kebetulan | 1 dgn tidak sengaja; dgn tidak disangka-sangka: Gelang isterinya yg hilang itu telah dijumpainya secara ~ ketika ia menyapu di rumahnya. 2 pd ketika yg sama dgn: Ketua-ketua mereka telah membawa laporan mesyuarat itu kpd Nekman, dan ~ Nekman pun sedang membincangkan perkara itu juga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kebetulan | 1. dgn tidak sengaja, dgn tidak disangka-sangka: cerita ini berdasarkan pengembaraan dan peristiwa-peristiwa ~; 2. keadaan (kejadian) yg terjadi secara tidak diduga: ini satu ~ saja; 3. tepat atau kena benar (dgn tidak sengaja), pd ketika yg sama (dgn): saya ~ ada di sana ketika ia mengucapkan kata-kata itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebetulan | 1. dgn tidak sengaja; dgn tidak disangka-sangka. Gelang isterinya yg hilang itu telah dijumpainya secara ~ ketika ia menyapu di rumahnya. 2. pd ketika yg sama dgn: Ketua-ketua mereka telah membawa laporan mesyuarat itu kpd Nekman, dan ~ Nekman pun sedang membincangkan perkara itu juga. | Kamus Pelajar |
berketepatan | kebetulan pula, berkebetulan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
justeru | 1 kebetulan; tepat. 2 malahan; bahkan: Saya tidak pernah mengkhianati dia, ~ saya menolong dia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berketepatan | berbetulan, kebetulan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senyampang | 1. kebetulan, untunglah, mujurlah: ~ hari masih pagi, jika tidak, tidak dapat kita kembali; 2. kalau-kalau, jika sekiranya: ~ balik esok, jemputlah singgah; 3. selagi, sementara: ~ ada peluang tuan ziarahi kubur; 4. mentang-mentang, masakan: ~ dia ber-pangkat, bukan main sombong lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telanjuran | sl kebetulan, senyampang: ~ tuan datang ke rumah ini, hendaklah anakanda makan nasi sesuap dgn sepertinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
justeru | 1. kebetulan, tepat, kena benar: kenapa ~ sekarang ini engkau harus pergi? 2. malahan, bahkan: sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, ~ saya puji dia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbaca | membaca secara kebetulan, terjumpa sesuatu (berita dsb) lalu membacanya: saya ada ~ tentang gejala yg serupa ini dlm alam bahasa Jepun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |