kecemburuan | 1. perihal cemburu; 2. kecurigaan, syak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keghairahan | 1. nafsu, percintaan, cinta berahi; 2. kecemburuan; 3. perihal ghairah (penuh minat), keinginan (minat) yg keras: ~ orang ramai menyertai koperasi yg menjanjikan kemudahan pinjaman kpd mereka tentu sekali menarik minat banyak pihak yg ternyata menangguk di air keruh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ghairah | 1. nafsu (keinginan) yg keras, cinta (berahi) yg amat sangat: dia melihat gadis itu dgn penuh ~; 2. cemburu yg keras: ~nya berombak-ombak melihat kelakuan isterinya; 3. penuh minat (keinginan, nafsu, dll), mempunyai atau menunjukkan minat (keinginan dsb) yg keras atau meluap-luap: anak-anak muda itu makin ~ menyanyi; mengghairahkan 1. menimbulkan nafsu (cinta, cemburu, dll) yg amat sangat: memang kucing itu apabila berkasih-kasihan terlalu ~; 2. mengingini (mencintai, mencemburui) amat sangat: ia ~ kedudukan saudaranya itu; keghairahan 1. nafsu, percintaan, cinta berahi; 2. kecemburuan; 3. perihal ghairah (penuh minat), keinginan (minat) yg keras: ~ orang ramai menyertai koperasi yg menjanjikan kemudahan pinjaman kpd mereka tentu sekali menarik minat banyak pihak yg ternyata menangguk di air keruh; pengghairah sesuatu yg (boleh) mengghairahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cemburu | 1. iri hati (kerana orang lain pandai, berharta, dll); 2. kurang percaya atau syak wasangka (takut-takut suami mempunyai kekasih lain dll), curiga: hatinya berasa ~ apabila melihat isterinya bercakap-cakap dgn temannya; 3. hati-hati atau berjaga-jaga (kerana takut kesucian adat, agama, dll dikotori atau dinodai): mereka menjaga adat resam mereka dgn perasaan ~; ~ buta cemburu tanpa sebab atau cemburu membuta tuli; bercemburu berasa cemburu; mencemburui 1. iri hati akan; 2. mencurigai, mengesyaki; 3. menjaga: orang Melayu sangat kuat berpegang pd agama dan ~ agama mereka; mencemburukan 1. iri hati (akan seseorang atau sesuatu): apa benar yg dicemburukan oleh mereka itu; 2. menimbulkan cemburu (iri hati, curiga, syak wasangka); cemburuan 1. = bercemburuan saling cemburu; 2. iri hati; kecemburuan 1. perihal cemburu; 2. kecurigaan, syak; pencemburu (orang yg) bersifat cemburu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |