Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ber.mu.la.an] | کبرمولاءن

Definisi : perihal (keadaan) bermula­nya: mustahillah utk mempercayai ~ waktu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebermulaan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kebermulaanperihal (keadaan) bermula­nya: mustahillah utk mempercayai ~ waktu;Kamus Dewan Edisi Keempat
mula1. = asal ~ asal, pokok pangkal: mari kita kembali ke ~nya; 2. yg paling awal, yg dahulu sekali, punca atau pangkal (keadaan tempat, waktu, dll); ~ pertama yg paling awal, pertama sekali; wang ~ wang yg dibayar dahulu (cengkeram, pertaruhan); 3. sebab, lantaran, fasal: apa ~nya dia datang ke mari? mula-mula 1. terlebih dahulu, pd awalnya, pertama-tama: binatang yg ~ sekali mening-galkan laut utk hidup di darat ialah cacing; 2. sejak, semenjak: ~ sampai ia belum makan lagi; semula 1. yg dahulu, yg mula-mula, sediakala: orang sakit itu sudah sembuh spt ~; 2. yg paling awal, yg pertama sekali: pendapatnya sekarang ini berlainan dr ~; 3. (sejak) awal, (dr) mula sekali: sejak ~ dia tidak bersetuju; 4. diulang sekali lagi (dr mula), lagi sekali: sejurus kemudian ia merebahkan dirinya ~ di atas katil; 5. balik (spt sediakala), kembali (spt dahulu): perasaan marah dan geramnya telah sejuk ~; membebaskan bandar itu ~ drpd tangan musuh; ~ jadi yg diwarisi baka; bermula 1. mempunyai mula (awal): penya-kit ini ~ dgn selesema; 2. berpunca, ber­pangkal: banjaran ini ~ dr negara Thai; 3. = bermula-mula terdahulu sekali, pertama­tama: bermula-mula yg masuk neraka itu segala raja yg zalim; 4. sediakala, yg dahulu, yg mula-mula: kedua laki isteri itu pun sama-sama duduk spt ~ dan berpandang-pan-dangan; 5. = sebermula sl pembuka kata utk sesuatu kisah dll, kata permulaan utk sesuatu kisah (peristiwa dsb), pertama-tama: ~ maka sampailah umurnya delapan belas tahun; sebermula bangkai bertimbun spt gunung, darah spt laut; 6. sl (yg) awal atau asal: maka semuanya dipersembahkan oleh Laksamana, dr ~ sampai kpd akhirnya; kebermulaan perihal (keadaan) bermula­nya: mustahillah utk mempercayai ~ waktu; mulai 1. mula-mula melakukan sesuatu: pd malam Jumaat ~lah ia datang mengintai di situ; pd hari itu juga aku ~ pula mengajar Tuan Thomson; 2. sejak (semenjak), dari: larangan itu berlaku ~ hari Khamis ini; memulakan 1. = memulai mula membuat (melakukan) sesuatu: dia terus menunjukkan cara mereka ~ peraduan itu; 2. melakukan (mengerjakan) dr mula, mengasaskan: me-mang sukar hendak ~ sesuatu perniagaan tetapi adalah lebih sukar lagi utk memelihara perniagaan itu; 3. membiarkan mula me­lakukan sesuatu: orang Parsi menunggu orang Islam ~ serangan; termula bp telah dimulakan: apabila sudah ~, susah hendak meninggalkan candu rokok ini; permulaan 1. awal, yg awal (pertama) se­kali, yg terdahulu: pd peringkat ~ inilah, penyakit itu boleh mendatangkan bahaya; 2. dasar, asas: Upu Daeng Mariwah itu ialah Yang Dipertuan Muda dan ialah yg mem-buat pokok ~ sumpah setia Melayu dan Bugis; 3. pendahuluan; ~ kata (kalam) kata penda­huluan: penyiasatan ~; berpermulaan mempunyai permulaan: se-suatu perbuatan harus ~; pemula 1. orang yg mula-mula membuat sesuatu; 2. sesuatu yg dipakai utk memulakan sesuatu; 3. Id pasukan anak serigala (sebelum pengakap).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas