menimba | 1. mencedok air (drpd perigi dll) dgn timba: kebun-kebun yg hampir dgn tebing sungai boleh diairi dgn ~ air drpd sungai; 2. membuang (mengeringkan) air di perahu dll: maka selalu ditimba perahu itu, tiada berhenti; 3. ki mengambil, memperoleh (pengetahuan dll), mencabut atau mencedok (pengetahuan, maklumat, dsb) drpd sesuatu sumber: pidatonya sangat meyakinkan, ditimba drpd pengalaman sendiri; ini adalah sumber-sumber penting yg mesti ditimba; mereka giat membuka kamus-kamus Sanskrit dan ~ kata-kata bahasa daerah bukan Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebun | tanah yg tidak berapa luas dan ditanami pokok buah-buahan atau sayur-sayuran dll, ladang kecil: ~ sayur; ~ buah-buahan; tuan ~ Id pengurus (pengusaha) ladang; tukang ~ orang yg mengerjakan (membersihkan) pekarangan rumah dan menjaga pokok-pokok yg ditanam; ~ binatang taman haiwan, zoo; ~ bunga taman bunga; ~ percubaan kebun tempat menguji berbagai-bagai tanaman; ~ raya Id kebun tempat ditanam berbagai-bagai tumbuhan (di Bogor); berkebun bercucuk tanam di kebun, bekerja mengurus kebun; memperkebuni mengusahakan tanah supaya menjadi kebun, mengerjakan tanah sbg kebun; perkebunan 1. perihal tanam-menanam di kebun; 2. perusahaan atau urusan kebun; 3. tanah-tanah kebun; 4. Id ladang (besar): Gampo menceritakan ia sekarang bekerja sbg pengarah ~ kina; pekebun orang yg memiliki atau yg mengurus kebun; ~ kecil pengusaha kebun yg tidak luas, pengusaha ladang kecil (getah, kelapa sawit, dll); pengebun orang yg kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkebunan | 1. perihal tanam-menanam di kebun; 2. perusahaan atau urusan kebun; 3. tanah-tanah kebun; 4. Id ladang (besar): Gampo menceritakan ia sekarang bekerja sbg pengarah ~ kina; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebun | tanah yg ditanami sesuatu (spt pokok buah-buahan, sayur-sayuran): ~ sayur; ~ kelapa; tukang ~ orang yg menjaga kebersihan kawasan rumah (sekolah dll). ~ binatang taman haiwan; zoo. ~ bunga kebun yg ditanami pelbagai bunga; taman bunga. ~ kecil kebun yg luas kawasannya kurang drpd 40.5 hektar (100 ekar), kebanyakannya lebih kurang 2 hektar (5 ekar). berkebun bercucuk tanam di kebun: Di samping bersawah, mereka ~ sayur. memperkebuni mengusahakan tanah dgn berkebun. perkebunan 1 hal-hal mengenai kebun (perusahaan atau pengurusannya). 2 tanah tempat berkebun. pekebun orang yg berkebun atau yg mengusahakan kebun: ~ kecil orang yg berkebun atau yg mengusahakan kebun secara kecil-kecilan; pengusaha kebun kecil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kebun kecil | kebun yg luas kawasannya kurang drpd 40.5 hektar (100 ekar), kebanyakannya lebih kurang 2 hektar (5 ekar). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kebun bunga | kebun yg ditanami pelbagai bunga; taman bunga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kebun percubaan | kebun tempat menguji berbagai-bagai tanaman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebun raya | Id kebun tempat ditanam berbagai-bagai tumbuhan (di Bogor); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkebun | bercucuk tanam di kebun, bekerja mengurus kebun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengebun | orang yg kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |