merinin | Kd cantik (drpd kebiasaannya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pd umumnya | pd keseluruhannya, ghalibnya, kebiasaannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengongoi-ngongoi | berbunyi ngongoi: pd kebiasaannya, anjing itu ~ manja di kaki tuannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umum | 1 mengenai seluruhnya; tidak khas: pd ~nya pd keseluruhannya; kebiasaannya. 2 orang ramai; khalayak ramai: rapat ~ rapat utk semua orang; jalan ~ jalan utk semua orang. 3 sudah diketahui oleh orang ramai; sudah tersiar di merata-rata tempat: Peristiwa itu sudah ~. mengumumkan memberitahukan sesuatu kpd orang ramai; memaklumkan: Guru sudah ~ keputusan peperiksaan kpd murid-murid. pengumuman 1 perbuatan atau hal mengumumkan; pemberitahuan kpd orang banyak. 2 sesuatu yg diumumkan; pernyataan utk mengumumkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
konvensional | (konvénsional) 1. berdasarkan konvensi, mengikut atau sebagaimana yg ditentukan oleh konvensi, sebagaimana kebiasaannya: cerpen yg bersifat ~; 2. tidak melibatkan penggunaan tenaga nuklear, kimia, biologi dsb (bkn peperangan, senjata dsb): senjata ~; peperangan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umum | 1 mengenai seluruhnya; tidak khas: pd ~nya pd keseluruhannya; kebiasaannya. | Kamus Pelajar |
hukuman penjara seumur hidup | hukuman penjara yg tempoh hukuman maksimumnya berjalan selama 20 tahun (tetapi kebiasaannya seseorang pesalah itu hanya menjalani hukuman selama 13 tahun 4 bulan kerana sepertiga daripadanya diberi pengampunan jika patuh kpd peraturan penjara dan berkelakuan baik); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
amalan | 1. sesuatu yg dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan, dsb) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah kesatuan sekerja sahaja yg dibenarkan bergerak dlm sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpangku | (duduk, tidur, dll) di atas pangku: dia menjenguk ke dlm seketika dan mendapati orang banyak, ada yg sedang ~-pangku; anak kecil selalu berkehendakkan kebiasaannya itu umpamanya tidur berkipas, tidur ~, tidur berbuai; ~ tangan tidak berbuat apa-apa, tidak melakukan apa-apa kerja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seumumnya | 1. sekaliannya, seluruhnya, semuanya: pendeknya perkara-perkara yg bersangkut-paut dgn kepentingan kebangsaan ~ diserahkan kpd kerajaan pusat; keten-teraman yg amat dihajati oleh manusia ~; 2. pd kebiasaannya, pd lazimnya, pd umum-nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |