kecek | /kécék/ percakapan yg tidak keruan; celoteh: ~ anak-anak celoteh anak-anak; banyak ~ suka berceloteh; banyak mulut. mengecek 1 bercakap-cakap; berbual-bual: Orang dewasa pun ada yg suka ~ spt anak-anak. 2 menuturkan kata-kata yg manis utk memujuk (memperdaya dll): Setiap hari, ibunya ~ dia supaya berkahwin. pengecek 1 orang yg suka bercakap-cakap (menceritakan hal orang dsb). 2 orang yg pandai memujuk atau pandai memperdaya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kecek | /kécék/ percakapan yg tidak keruan; celoteh:~ anak-anak celoteh anak-anak; banyak ~ suka berceloteh; banyak mulut . mengecek 1. bercakap-cakap; berbual-bual: Orang dewasa pun ada yg suka ~ spt anak-anak. 2. menuturkan kata-kata yg manis utk memujuk (memperdaya dll):Setiap hari, ibunya ~ dia supaya berkahwin. pengecek 1. orang yg suka bercakap-cakap (menceritakan hal orang dsb.). 2. orang yg pandai memujuk atau pandai memperdaya. | Kamus Pelajar |
kecek I | (kécék) 1. Mn, Kl cakap, celoteh, borak: seorang yg cetek ilmu pengetahuannya lebih omong atau ~nya; ~ anak-anak celoteh anak-anak (budak-budak); banyak ~ banyak cakap, banyak mulut, (cerewet); beralih ~ beralih percakapan (kpd hal yg lain); habis ~ habis cakap (sudah selesai); 2. Kl, Tr tipu, kecoh; ~ anak Melaka prb gayanya spt orang yg berada padahal serba kekurangan (cakap tinggi tetapi tidak berisi); ~ bagai bunyi merendang kacang prb percakapan yg tidak keruan; ~ bagai ketiak ular prb percakapan yg tidak berkeputusan (berpanjang-panjangan); ~ berlauk-lauk, makan dgn sambal lada prb, Mn selalu menyombongkan kepandaiannya (kekayaannya dll) padahal bodoh (miskin dll); berkecek-kecek bercakap-cakap, berceloteh, berbual-bual, berborak; mengecek 1. bercakap-cakap, berbual-bual, berborak-borak; 2. memujuk utk meminta (menyuruh berbuat) sesuatu: ibu bapanya hari-hari mendongeng, ~ dan memujuk dia supaya berkahwin; 3. menipu atau memperdaya (dgn kata-kata); sudah dikecek dikecong pula prb dua kali tertipu (terpedaya); mengecekkan 1. mempercakapkan, memperkatakan (hal orang lain); 2. memegahkan (kepandaiannya, kekayaannya dll); pengecek 1. orang yg suka mempercakapkan hal orang lain; 2. (orang yg) pandai memujuk atau meminta-minta sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecek II | (kécék); main ~ sj permainan (dgn memutar duit syiling dan menutupnya dgn telapak tangan), main lerap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecek anak-anak | celoteh anak-anak; | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kecek anak-anak | celoteh anak-anak (budak-budak); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
omong | 1. bp bahasa, bicara: ~ Jawa; ~ Melayu; 2. cakap, kecek: banyak ~; ~ kosong (melompong) cakap angin; 3. berkata, bercakap: suka ~ kotor; lagak Padang, ~ Betawi prb cakap tinggi tetapi tidak berisi; omong-omong, beromong-omong bercakap-cakap, berkata-kata; mengomong bercakap, berkata; mengomongkan memperkatakan, mengatakan; omongan bicara, cakap, kecek: ia ngeri mendengar ~ itu; jadi ~ orang jadi buah mulut orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
banyak kecek | suka berceloteh; banyak mulut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mempertebarkan kecek | Id menyiarkan khabar palsu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berputar kecek (cakap) | beralih (berubah) percakapan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |