpd mati utk dihisab segala amalannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hari kebangkitan | hari apabila manusia dibangkitkan (drpd mati) utk dihisab segala amalannya dan diberi pembalasan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pergerakan | kebangkitan (utk memperjuangkan sesuatu): ~ kaum ibu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebangunan | kebangkitan, keinsafan, kesedaran: ~ Tanah Melayu menghasilkan kemerdekaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kiamat | 1 kebangkitan semula sekalian manusia drpd mati (utk menghadapi keadilan Tuhan). 2 berakhir (ttg dunia, zaman): Tiada manusia yg tahu bila dunia ini akan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
intifadah | Ar kebangkitan penduduk Palestin utk menentang orang Israel yg menduduki Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, yg bermula pd tahun 1987. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kiamat | 1. kebangkitan semula sekalian manusia drpd mati (utk menghadapi keadilan Tuhan). 2. berakhir (ttg dunia, zaman): Tiada sesiapa yg tahu bila dunia ini akan ~. | Kamus Pelajar |