terkongkong | terbelenggu, terikat, tersekat (bkn kebebasan dll): semua orang yg ~ kebebasan asasinya berhak menuntut kebebasan; pemikiran penulis masih kuat ~ oleh keadaan alam sekelilingnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pers | Id surat khabar, persuratkhabaran: selangkah demi selangkah pemerintahan totaliter menghancurkan kemerdekaan ~, kebebasan pengarang, kebebasan pelukis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebebasan akhbar | kebebasan surat khabar menyiarkan berita (membuat ulasan dsb) tanpa dikongkong atau disekat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebebasan | keadaan atau hal bebas: Pihak pembangkang telah diberi ~ utk mengemukakan pendapat di parlimen. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kebebasan peranti(device independence) | Sifat peranti yang bebas berfungsi tanpa kawalan pengawal utama. | Kamus Komputer |
kebebasan | keadaan atau hal bebas: Pihak pembangkang telah diberi ~ utk mengemukakan pendapat di parlimen. | Kamus Pelajar |
kebebasan | perihal (keadaan) bebas, kemerdekaan: Kedah mencari ~ negerinya drpd takluk orang-orang Siam; ~ akhbar kebebasan surat khabar menyiarkan berita (membuat ulasan dsb) tanpa dikongkong atau disekat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
individualis | 1. orang yg tetap mempertahankan keperibadian dan kebebasan diri; 2. orang yg memperlihatkan kebebasan dirinya dlm tingkah laku atau tindak-tanduknya (pemikirannya, pendiriannya, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merdeka | /merdéka/ bebas drpd penjajahan, kurungan, naungan dll; tidak bergantung pd yg lain; berdiri sendiri: Malaysia negara yg ~ dan berdaulat. memerdekakan memberikan kebebasan; melepaskan drpd penjajahan, kurungan dll. kemerdekaan keadaan merdeka atau bebas; kebebasan: Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai ~ pd 31 Ogos 1957. pemerdekaan perihal atau perbuatan memerdekakan; pembebasan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
belenggu | 1. alat utk mengikat kaki atau tangan, rantai kangkang, gari, sengkela: polis itu membawa ~ dan melekatkannya di tangan Yusuf; 2. ki sesuatu yg dianggap spt mengikat (kebebasan dll): merdeka itu ertinya terlepas drpd ~ menjadi anak jajahan; membelenggu 1. melekatkan (mengenakan) belenggu pd, menggari: kedua-dua tangannya dipegang kuat-kuat dan dibelenggu;2. ki mengikat kebebasan: hasrat penjajah utk ~ fikiran rakyat; 3. menyekat, menghalang: adat-adat yg ~ kemajuan; 4. memikat (hati dll): parasnya yg cantik manis tentu sekali akan ~ hati barang siapa yg memandangnya; terbelenggu 1. terikat (dgn belenggu); 2. tersekat atau terkongkong kebebasan utk melakukan sesuatu: ada manusia bebas, ada yg ~; 3. terpikat: ~ oleh kata-katanya yg lemah lembut;kebelengguan rasa (keadaan) terbelenggu: kemerdekaan individu dan masyarakat serta negara drpd setiap ~ isme-isme boleh diatasi sehingga semuanya dapat tunduk kpd Allah;pembelengguan perbuatan membelenggu: kemerdekaan yg melepaskan sebarang bentuk atau rupa penaklukan, ~, dan penindasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |