kebanyakan | 1 sebahagian yg banyak; jumlah yg terbesar: Kambing kampung ~nya dipelihara oleh orang Melayu dan orang India. 2 biasanya; umumnya: ~, asal belajar tentu pandai. 3 biasa: orang ~ orang biasa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kebanyakan | 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebanyakan | 1. sebahagian yg banyak; jumlah yg terbesar: Kambing kampung ~nya dipelihara oleh orang Melayu dan India. 2. biasanya; umumnya: ~, asal belajar tentu pandai. 3. biasa: orang ~ orang biasa. | Kamus Pelajar |
putarwali | sj tumbuhan (pokok memanjat), akar seruntun, batang wali, gasing-gasing, Tinospora tuberculata; sungguhpun ~ itu raja segala penawar tetapi pd kebanyakan selera ialah hamba segala makanan prb sungguhpun segala pengajaran yg baik itu berguna tetapi kebanyakan orang tidak hendak menerimanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dwibahasa | 1. yg ditulis atau dinyatakan dlm dua bahasa: majalah ‘Reader’s Digest’ telah menerbitkan edisi ~nya; kamus ~; 2. boleh bertutur dlm dua bahasa (biasanya dgn darjah kefasihan yg sama): kebanyakan orang Malaysia ~; berdwibahasa menggunakan dua bahasa: kebanyakan mereka ~ di rumah dan di asrama; kita perlu ~ jika mahu menjadi bangsa yg maju; mendwibahasakan membuat (menyusun, menghasilkan dsb) sesuatu penerbitan (buku, risalah dsb) dlm dua bahasa: tindakan sedang diambil utk ~ sebuah kamus Mandarin menjadi Kamus Bahasa Mandarin-Bahasa Melayu Dewan; kedwibahasaan 1. pemakaian dua bahasa oleh seseorang atau sesebuah masyarakat, bilingualisme; 2. kefasihan bertutur dlm dua bahasa, bilingualisme. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jumhur ulama | kebanyakan ulama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orang ramai | orang kebanyakan; | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sedatar | sama rata: Kebanyakan sawah padi di kampung ini ~ saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berselipar | memakai selipar: kebanyakan kami lebih suka ~ sahaja ketika berehat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orang kemacar | orang kebanyakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |