akhir-akhir | kebelakangan; ~ ini pd waktu kebelakangan ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebelakangan | sejak masa-masa yg kemudian ini, akhir-akhir ini: pergolakan di Indonesia ~ ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akhirnya | 1. = ~ kelak = akhir-akhirnya kesudahannya; 2. yg belakang sekali, belakang, kemudian (lwn awal): dia merenungi pusaran hidupnya yg sukar dicari titik awal dan ~; pd akhir-akhirnya ini kebelakangan ini; ~ kelaknya sl akhir-akhirnya; akhir-akhir kebelakangan; ~ ini pd waktu kebelakangan ini; berakhir 1. habis, selesai, tamat, habis tempohnya: mesyuarat telah ~; 2. = ~ dgn = berakhirkan berkesudahan dgn: pesta itu ~ dgn perkelahian; mengakhiri menghabisi, menyudahi, menamatkan: dia ~ pidatonya dgn ucapan, “Merdeka!”; Mak Cik Sinah ~ sembahyang maghribnya dgn doa yg panjang; mengakhirkan 1. menempatkan (menaruh) di belakang, mengemudiankan: dia ~ adiknya; 2. mengundurkan (waktu dll): ~ jam; terakhir paling akhir, di belakang sekali, kemudian sekali: barangkali ini nasihat ~ sebelum ia meninggal; akhiran penambahan atau imbuhan pd akhir sesuatu perkataan (mis an, i, kan pd perkataan spt tumbuhan, mengasihi, mendalamkan, dll); berakhiran mempunyai akhiran; keakhiran kesudahan, penghabisan: ia sudah berada di titik ~ hidupnya; keterakhiran perihal paling kemudian atau terkemudian: keterdahuluan dan ~ adanya alam; pengakhiran perihal mengakhiri atau mengakhirkan, penyudahan: ~ mesyuarat; pengakhir sesuatu yg mengakhiri (menamatkan), penamat: tetapi anda di Amerika Syarikat berpendapat yg ini ~ kerja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belakangan | 1. = kebelakangan = ~ ini sejak masa-masa yg kemudian ini, akhir-akhir ini: pergolakan di Indonesia ~ ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya; 2. kesudahannya, akhirnya, kemudian: mula-mula ia menolak, tetapi ~ menerima juga tawaranku; 3. Jk (lebih) belakang: siapa yg datang ~ tidak mendapat apa-apa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelunturan | 1. perihal luntur: ia menampakkan ~ dan kebelakangan pendapat yg progresif; 2. kena warna sesuatu yg luntur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperbagaikan | menjadikan berlain-lainan jenis, menjadikan berbagai-bagai jenis: selama beberapa tahun kebelakangan, kerajaan secara sistematik ~ pengeluaran bahan-bahan eksport; ini satu langkah utk ~ ekonomi negara supaya tidak hanya bergantung semata-mata pd pertanian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mempelbagaikan | menjadikan berlain-lainan jenis, menjadikan berbagai-bagai jenis: selama beberapa tahun kebelakangan, kerajaan secara sistematik ~ pengeluaran bahan-bahan eksport; ini satu langkah utk ~ ekonomi negara supaya tidak hanya bergantung semata-mata pd pertanian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memoir | (mémoir) 1. biografi (karya) yg berasaskan kenang-kenangan seseorang (tentang pengalaman dan peristiwa dlm hidupnya dsb): kebelakangan ini, beberapa buah buku kenang-kenangan wartawan sasterawan vete-ran, dlm bentuk ~ telah juga diterbitkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peras ugut | kegiatan meminta wang, barang kemas, dll secara paksa (dgn ugutan, ancaman): kejadian ~ menjadi-jadi di Kuala Lumpur sejak kebelakangan ini; memeras ugut meminta wang, barang kemas, dll dgn mengugut (mengancam) secara paksa: samseng-samseng itu ~ pekedai utk mendapatkan duit; pemeras ugut orang yg melakukan peras ugut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertunggak | masih belum dijelaskan, dilunaskan, dibereskan dsb (bkn bayaran, hutang, tugas dsb): Bayaran pinjamannya masih banyak yg ~. Pihaknya cuba menyelesaikan kes yg ~ sejak beberapa tahun kebelakangan ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |