kebijaksanaan | kepandaian menggunakan akal fikiran; kecekapan berfikir: Kerana ~ pemandulah, maka kita terselamat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kebijaksanaan | perihal bijaksana, perihal menggunakan akal budi: mereka menjalankan tugas ini dgn penuh ~, penuh perasaan tanggungjawab dan keberanian; kemerdekaan Tanah Melayu telah dicapai kerana ~ pimpinan parti pemerintah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebijaksanaan | kepandaian menggunakan akal fikiran; kecekapan berfikir: Kerana ~ pemandulah, maka kita terselamat. | Kamus Pelajar |
hikmah | 1 kebijaksanaan drpd Allah; kecerdikan: Kegiatan dakwah Islam hendaklah dijalankan dgn penuh ~.2 kelebihan atau tujuan sebenar di balik sesuatu perkara, kejadian dsb; hikmat: Rupa-rupanya ada ~ di balik kemalangan yg berlaku itu. berhikmah mempunyai hikmah; bijaksana: Cara yg ~ dilaksanakan dlm menangani masalah remaja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hikmat perang | kebijaksanaan (ilmu, mantera, dll) utk berperang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hikmah | 1. kebijaksanaan drpd Allah, kecerdikan: dakwah Islam yg dijalankan mestilah dgn penuh ~ serta bertepatan dgn budaya dan iklim kemalaysiaan; Allah melakukan apa sahaja menurut kehendak-Nya dan sesuai dgn ~ yg telah ditetapkan oleh-Nya; 2. rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di sebalik sesuatu perkara (kejadian, hal dsb): rupa-rupanya kemalangan itu ada ~ di sebaliknya; poligami harus dilihat sbg syariat Allah yg pasti ada ~ dan perlu ditegakkan sekiranya mampu; berhikmah mempunyai hikmah (kebijaksanaan dsb): pendekatan yg ~ dan berhati-hati perlu diambil dlm usaha menyeragamkan undang-undang syariah itu; generasi muda yg sering diperkatakan sbg golongan yg bermasalah harus ditangani dgn cara yg ~ dan penuh rahmat serta kasih sayang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keulungan | perihal ulung, kebijaksanaan, kecerdikan, kepintaran: ~nya terletak pd ke-tajaman penanya dlm berpolemik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
budi | 1. akal, kebijaksanaan: pendidikan juga bertujuan membentuk ~ manusia; sungguhpun tuan hamba raja, ~ tuan hamba kurang; 2. = ~ pekerti perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak: wah, terlalu sekali ahmak ~ku, kerana seorang perempuan, saudaraku kuturunkan dr atas takhta kerajaannya; 3. sifat baik, perbuatan baik, kebajikan: banyak benar ~ emak kpd kami; berhutang (terhutang, makan, tanggung) ~ berasa berterima kasih terhadap kebaikan orang; membalas ~ membalas kebaikan seseorang (dgn memberi bantuan dsb); menabur ~ sering membuat kebaikan; menanam (bertanam) ~ berbuat kebaikan (jasa dsb) kpd orang; mengenang ~ tidak lupa akan kebaikan orang; 4. bicara, daya upaya: apa ~ kita utk menentang kekejamannya? ~ bahasa tingkah laku dan pertuturan; ~ bicara a) akal; b) kebebasan membuat pertimbangan yg sewajarnya drpd seseorang yg dianggap berkuasa (berwibawa) dlm sesuatu hal: segala-galanya bergantung pd ~ bicara Ketua Pengarah; kurang ~ teraba-raba, tidak ilmu suluh padam prb orang yg kurang akal (pelajaran) akan mendapat kesusahan; sebab ~ boleh kedapatan prb kelakuannya sendiri yg menyebabkan kerugian (kerosakan); sebudi; (dgn) ~ akal dgn segala daya upaya, dgn bersungguh-sungguh; berbudi 1. berakal, bijaksana; 2. = ~ pekerti berkelakuan baik, sopan; 3. baik hati, pemurah; ~ (diri) bagai pisang lebat prb mendapat bencana kerana angkuh; memperbudikan Mn memperdayakan, menipu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mosi kepercayaan | mosi yg menyetujui kebijaksanaan pemerintah (pengurus dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kehandalan | keadaan atau sifat handal; kepandaian; kebijaksanaan; kegagahan: Orang ramai pun hairan melihat ~ Hang Tuah membunuh penderhaka itu dgn kapak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |