celik huruf | boleh (dapat) membaca dan menulis, tidak buta huruf; kecelikan huruf keadaan atau sifat celik huruf: Malaysia berusaha supaya tidak ketinggalan dr segi ~ penduduknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecelikan huruf | keadaan atau sifat celik huruf: Malaysia berusaha supaya tidak ketinggalan dr segi ~ penduduknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
celik | 1 terbuka (ttg mata): Ia tidak dpt tidur, matanya ~ sepanjang malam. 2 dpt melihat; tidak buta. 3 terbit atau keluar (ttg matahari). 4 ki sedar: Sejak peristiwa itu, barulah ia ~ ttg nasib bangsanya. ~ budaya dpt memahami dan menghayati budaya (sesuatu bangsa dsb). ~ huruf dpt membaca dan menulis. mencelikkan 1 membuka (mata); menjadikan celik. 2 ki menyedarkan: Kejayaan beliau itu telah ~ orang-orang kampungnya ttg betapa pentingnya anak-anak diberi pelajaran tinggi. kecelikan keadaan menyedari, mengetahui atau memahami sesuatu perkara, suasana dsb: Rancangan ini dpt meningkatkan ~ seni di kalangan masyarakat umum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |